SPECIAL CHAPTER

84 8 0
                                    

Darren menutup pintu rumahnya. Dia melangkah ke arah ruang tamu mansionnya. Kakinya terhenti saat melihat seorang perempuan yang sedang menyanyi kecil sambil menonton kartun Doc Mcstuffins.

Darren menyandarkan badannya di tepi dinding. Dia melihat ke arah jam di tangan kirinya. 1 pagi.

Hari ini dia ada meeting penting bersama dengan syarikat lain sehingga dia pulang lewat. Tak sangka pula yang Clara akan menunggunya.

Darren kembali menatap wanita itu yang masih lagi tidak menyedari akan kehadirannya. Dia memeluk tubuh.

"You're my honeybunch, sugarpulm.
Pumpy- umpy- yumpkin
You're my sweetiepie

You're my cuppycake
Gumdrop snoogums boogums you're
The apple of my eye" nyanyi wanita kecil itu.

Darren tersenyum manis mendengar bait bait lirik lagu itu. Dia menggelengkan kepala.

"Comel, macam budak budak," gumamnya perlahan.

Why is she's be too cute? My Angel, little angel.

Tidak boleh bersabar lagi akan kecomelan isterinya, Darren segera mendekati Clara dan memeluk tubuh kecil itu dari arah belakang.

Clara tersentak. Dia menoleh ke arah Darren.

"Abang! Terkejut Adel" dia mengusap dadanya.

Darren tersengih. Dia mengucup sekilas dahi wanita itu membuatkan Clara tersenyum manis.

"Adhean dan Adheen dah tidur ke?" Tanya Darren namun mata masih lagi tidak beralih dari menatap wajah cantik Clara.

"Dah, lepas je Adel bagi diaorang tidur, Adel duduk dekat sini sambil layan kartun sebelum abang balik" balas Clara. Dia mengambil tangan kanan Darren dan disalam.

Adhean? Adheen? Ya, 2 minggu lalu Clara selamat melahirkan anak kembar lelaki mereka. Rupa paras mereka berdua sama persis dengan Darren, iris mata berwarna dark olive itu turut termasuk.

Cucu pertama dan kedua Puan Drea dan Tuan Arcy. Darren lah orang yang paling gembira sekali sewaktu memegang anak anaknya.

Tuan Muda D'Adhean Elvian Bin Tuan Darren Arjuna Edward.

Tuan Muda D'Adheen Elvano Bin Tuan Darren Arjuna Edward.

Bakal ketua The Devil fourth generation kelak. Clara tahu, anak anak lelakinya ini akan menjadi seperti ayahnya bila besar nanti.

Darren angguk kepala faham. "Jom Angel, teman abang mandi" kata Darren. Dia tersenyum nakal.

Clara memukul manja dada suaminya. "Abang jangan nak macam macam eh. Adel tengah pantang lagi ni"

Darren ketawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya.

"Saja ja nak usik Angel" Clara menjeling Darren tajam. Semakin kuat ketawa lelaki itu.

"Wueekk wuekk" bunyi tangisan bayi di tingkat atas menyebabkan Darren dan Clara memandang ke arah satu sama lain.

"Jom naik atas, baby kita dah nangis dah tu" Darren bingkas bangun dan mengangkat tubuh Clara. Kakinya menapak ke tingkat atas bilik tidur mereka.

"Abang ingat tak?" soal Clara tiba tiba. Dahi Darren berkerut hairan.

"Ingat apa?" Soalnya tidak faham. Clara tersenyum penuh makna. Dia membuka mulut.

"Aku sayang kau mee kari" laung Clara seraya tergelak kecil.

Baru lah Darren ingat, mee kari. Panggilan Clara padanya dulu. Satu satunya nama panggilan yang paling dia suka.

"Aku pun sayangkan kau Adel" balas Darren. Mereka berdua tergelak besar.

Bermula dengan stranger kemudian menyukai satu sama lain sebelum kembali asing dan bersatu kerana cinta💜

Di sebabkan special chapter hari tu tak ada nama anak diaorang lagi so kalini saya bagi satu chapter khas untuk korg. Lepas ni dah tak ada dah, nak fokus HDS pula.

Rindu la pula dengan scene scene dalam cerita ni. Ada tak yang rindu diorg macam saya juga?

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now