"Erm sedapnya mee kari ni" kata Clara.
Darren yang geram akan kecomelan isterinya itu mencubit lembut pipi Clara. Clara mencebik.
"Apa abang ni? Orang nak makan lah. Jangan kacau!" Marah Clara namun langsung tidak menakutkan suaminya.
Malah, Darren semakin suka mengusik isterinya yang kecil dan comel dimatanya itu.
Dia mengesot mendekati Clara yang makan di atas meja kecil berhadapan dengan televisyen di rumah mereka perlahan lahan sebelum tangannya memeluk tubuh kecil itu dan diletakkan di atas ribanya.
"Sedap sangat ke mee kari yang abang buat tu?" soal Darren dengan senyuman manis. Wajah Clara yang sedang makan sambil memandang ke arah televisyen itu dipandang dari tepi.
Clara angguk kepala mengiyakan berkali kali. "Sedap! Nanti abang masak lagi tau. Ni makanan kegemaran kita" katanya ceria.
Tepat pukul 1 pagi, Clara mengejutkan Darren yang sedang lena tidur di atas katil hanya kerana mengidam mahu makan mee kari yang dimasak olehnya sambil menonton kartun Doraemon.
Darren hanya menurut tanpa membantah. Apa sahaja yang boleh membahagiakan isterinya, akan dia tunaikan. Walaupun nyawanya yang menjadi galang ganti.
Dia mengeratkan lagi pelukan mereka. Dia memandang pula ke arah kartun Doraemon yang ditonton oleh Clara.
Seronok betul wanita itu melihat gelagat Doraemon dan Nobita di dalam kartun itu. Dalam diam, dia mencuri mencium pipi Clara.
CUP!
"Abang sayangkan Angel. Cinta abang pada Angel tak terkira, infinity" kata lelaki itu.
Clara mengekek ketawa kerana geli saat merasakan nafas Darren di batang lehernya.
"Hehe, yo tambien te amo mi esposo" balas Clara lembut. Darren tergamam.
"Sejak bila Angel pandai cakap Spanish ni? Siapa yang ajar Angel abang ni hm?" Dia mengeselkan hidungnya dengan pipi kiri isterinya.
"Dalia dan Cahaya yang ajar"
Darren tersenyum manis. Patut lah, belajar dengan adik adik ipar rupanya. Tak dinafikan, dua orang adik perempuannya itu memang mahir berbicara dalam bahasa ayahanda mereka.
"Abang" Darren menaikkan sebelah keningnya sedikit namun matanya masih lagi tertumpu pada wajah cantik Clara.
Angau? Ya, dia angau dengan wanita cantik dihadapannya kini dan selamanya.
"Kalau petang ni kita pergi rumah daddy nak? Mummy cakap daddy pernah hadiahkan satu library untuk mummy. Adel nak tengok boleh" Darren ketawa kecil. Itu rupanya yang dia nak.
Walaupun di rumah ini dia sudah mempunyai satu perpustakaan yang diberi oleh Darren sebagai hadiah perkahwinan mereka, dia tetap mahu melihat library milik Puan Drea.
"Boleh Angel boleh. Now, kita masuk tidur dulu. Dah kenyang kan, jom" dia terus mendukung tubuh kecil itu dengan gaya bridal style.
Terdengar suara merdu Clara ketawa saat diusik oleh suaminya. Suara yang selalu dirindui oleh Darren.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...