BAB 33

2 0 0
                                    

MAJLIS bersanding disambut dengan kehadiran saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan sekolah dan kawan di tempat kerja. Belum hitung dengan kawan-kawan Shadiq yang berbilang kaum. Aku tak sangka Shadiq ada kawan seramai ini. Patutlah sampai lima biji khemah Shadiq pacak. Dia tahu kawan-kawan dia semua akan datang di majlisnya.

Seorang demi seorang kami layan penuh santun. Kami sangat simple. Pakaian Shadiq sekadar baju melayu putih licin bersama songket bersulam merah jambu. Aku juga mengenakan baju yang sangat sederhana. Yang penting tidak meleret.

Aku dan Shadiq buat ziarah dari meja ke meja. Menyantuni tetamu yang sudi hadir ke majlis kami. Bermula dengan keluarga dan saudara-mara terdekat. Kemudian berkenalan dengan kawan-kawan Shadiq. Barulah giliran kawan-kawan aku pula.

"Cantiknya kau.." Nurin menegur. Kami berpeluk cium bersama. "Tak sangka betul kawan laki aku akan jadi jodoh kau."

Aku tergelak. Kemudian beralih pada meja seterusnya.

"Aku sampai sekarang tak boleh percaya yang Fa'e akhirnya kahwin." Daud meraup wajah.

"Yang tak boleh blah tu, serentak dengan Shadiq pula tu." Hairul menepuk dahi sambil tersengih.

"Gila punya kawan. Bercinta diam-diam ye kamu berdua. Tahu-tahu kad sampai depan rumah. Whatsapp dahlah tak berbalas." Afiq menjeling.

"Masalahnya, kawan kita yang si Ahmad tu pun bertuah." Muncung Daud.

"Eh, aku pula." Ahmad terkejut. Tiba-tiba namanya terlibat. "Aku cuma pemegang amanah yang terpaling amanah je."

"Pandailah kau merahsiakan pada kami." Daud mencampak tisu pada Ahmad.

Kami berkongsi tawa. Beralih pula pada meja seterusnya.

"Hai Syakir. Hai Watie. Hai Aminah." Aku menegur.

"Hai Fa'e. Ya Allah, cantiknya awak. Lama sangat saya tak jumpa awak. Tahu-tahu hari ni dah kahwin dah."

"Cantik lagi mak buyung seorang ni."

Aku sempat melihat Syakir dan Shadiq berborak. Pada awalnya mereka bergelak tawa. Namun tiba-tiba wajah Shadiq berubah riak sebelum lenganku ditarik Shadiq.

"Sayang, jom pergi jumpa Abang Aiz sekejap. Diorang singgah sini sekejap je. Nanti diorang nak balik Alor Setar dah." Shadiq bersuara lembut. Namun tubuhku seakan kuat ditolak Shadiq untuk segera beredar dari situ.

"Okay."

Kami menuju ke meja Kak Pej dan Abang Aiz pula. Laju tubuhku dirangkul Kak Pej. Anak-anak Kak Pej pun gembira memeluk aku.

"Tahniah Fairuza. Awak mesti gembira sangat-sangatkan lepas tahu siapa suami awak."

Aku tergelak.

"Tak sangka Abang Aiz dan Kak Pej kenal Shadiq."

"Kak Pej pun tak pernah terlintas Shadiq yang reject awak itu sebenarnya Shadiq adik angkat Abang Aiz. Kalau tak, dah lama Kak Pej suruh Abang Aiz siat telinga Shadiq."

"Amboi. Suka-suka je nak siat telinga orang." Shadiq mencemik. Mata menjeling ke arah Kak Pej.

"Eii, gelilah buat muka macam tu." Aku menegur. Pinggang Shadiq aku cubit perlahan.

Tawa kami bergema.

"Apapun, tahniah Fairuza. Jangan lupa terus berjuang dalam setiap apa yang awak hadapi. Abang Aiz dan Kak Pej akan selalu ada dengan kamu berdua kalau kamu berdua ada masalah. Tapi janganlah sampai masalah rumah tangga kamu berdua pula kami kena tanggung. No. Aib suami adalah nombor satu yang kamu kena jaga ya Fairuza. Kamu pun Shadiq. Maruah isteri adalah perkara pertama yang kamu kena jaga."

"Baik Abang Aiz." Aku angguk. Begitu juga dengan Shadiq.

"Semoga diselaputi sakinah, mawadah dan rahmah. Abang Aiz doakan kamu berdua menghidupkan rumah tangga berteraskan islam. Jangan lalai dan terlalu seronok dengan bercinta sampai lupa cinta itu milik Allah ya."

"Insyaallah bang." Shadiq senyum. "Terima kasih atas ingatan."

"Sama-sama." Abang Aiz membalas senyuman. "Shadiq, boleh abang nak cakap dengan kamu sedikit?"

"Bercakap berkenaan apa tu?" Shadiq bertanya.

"Tapi abang nak cakap secara private. Sekejap je. Fairuza, boleh Abang Aiz nak pinjam suami kamu sekejap?"

"Eh, silalah. Saya tak kisah." Aku tergelak. "Jangan lupa pulangkan je."

"Haha. Tidaklah." Abang Aiz ketawa nampak gigi. "Shadiq, jom ikut abang sekejap."

Shadiq akur. Langkahnya seiring langkah Abang Aiz menuju jauh dari khemah. Entah apa yang Abang Aiz mahu bicarakan pun aku tak pasti.

Tiba-tiba hujung lengan bajuku ditarik.

"Fairuza, Kak Pej nak cakap sikit." Kak Pej menarik bajuku sehingga aku terduduk di kerusi sebelah Kak Pej.

"Apa tu?"

"Awak jangan terasa ya dengan apa yang Kak Pej cakap ni."

"Pasal apa ya?" Aku menjadi keliru sejenak.

"Kak Pej rasa lepas majlis nanti awak jangan keluar rumah. Lepas maghrib nanti awak duduk dalam rumah ya. Jangan keluar."

"Kenapa pula."

"Sebab Kak Pej ada nampak sesuatu dekat rumah awak."

Serentak itu, bulu roma aku tegak berdiri.


MomentumWhere stories live. Discover now