BAB 9

1 0 0
                                    

KEESOKKAN harinya, satu surat terminated sudah keluar. Semua bermula dari kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri kepada mutawif yang bakal aku jumpa tempoh hari. Satu video pendek sudah viral dipersada media sosial. Seperti yang aku takutkan sebelum ini telah terjadi.

Puteri Tanah Haram Menganggu Rumah Tangga Orang.

Fairuza Aliya yang cukup terkenal dengan gelaran Puteri Tanah Haram itu dikatakan cuba meruntuhkan rumah tangga seorang Mutawwif muda terkenal.. Desas-desus ini menjadi hangat ketika isteri Mutawwif tersebut memuat naik satu video di mana Fairuza Aliya mengejar suaminya sejak setahun yang lalu.

Hebat betul berita yang disampaikan. Hebat lagi video yang sudah viral. Wajah aku mula ditayangkan di seluruh platform terutamanya Group Umrah. CCTV footage dari rumah jemaah tersebut digabungkan dengan video lama yang aku tak tahu siapa yang merakam. Yang pasti, muka aku jelas kelihatan. Namun muka lelaki itu pula terselindung dan hanya nampak belakang badan.

"Kakak.. ibu panggil makan."

Aku buat pekak. Jari masih laju scroll Tiktok. Komen yang dilontarkan semua berbaur kecaman. Ada juga komen dari bekas jemaah Kafs yang kecewa dengan sikapku.

Ini semua fitnah.

Tiba-tiba telefon aku bergetar. Satu panggilan masuk. Satu nombor yang tak dikenali muncul di skrin telefon. Aku berkerut dahi.

Siapa?

Gagang diangkat.

"Assalamualaikum.."

Jantung aku berdetak. Mataku membulat. Telinga menangkap bunyi tawa halus dihujung talian.

"Jangan berdiam, Fairuza. Saya ni Shadiq."

"Mana kamu dapat nombor saya?" Aku teragak-agak bertanya.

"Ustaz Borhan bagi since saya contact nombor pejabat awak tak dapat."

Ahh.. Shadiq dapat nombor aku dari Ustaz Borhan.

"Can we talk?" Shadiq bertanya.

"No.." Aku bersuara mendatar. Laju jari menekan ikon merah. Gagang terletak.

Tanpa ditahan-tahan, air mata aku jatuh. Esakan aku berlagu perlahan. Wajah aku menekup pada bantal.

Selepas satu, satu yang mendatang. Kita ni.. hidup untuk terus bertahan dengan ujian ya? Kita ni.. hidup untuk dijatuhkan oleh manusia lain ya?

Sebab itukah sabar itu kunci pertama?

Adakah aku kuat untuk bersabar lagi? Apakah aku tak cukup bersabar ketika bertahun-tahun aku berjuang dalam industri pelancongan? Mengapa ujian kali ini aku rasa sangat berat?

Sumpah Ya Tuhan, aku tak tahan.

SATU lagi panggilan masuk. Namun panggilan kali ini, laju aku angkat.

"Tolong saya.."

"Astarghfirullah.."

Esakan aku lebat. Kepala aku sakit. Ruang bilik aku dikelilingi bunyi bising walaupun hakikatnya bilik aku sunyi.

"Awak kat mana ni?"

"Saya dalam bilik, kak.."

"Awak tak buat kerja bodoh, kan?"

"Saya masih ingat Tuhan."

"Teruskan berzikir."

Esakan aku berbunyi lagi. Bibir mengalun zikir senada.

"Fairuza.. kalau saya ada dengan awak, saya akan peluk awak." Kak Pej bersuara. Nada Kak Pej kedengaran sayu. "Awak jangan terus bersedih. Jangan lupa awak ada Tuhan."

"Bukan ke Kak Pej sendiri cakap saya layak bersedih pada isu yang melayakkan saya?" Berterabur ayat aku. Otak aku betul-betul dah tak berfungsi.

"Tapi awak masih perlu jaga emosi awak. Jangan terlalu tenggelam dengan hasutan syaitan."

"Ini semua fitnah, Kak Pej."

"Lah tahzan, Fairuza. Innallaha maana."

Aku terdiam.

Dengan air mata yang masih mengalir, aku bangkit dari perbaringan.

"Kita buat solat taubat dan hajat banyak-banyak ya? Doa orang yang teraniya ini akan termakbul."

"B-baik.."

MomentumWhere stories live. Discover now