BAB 31

1 0 0
                                    

AKU dah nak kahwin. Aku akan berkahwin dengan lelaki yang aku langsung tak kenal. Aku akan menamatkan zaman bujangku beberapa minit lagi. Tak sangka, bertahun-tahun aku menderita tanpa perasaan cinta, kasih dan sayang, akhirnya hari ini aku putuskan untuk berkongsi hidup dengan lelaki yang aku tak pernah jumpa langsung.

"Kak, okay tak?" Farisha memanggil.

Aku menangis sejenak. Mengapa saat-saat bahagia ini, aku diserang sakit ini? Tangisan aku melongoi sendiri. Dada aku sesak. Tangan aku menggigil.

Fairuza, kenapa? Kenapa kau buat aku seperti ini? Kau nak tinggalkan aku ke?

Aku menekup telinga. Jeritan yang hampir keluar aku tahan dalam-dalam. Dalam tak sedar, aku mencengkam seluruh tubuhku kuat-kuat.

"Kakak mana?" Suara ibu kedengaran.

"Ada dalam bilik air."

"Kakak?" Pintu bilik air diketuk. "Buka pintu ni."

Aku menggeleng sendiri seakan ibu boleh nampak apa yang aku buat di dalam bilik air.

"Kakak okay ke tu?" Ibu menyoal lembut.

"Sa-sakit." Aku merintih.

"Kenapa ni kak?" Ibu bertanya.

"Tak tahu." Aku menggeleng lagi. Telinga aku tekup semula. "Tolong kakak ibu. Kakak tak tahu kenapa.."

"Buka pintu ni dulu."

"Kakak tak boleh bangun."

Dengan baju pengantin, aku rebah terduduk di atas lantai bilik air. Langsung aku tak kisah tentang pakaianku. Yang aku tahu, aku nak menjerit sekarang ini.

"Kakak buka pintu ni." Ketukan pintu semakin kuat. "Abang dan Kechik sibuk dekat luar sekarang ni kak. Kakak nak ibu buat macam mana? Cuba bangun kak. Buka pintu sahaja."

"Tak boleh." Aku menggeleng. Tanpa waras, aku tiba-tiba menjerit. "Aku cakap tak boleh, tak bolehlah!! Aku tak boleh! Aku sakit! Aku tak boleh bangun!! Aku tak boleh kahwin! Aku tak boleh keluar!!"

"Allahu Akhbar." Terdengar ibu mengucap di sebalik pintu.

Senyap sesaat diluar. Mungkin ibu sedang mencari ikhtiar lain.

"Tolong. Aku tak boleh kahwin.." Aku melongoi seorang diri. Telinga sudah rapat aku tekup.

"Fairuza."

Satu suara garau menyapa di sebalik pintu. Suara yang cukup aku kenal.

"Shadiq, tolong aku. Aku tak boleh bangun." Kali ini aku yang merintih. Merintih dengan kewarasan yang sekejap ada dan sekejap hilang.

"Awak dekat mana? Kalau awak ada dekat dengan pintu, boleh tak awak mengesot sedikit?"

"Awak nak buat apa?" Perlahan aku bertanya.

"Saya nak pecahkan pintu."

Dan secara tiba-tiba aku ketawa nyaring. Telinga mendengar bunyi istighfar dari sebalik pintu.

"Tak! Aku tak akan pergi! Kau tak boleh pecahkan pintu! Hei, kau siapa nak pecahkan pintu rumah orang?"

"Aku pemilik jiwa Fairuza. Jadi aku berhak buat apa saja untuk selamatkan wanita aku!" Jerit Shadiq dari luar.

Tanpa aku jangka, pintu tiba-tiba laju terbuka akibat tendangan Shadiq. Serpihan kayu terkena lengan kiriku.

"Alamak. Sorry." Shadiq dalam pakaian serba putih laju melutut di depan aku. "Fairuza, awak okay tak ni? Awak dah makan ubat?"

Aku menggeleng lemah.

"Saya tak okay." Aku menangis sendiri. "Sakit.."

