BAB 1

12 0 0
                                    

Salam Alaykum. Stories based on work experiences, situations, atmospheres and encounters.

Happy reading. 
Casmijan.

PUNCAK wahyu yang beratapkan awan hitam menjadi tempat aku melepaskan penat. Penat yang memuaskan. Menyaksikan keramaian di dalam satu gua yang sempit membuatkan aku tersenyum sejenak. Kalau dikira dengan jari, tak tahu kali keberapa sudah aku mendaki ke sini. Itu tak bermakna aku pernah bosan mendaki ke sini.

Di pekat malam bertemankan kucing gunung, aku meletakkan punggung di pinggir bukit. Jabal Nur atau dikenali sebagai Gua Hira'. Menghadap Menara Jam, aku termenung sejenak sambil tangan mengusap si bulus. Sesekali aku merakam beberapa detik indah bersama si bulus sementara menunggu jemaah tiba di puncak.

"Fairuza?"

Aku tersentak. Suara garau yang menyapa dari belakang cepat-cepat membuat aku tertoleh. Dahi aku berkerut lama. Dalam kesamaran pekat malam, aku merenung lama wajah lelaki yang berdiri di belakang aku.

"Wah, tak sangkanya bertembung dengan awak di sini."

Dia kenal aku ke?

"Err.. siapa?" Aku menyoal.

"Shadiq."

Walau dalam pekat malam, aku masih nampak bibirnya tersungging senyuman.

"Shadiq? Budak Quba'?" Aku menyoal lagi dalam riak terkejut.

"Iyup. Lama tak dengar khabar. Ada waras ke?" Shadiq mengambil tempat di tepi aku. Hanya ada sebutir batu besar menjarakkan kami.

"Waras." Aku tergelak kecil. "Terkejut saya. Tak sangka betul boleh jumpa kamu di sini."

"Itulah. Saya pun main tebak je nama. Since nampak awak sarung jaket Kafs, saya beranikan juga menegur. Nasib betul. Kalau tak, jatuh air muka."

Aku tergelak.

"So, kat sini under apa?"

"Srikandi."

"Hmm.. Srikandi dekat Shah Alam?"

"Iyup." Angguk Shadiq. "Awak bila berhenti Quba'?"

"Eh, dah bertahun berhenti." Aku tersengih. "Lepas enam bulan kamu dan Ahmad kena buang, saya pun hantar surat resign. Bukan tak bertahan, tapi jauh dengan tempat asal usul. Tapi mana tahu saya under Kafs?"

"Tahu dari Ahmad. Hmm.. apa masalah jauh dari tempat asal usul? Bukan dulu pernah cakap yang awak tak kisah duduk jauh dengan keluarga ke?"

"Bos suruh masuk ofis waktu habis job ground. Menyewa tu duit juga. Untuk tiga bulan je menyewa. Tak untung." Aku mencebik. "Tak apalah. Rezeki bekerja under Quba' dah tak ada. Lagipun dah bertahun bawa jemaah Kafs."

"Oh.." Angguk Shadiq. "Bertahan lama juga awak dalam industri ni."

Aku tersenyum kecil.

"Bertahan atau tak, berkali-kali juga berzikir nak berhenti kerja. Penat dan letih tu ada. Cuma kalau tak bekerja, siapa nak tanggung kita? Remember, I can't live without money."

Shadiq tergelak.

"Ya, awak tak boleh hidup tanpa duit."

Aku tersengih.

Pandangan di bawa mendaki ke langit malam. Siapa sangka, boleh berjumpa rakan sama industri di atas puncak gunung wahyu? Mata jatuh pada gua wahyu pula.

"Kali pertama saya daki bukit ni waktu selepas hujan. Waktu tu rezeki sangat sampai ke puncak tanpa ada seorang pun manusia. Memang satu orang pun tak ada. Gelojoh betul ambil wuduk dengan Ahmad. Eh.. bukan awak pun ada ke waktu tu?"

MomentumWhere stories live. Discover now