Buat kau yang sering ku rindu, aku tahu hidupmu mungkin akan lebih bahagia dan tenang tanpa kehadiranku.
Walau tak pernah engkau tahu, setelah lamanya waktu berlalu sehingga lah ke hari ini. Aku masih lagi menyukaimu.
Malah perasaan ini tak pernah kurang sedikitpun. Aku tahu kau sudah mempunyai pilihanmu namun satu saja yang ingin aku katakan.
Untuk melupakan seseorang itu tidak lah semudah mengenal. Aku minta maaf buat kali yang ke berapa ratus, maaf. Aku masih lagi tidak dapat melupakanmu.
Hanya namamu yang berada di fikiranku. Maafkan aku jika kau tidak selesa saat melihat mata ku yang selalu mencari kelibatmu.
Aku jatuh cinta padamu bukanlah kerana wajahmu namun pada cara kau berbicara dan memberikan ku kata kata semangat.
Terima kasih kerana pernah menyayangiku dahulu. Mungkin, ini adalah jalan yang terbaik buat kita. Aku akan mencuba sehabis baik untuk mengikhlaskan mu dari hidupku.
Semoga kau berbahagia bersama si dia, hargai dan sayangilah dia. Terima kasih buat kau yang dulunya pernah membahagiakanku sehingga aku tidak mampu untuk mencari yang lain selain dirimu.
Semoga dengan pengakhiran ini, dapat membahagiakan dua jiwa yang dulunya pernah mencintai satu sama lain.
- S.E
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...