BAB 29

1 0 0
                                    

KAK PEJ manis melangkah masuk ke dalam kafe Kak Latif. Matanya melilau mencari aku. Aku melambai dari jauh. Nampak sahaja aku, Kak Pej segera melangkah ke hujung kafe.

"Sebesar-besar kafe, kenapa awak pilih duduk tempat terselindung ni?"

Aku tersengih. Laju je mulut nak menjawab 'sebab boleh'. Tak fasal Kak Pej balik semula karang sebab aku kurang adab.

"Saja. Nak borak panjang dengan Kak Pej."

"Ikut awaklah." Kak Pej ketawa lembut.

"Abang Aiz mana? Tak ikut sekali?"

"Abang Aiz pergi berjumpa dengan kawan-kawan sekolah dulu. Biasalah, kalau dia dah sampai Seremban, memang semua rumah kawan-kawan dia bertandang."

"Oh.." Aku mengangguk perlahan. "Kak Pej nak order apa-apa ke? Saya ada order kek pandan tadi dengan mocha ais. Kak Pej okay ke?"

"Okay je. Kak Pej tak kisah." Kak Pej senyum. "Ni wajah berseri semacam ni, ada apa-apa nak cerita dekat Kak Pej tak? Macam mana hidup awak? Semakin baik?"

"Hidup saya masih serabut. Cukuplah apa yang saya tahu. Tak penting pun untuk memberitahu satu dunia, kan?"

"Aik, wajah kemain berseri macam ni pun masih serabut ke?" Kak Pej menyakat.

"Berseri ke saya?"

"Sangat!" Kak Pej menganggukkan kepala. "Macam dah nak kahwin je seri awak tu. Darah manis."

"Haha. Betullah apa yang Kak Pej teka tu." Aku ketawa suka. "Kak Pej ni memang hebatlah! Main tebak pun betul."

"Apa yang betul? Awak nak kahwin ke Fairuza?"

Aku angguk laju.

"Wah! Mana kad jemputan? Kenapa saya tak tahu pun awak dah nak kahwin? Bila majlis?" Bertubi-tubi Kak Pej melontarkan soalan.

Aku mengeluarkan kad jemputan. Kad ini Farisya yang sediakan dari segi design sehinggalah sampul. Aku tak pernah buka langsung sampul itu. Design kad pun aku tak pernah tengok.

"Nah kad. Kak Pej kalau nak buka jangan tunjuk saya tau." Aku memberi amaran awal-awal.

"Aik? Kenapa macam tu?" Kad disambut.

"Saya tak nak tahu saya kahwin dengan siapa. Cukup sampai masa, saya kenal juga suami saya."

"Family arrangement ke?"

"Hmm.. taklah. Kawan kepada kawan saya. Tapi saya suruh famili saya tengok-tengokkan dulu sebelum terima lelaki tu. Ibu saya cakap okay, saya pun okay jelaa."

"Oh, saya nak buka ni. Awak tutuplah mata." Kak Pej tersengih.

Aku tergelak. Laju aku memejam mata.

"Dah siap tengok nanti bagitahu."

"Oka- eh, wah." Kak Pej ketawa tiba-tiba. "Awak betul-betul tak tahu ke awak kahwin dengan siapa?"

"Kenapa Kak Pej? Suara Kak Pej macam excited je?"

"Awak memang tak tahu awak akan berkahwin dengan siapa?"

Aku angguk perlahan.

"Bukalah mata." Kak Pej mengarah. "Saya dah simpan kad dalam beg."

Aku membuka mata perlahan-lahan. Jelas aku nampak Kak Pej tersenyum sampai telinga.

"Kak Pej tanya lagi sekali. Awak memang betul-betul tak kenal siapa yang akan kahwin dengan awak ni?"

"Tak, Kak Pej. Sepanjang bertunang, keluarga saya yang uruskan semua benda. Saya memang tak nak tahu. Saya nak jaga hati saya."

"Bagusnya awak. Awak tak takut ke tersalah pilih?"

"Disebabkan ibu saya suka, saya rasa pilihan ibu tepat untuk saya."

Kak Pej angguk perlahan.

"Saya kenal siapa yang akan jadi suami kamu tu."

"Eh, yeke? Kawan Kak Pej ke?"

"Iya." Kak Pej angguk lagi. "Tak sangka kecil betul dunia. Lelaki yang awak akan nikah itu kawan Abang Aiz. Hmm.. bukan kawan. Lebih kepada adik angkat. Junior Abang Aiz dulu."

"Dia okay ke Kak Pej?"

Kak Pej angguk.

"Insyaallah, you will not regret with your mom choice." Kak Pej ketawa. "Pilihan mak selalu tepat untuk kebahagiaan anak-anaknya."

Aku mengangguk lembut. Tak sangka bakal suamiku selain berkawan dengan Ahmad, juga merupakan adik angkat kepada Abang Aiz. Melihat reaksi Kak Pej cukup melegakan diriku daripada risau yang melampau.

"Tapi Kak Pej.." Aku merendahkan nada suara.

"Kenapa tu?"

"Saya takut selepas akad nikah, saya tak ada perasaan pada dia. Kak Pej tahukan yang saya susah nak terima orang baru dalah kehidupan saya?"

Kak Pej senyum.

"Percaya pada takdir. Awak tak akan kahwin dengan dia kalau bukan disebabkan jodoh. Nak atau tidak, awak tetap kena terima. Tak akanlah awak nak langgar takdir yang Allah bagi pula, kan?"

Aku tersenyum kelat. Betul kata Kak Pej. Perkahwinan yang akan berlangsung ini juga merupakah sebuah takdir.

"Jangan lupa untuk selalu berdoa semoga Allah kurniakan rasa cinta untuk suami awak nanti."

"Tak lupa." Aku angguk.

"Tapi Kak Pej berani jamin yang awak akan bahagia Fairuza. Biasalah asam garam rumah tangga bukannya tiada. Cuma, berkahwin dengan orang yang hidup berlandaskan agama sekurang-kurangnya mampu memberikan kebahagiaan kepada kita. Paling tidak pun, ibadah kita akan semakin terjaga bila pembimbing kita sangat menitikberatkan soal agama. Kak Pej tak menafikan, bakal suami awak memang hebat orangnya. Jangan pernah menyesal untuk berkahwin dengan dia."

"Seem like bakal suami saya seorang yang alim."

"Haha. Kenapa? Tak suka ke?"

"Tak adalah saya cakap saya tak suka." Aku ketawa. "Tengok muka Kak Pej asyik tersenyum dari tadi cukup melegakan hati saya. Sekurang-kurangnya orang yang akan nikah dengan saya tu orang yang baik. Semoga dia boleh terima kelebihan dan kekurangan saya."

"Insyaallah. Jangan lupa istikharah tau. Nanti barulah awak semakin yakin dengan keputusan awak."

"Good idea. Nak buatlah malam ni." Aku sengih. 

MomentumWhere stories live. Discover now