HPA 43

60 5 0
                                    

Selepas saja makan tengahari tadi, Clara duduk di atas sofa sambil menonton televisyen yang menayangkan drama 'Aku Bukan Ustazah' itu.

Tiba tiba Puan Drea dan Tuan Arcy datang dari arah dapur lalu mendekati gadis itu.

Puan Drea mengambil tempat di sebelah Clara. Clara memandang wanita itu dengan senyuman manis.

"Tadi Clara ada tanya mummy kan, kenapa mummy kata mummy pun pernah rasa benda yang sama juga kan?" Clara mengangguk laju.

"Dulu, arwah ayah mummy pernah panggil mummy pembunuh hanya disebabkan arwah ibu mummy meninggal sewaktu nak ambil mummy balik sekolah" Puan Drea memulakan ceritanya.

"Lepas tu, daddy buat satu benda gila ni. Dia beli mummy dari arwah ayah mummy. Pada awalnya memang mummy tak setuju sampai kami kena kahwin bagai tapi lama lama, mummy rasa selesa dengan daddy. Nak tau, kenapa?" Kata Puan Drea.

"Kenapa?" Tanya Clara tidak sabar. Tuan Arcy hanya melihat isteri kesayangannya bercerita tentang kisah mereka dari sofa yang dia duduk agak jauh dari mereka berdua.

"He make me happy, he show me what is happiness. Daddy selalu bagi apa yang mummy nak, tak kira lah mahal macam mana sekalipun. Yang paling penting daddy tak pernah naik tangan pada mummy" luah Puan Drea.

Dia berpaling ke belakang. Tuan Arcy bangun dan mendekati isterinya. Dia memeluk bahu wanita itu.

"Daddy seorang lelaki yang baik," komen Clara. Lihat sajalah dari cara lelaki itu menatap Puan Drea, penuh dengan rasa sayang dan cinta.

"Dan daddy yakin, Darren pun akan layan Adel dengan cara yang sama juga. Mungkin pada awalnya dia tersilap percaturan tapi ingat, dia sayangkan Adel" kata Tuan Arcy. Clara angguk kepala faham.

"Tadi daddy dah pergi rumah Adel. Mama Adel setuju dengan perkahwinan ni, papa Adel pun sama" beritahu lelaki itu lagi. Clara memandangnya hairan.

"Macam mana daddy boleh tahu alamat papa dengan mama?" Soalnya pelik.

"Daddy pernah cari maklumat tentang Adel" Clara mengangguk faham.

"Jadinya, minggu depan kamu berdua akan berkahwin" putus Puan Drea. Membulat mata Clara.

"Hah?!"

To be continue..

A man will do anything for his one

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now