BAB 26

2 0 0
                                    


"Saya memilih untuk lari lagi, Fairuza."

PAPAN kekunci berbunyi irama keletak-keletuk. Laju jari-jemari aku berlari di atasnya. Skrin laptop menjadi tumpuan.

Mengejar seorang lelaki yang tak memberikan benefit pada kita adalah perkara yang sia-sia. Walaupun mengejar Shadiq pernah membuat hatiku berbunga dan tenang, namun sekarang aku sudah terima keputusan Shadiq bahawa dia bukan untukku.

Aksara di dalam kepala dimuntahkan di dalam Words.

Perjuangan atau Jihad bukan terhenti dikala iman meninggi. Malah saat iman tengah tinggi itulah harus ada kental paling kuat dalam berjihad. Dan berjihad ketika istiqomah mencintai Allah memang susah.

Bunyi ketukan pintu membuatkan jari-jemari aku terhenti.

"Kak, ibu suruh tidur awal. Esok ada appointment dengan Doktor Mila." Deq Na bersuara saat tombol pintu dibuka.

"Okay baik." Aku angguk.

Rutin kembali seperti biasa. Bangun awal pagi untuk prepared bahan ayam penyet. Tengahari pula buka kedai. Habis sahaja lauk, kedai ditutup dan closing dilakukan. Kemudian balik ke rumah untuk mencuci periuk belanga yang kotor. Berulang-ulang rutin yang sama setiap hari aku hadap tanpa bosan.

Ada hari, aku kena jumpa Doktor Mila untuk check aktiviti harian aku sama ada berada ditaraf normal ataupun tidak. Biasalah, orang yang ada kes percubaan bunuh diri memang akan di ada sesi kaunseling setiap bulan. Maklumlah, aku dah permanent menjadi orang sakit mental.

Mataku kembali lekat pada skrin laptop. Terbang Tunduk – Fynn Jamal menemani bilik sunyi. Jari kembali menaip.

Kita sebenarnya bukan nak mati pun. Kita cuma nak tidur. Kita nak mimpi yang indah-indah. Kita nak lari dari kenyataan. Tapi kita tetap tak bersedia untuk mati walaupun kehidupan kita tiada makna sekalipun.

Sebab sebagai manusia yang masih ada iman di dalam diri, kita sesekali tak nak neraka. Mengapa memilih kelar tangan sedangkan kita takutkan neraka? Tidur je. Biar mimpi membawa kita terbang. Walau cara ini tak efisen untuk membuat kita bertenang, namun tidur akan menjadi jawapan yang lebih indah berbanding membunuh nyawa sendiri.

Yang penting, kita ada dahi untuk bersujud. Ketenangan itu akan datang ketika kita meletakkan kehidupan kita pada Allah Taala. Percayalah, tak akan sesekali Allah akan menghampakan kita.

Sebab kita.. makhluk yang dicintai Allah.

Persoalannya, cukup tak cinta kita untuk Allah.


MomentumWhere stories live. Discover now