EPILOG

95 7 1
                                    

Darren tersenyum manis melihat Clara yang sedang memilih novel di rak rak buku yang terdapat di dalam perpustakaan besar ini.

Perpustakaan dua tingkat yang khas dibina di dalam Ace Mansion untuk Puan Drea.

Darren menggelengkan kepalanya tatkala teringat saat pagi tadi. Bukan main happy lagi Clara sewaktu dibawa datang ke rumah ibu dan bapa mertuanya ini.

Dia berpaling dan memandang pula ke arah ayahnya yang turut memandang ke arah dua orang wanita kesayangan mereka itu.

"Daddy" panggil Darren. Tuan Arcy menoleh ke arahnya dna mengangkat kening sedikit sebagai balasan.

Darren mendekatkan dirinya dengan Tuan Arcy. Bebola mata kembali menatap dua orang yang dia sayang.

"Sekarang baru Darren tahu, macam mana bahagianya ada seorang isteri yang memahami kita" kata Darren. Tuan Arcy tersenyum. Dia memeluk bahu anak sulungnya.

"Jadi, jaga Adellya macam mana daddy jaga mummy. Sekali lagi kamu sakitkan dia, daddy bunuh kamu" amaran keras diberikan oleh lelaki itu.

Darren angguk kepala faham. "Darren janji, Darren akan bahagiakan Adel sampai akhir hayat Ren. You have my word, daddy" balasnya tegas.

Mereka berdua mendekati isteri masing masing. Darren berlari anak dan memeluk erat tubuh kecil isterinya yang sedang membaca novel Milik Aku: Iskandar itu.

Perut isterinya yang sudah menampakkan bentuk itu diusap sebelum dicium lama. Clara hanya membiarkan perbuatan suaminya tanpa niat mahu menghalang.

"Precious" Puan Drea berpaling ke arah Tuan Arcy.

"Ya? Abang nak apa?" Soalnya lembut.

"Je t'aime, ich liebe dich, mahal kita, ti amo, i love you, saya sayang awak and Te quiero mi reina" bisik Tuan Arcy di tepi telinga isterinya.

Puan Drea tersenyum. "Yo tambien te amo abang"

Tuan Arcy memandang ke arah Darren yang sedang berbual dengan anak di dalam perut Clara .

"Darren, tak nak adik?" Terus jejaka itu terbangun secara mengejut. Puan Drea turut terkedu mendengar soalan suaminya.

"Apa ni daddy?! Tak nak tak nak. Cukup dah ada 4 orang adik tu" kata Darren laju. Daddy dia ni bukan boleh, pantang ada peluang. Mula la tu.

Tuan Arcy ketawa besar. Saja ja nak mengusik anak sulungnya ini. Bukan selalu, lepas ni dah jadi ayah dah.

Clara memandang suaminya lama. Dia meletakkan novel tadi ke atas meja kecil dan memeluk lengan kekar Darren.

"Adel sayangggggg abang sangat sangat tau" katanya.

Darren menunduk sedikit. Dia mengangkat tubuh kecil itu dan diletakkan di atas pehanya.

"Abang pun sayangkan Adel. Sayang sangat sampai abang tak mampu nak suka kan perempuan lain selain Adellya Angelina Clara. Nama Adel sentiasa ada dalam hati abang,"

Harapnya, selepas ini tiada lagi perkara yang mahu memisahkan mereka. Cukup 5 tahun mereka berdua terseksa kerana rindu.

Pelangi muncul selepas hujan begitu juga dengan kehidupan kita, akan ada bahagia yang menanti selepas lama tersakiti.

Takdir tuhan itu indah, tak semua perkara yang kita mahu, itu lah yang kita akan dapat. Mungkin, Allah jauhkan kita dari perkara yang boleh menyakitkan kita tapi percayalah, dia akan gantikan dengan sesuatu yang mungkin akan membahagiakan kita.

Jodoh, rezeki, maut semuanya di tangan tuhan. Berdoa padanya supaya kita sentiasa dilindungi dan begitu juga dengan si dia yang sudah tertulis di lauh mahfuz.

Ingat, manusia tiada yang sempurna. Semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing masing.

• THE END •

Alhamdulillah, dengan ini His Series 1, HPA: THE TRUTH UNLOCK menutup tirai. Hanya ambil masa sebulan saja untuk saya siapkan cerita ni. Insyaallah, lepas ni akan ada story Xaivier pula.

Ada siapa siapa nak special chapter 2 tak? Kalau ada yang nak, komen. Nanti saya akan cuba buat kalau ada masa sebab sekarang ni saya nak fokus exam sekejap.

Terima kasih banyak banyak untuk sesiapa yang sudi baca cerita ni daripada Zariel's. This story is full of memories. Walaupun sad sikit dekat awal awal tu, story ni tetap story fav saya yang kedua selepas Arjuna's Hermosa.


Kalau sudi tu, follow la ig dan tiktok saya. Nak join group telegram pun boleh, dm je ig saya tu. Itu saja bubye

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now