Clara memandang ke arah Kasih, Hawa dan Delisha yang turut memandangnya. Di tangan mereka bertiga kini terdapat 3 pregnancy test.
Sudah beberapa hari mereka berempat berasa tidak sedap badan, mual mual dan emosi tak stabil. Jadi mereka membuat keputusan untuk membeli pregnancy test ini secara senyap senyap tanpa pengetahuan Darren, Hashr, Ammar dan Arden.
"Jom,.masuk tandas tapi ingat, tak kira lah negatif ataupun positif kita kena terima dengan hati yang terbuka. Faham?" Kata Delisha. Clara, Kasih dan Hawa mengangguk faham lalu masuk ke dalam bilik air seorang demi seorang.
Setelah selesai, mereka berkumpul di dalam bilik Clara dan Darren manakala para suami pula sedang berbual di bawah.
"Ok we can do this together" mereka menarik jari mereka yang menutup pregnancy test itu perlahan lahan.
Terjerit kecil keempat empat wanita itu saat melihat keputusan di testpack itu. Para suami yang mendengar jeritan itu segera naik ke atas.
"Itu bukan suara bini kita ke?" Duga Hashr. Yang lain diam, memikirkan hal yang sama sebelum naik ke bilik Darren.
"Kenapa ni Girl?" Soal Arden kalut. Dia mendapatkan isterinya.
Hashr dan Ammar pula memandang ke arah tingkap bilik dengan tangan memegang pistol untuk langkah berjaga jaga. Takut ada yang serang hendap mereka.
"I'm okay je tapi kenapa kauorang sampai pegang pistol bagai ni?" Soal Delisha pelik. Hashr dan Ammar menyimpan semula pistol mereka.
"Ye lah kami takut kauorang jerit sebab ada yang serang hendap kauorang jadi kami bawa keluar pistol la" balas Hashr. Tergeleng kepala Clara.
"Angel, are you okay? Kenapa jerit jerit tadi?" Soal Darren perlahan.
Clara, Hawa, Delisha dan Kasih tersenyum penuh makna. Berkerut dahi keempat empat lelaki itu.
"Kauorang ni dah kenapa senyum macam ni?" Tanya Ammar.
"Betul by nak tau sebab apa kami jerit tadi?" Ammar mengangguk kepala yakin. Malah bukan Ammar saja tetapi yang lain juga.
Para isteri memandang satu sama lain sebelum menganggukkan kepala lalu mengeluarkan pregnancy test dari dalam poket seluar track yang mereka berempat pakai.
"Sebab kauorang semua akan jadi ayah tak lama lagi!"
Terkaku, terkedu, tergamam, terkesima. Semua ter la ada sekarang ni.
"Girl tak tipu kan?" Tanya Arden inginkan kepastian. Delisha angguk kepala mengiyakan.
"Ye saya tak tipu" terus saja badannya dipeluk oleh Arden. Begitu juga dengan Kasih dan Hawa.
Darren memandang Clara lama. Perlahan lahan air matanya jatuh. Terharu.
Clara mendekati suaminya. Dia mengesat air mata Darren.
"Hey, kenapa abang menangis ni?" Kata Clara. Darren menyembamkan wajahnya di bahu isterinya.
"Abang terharu. Abang tak sangka abang dapat rasa jadi ayah pada waktu kita semuda ni" balas Darren terharu.
"Salah abang sendiri" dia ketawa kecil mendengar balasan isterinya.
"Ya ya, salah abang. Salah abang yang tak pernah abang sesali. Terima kasih Angel, abang tak tahu macam mana nak balas jasa Angel ni. Jasa Angel pada abang, terlalu besar" ucap Darren ikhlas.
"Senang je nak balas. Abang kena belikan Adel coklat je. Boleh?" Pinta Clara. Matanya bersinar sinar.
Darren mengangkat kepalanya dari bahu Clara. Mata hitam milik Clara ditatap lama.
" Boleh Angel. Apa saja untuk Adel kesayangan abang ni"
Dia mencium pipi kanan isterinya sebelum perut kempis Clara diusap dari luar baju.
"Adel sayang abang tau tau" katanya ceria.
"Abang sayang Angel juga. Adellya Angelina Clara cinta hati abang, milik abang, nyawa abang selamanya. Tak ada siapa boleh gantikan tempat Adel di hati abang,"
To be continue..
Yeyyy baby is coming! Also, hmm..dah nak end mesti kita akan rindu dengan dua orang ni kan
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...