HPA 42

67 6 0
                                    

KLAK!

Clara yang sedang menulis sesuatu di dalam buku diarinya memandang ke arah pintu bilik itu tatkala mendengar bunyi pintu dibuka.

Seorang wanita dalam lingkungan 30 an masuk ke dalam bilik dan mendekatinya.

Wanita itu duduk di sebelahnya. "Hai, nama kamu Adellya Angelina Clara kan?" Soalnya lembut.

Clara mengangguk mengiyakan soalan itu. "Ya betul. Saya Clara, kawan Darren" balas gadis itu dengan senyuman.

"Nama mummy, Hazel Dalisya Drea. Mummy ni mummy kepada Darren" wanita itu memperkenalkan dirinya kepada Clara.

Semakin lebar senyuman Clara. "Wah cantiknya nama aunty!" Katanya teruja. Puan Drea tergelak kecil melihat gadis polos itu.

No wonder Darren suka kan Clara. Baik dan comel je orangnya.

"Panggil je mummy. Lagipun Adel bakal berkahwin dengan Darren tak lama lagi kan" balas Puan Drea. Clara menunduk.

"Hey kenapa ni?" Soal Puan Drea hairan.

"Mama saya masih lagi tak tau pasal ni. Saya takut kalau dia dia tak boleh nak terima Darren sebagai menantu dia" kata Clara sayu.

"Dia akan terima Darren. Tengok saja" celah satu suara. Tuan Arcy bersandar di dinding sambil memandang ke arah isteri dan bakal menantunya.

Terpolong mulut Clara. Jika Tuan Arcy berada di sini maknanya. Dia kembali memandang wanita di hadapannya. Ini adalah Puan Muda Hazel Dalisya Drea!

"T-Tuan Arcy" kata Clara. Dia menunduk hormat sedikit. Tuan Arcy mengukir satu senyuman tipis.

Nampaknya gadis itu sudah mengenali siapa dirinya.

"Apa, yang tuan buat dekat sini?" Siapa saja yang tidak pelik saat melihat salah seorang jutawan yang kaya raya ini boleh berada di sini.

"Well, this is my house" balas lelaki itu tenang. Membulat mata Clara. M-maksudnya..

"Maksudnya, Darren tu anak-"

"Darren tu anak mummy dan daddy" ujar Puan Drea. Clara terkaku.

"And don't call me Tuan, call me daddy" Clara mengangguk perlahan.

"Saya tak sesuai dengan Darren"

"Kenapa?" Tanya Puan Drea.

"Dia anak orang kaya sedangkan saya? Hanya orang biasa saja" kata Clara perlahan.

"Daddy dan mummy tak kisah pun. Kau tetap akan jadi isteri aku sampai bila bila" kata Darren yang baru masuk ke dalam bilik itu.

Tuan Arcy menggelengkan kepalanya. Entah siapa pula nak buat grand entrance dekat depan pintu bilik ni.

"T-tuan muda" panggil Clara gagap. Mana tak gagapnya, dia pernah sukakan seorang lelaki yang berasal dari keluarga yang berada.

"Ouh, don't be too formal, Adel. You're gonna be my wife soon. Nak panggil aku abang pun boleh aduh-" Darren mengadu sakit selepas belakang kepalanya dipukul oleh Tuan Arcy.

"Kamu jangan nak macam macam Darren Arjuna Edward" Darren tersengih serupa kerang busuk.

"Daddy akan pergi masuk meminang Adellya untuk Darren petang nanti. Buat masa sekarang, Adel duduk lah dulu di sini, buat macam rumah sendiri" ujar Tuan Arcy lalu menarim Darren untuk beredar dari situ.

Puan Drea tersenyum.  "Mummy nak masak kejap, Adel rehat lah ya. Nanti mummy panggil turun makan" baru saja dia ingin bangun, tangannya dipegang oleh Clara. Dia kembali duduk.

"Mummy..." panggil Clara.

"Yes?"

"Can I hug you?" Pinta Clara sambil menahan tangis. Puan Drea mengangguk dan mendepakan tangan. Dia masuk ke dalam pelukan bakal ibu mertuanya.

Air matanya mengalir laju. Puan Drea mengusap lembut belakang gadis itu.

"Terima kasih sebab sudi terima Adel, mummy" ucap gadis itu ikhlas.

"Sama sama. Dulu, mummy pun macam Adel juga" Clara meleraikan pelukan.

"Maksud mummy?" Puan Drea tersenyum penuh makna.

"Ada lah. Sekarang ni, Adel rehat dulu lepas makan tengahari nanti mummy cerita" dia terus bangun dan meninggalkan Clara sendirian.

To be continue..

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now