"Kenapa boleh jadi macam ni?" Lembut Shadiq bertanya. "Awak bangun ya? Ibu dan Farisha bantu papah awak. Awak boleh bangun, kan?"

"Saya tak nak sakitkan ibu dan adik saya."

"Ibu sanggup sakit untuk kakak, kak." Ibu bersuara. Laju tubuhku dirangkul ibu. "Farisha, mari papah kakak."

Sekelip mata, tubuhku dipapah menuju ke bilik. Serentak punggung berlabuh pada tilam, abang dan Kechik muncul di depan pintu. Masing-masing cuak melihat aku.

"Ibu, tok kadi dah tanya-tanya. Nak cakap apa?" Kechik menyoal. "Kakak jadi lagi ke?"

"Chik mari ikut ibu ke depan. Abang dan Farisha tolong tengokkan kakak sekejap." Ibu bersuara.

Aku merebahkan badan pada tilam. Suara bising ibu, abang, Kechik dan Farisha aku abaikan.

"Ubat letak kat mana?" Shadiq bertanya.

"Dalam laci sana." Jari menunjuk almari rapuh.

Shadiq selamba buka pintu almari rapuh itu. Beberapa pil ubat dia keluarkan. Air mineral yang sedia ada di atas meja kerja aku juga dia capai. Shadiq melutut di depan aku sambil menghulurkan botol air mineral padaku.

"Janganlah sakit macam ni. Berapa kali awak nak kalah dalam mengejar saya? Sikit lagi awak.. Sekejap lagi awak akan menang dalam permainan kejar-kejar dengan saya." Shadiq menarik nafas panjang.

"Saya tak faham Shadiq." Aku menggeleng kepala perlahan.

"Nah, makan ubat dulu." Shadiq memujuk. "Lepas dah bertenang, nanti kita kahwin. Lepastu, kita meraikan hari kemenangan kita. Sekejap lagi kita menang main kejar-kejar ya."

"Awak akan kahwin dengan saya?" Aku berkerut dahi.

Shadiq mengangguk membuatkan aku terpaku tak bersuara. A-aku akan berkahwin dengan Shadiq? Kawan Ahmad yang nak berkahwin dengan aku itu ialah Shadiq? Adik angkat Abang Aiz itu adalah Shadiq?

"Tapi awak kena sembuh dulu. Makan ubat. Take a rest sekejap. Nanti tukar baju ya? Saya tunggu awak di luar."

"Tapi saya akan drag masa yang lama untuk okay."

"Semua orang akan tunggu awak sampai awak bersedia."

Aku cukup tak terkata dengan kesabaran Shadiq. Walaupun aku dah merosakkan detik-detik akad nikah yang akan dijalankan beberapa minit lagi, Shadiq tetap sabar dengan senyuman. Sebab ini ke aku jatuh cinta pada Shadiq? Sebab ini ke aku berani propose pada Shadiq?

"Tapi awak pernah kata awak nak lari jauh dari saya." Aku memandang anak mata Shadiq dalam-dalam.

"Waktu itu awak berada di tanah suci, Fairuza. Tak akanlah saya nak tengok awak sakit dekat sana?" Shadiq senyum. "Saya reject awak waktu itu sebab saya tak nak awak sakit. Sebab saya tahu, hati awak terkongkong daripada perasaan cinta. Awak tak boleh mendengar cinta orang lain. Nanti awak akan sakit. Betul tak?"

"M-macam mana awak tahu?"

"Sebab saya ada dengan awak sepanjang awak meracau sebelum ini. Saya tahu punca awak sakit. Saya tak nak awak sakit."

Aku terkesima dengan kata-kata Shadiq. Shadiq cukup kenal aku. Shadiq tahu punca aku sakit sedangkan aku sendiri tak tahu bila aku akan sakit. Shadiq selalu menjaga aku.

"Saya tak nak bila saya terima awak waktu itu, awak akan sakit. Sedangkan niat awak datang ke bumi Haram waktu itu untuk beribadah. Saya tak nak awak tinggalkan ibadah-ibadah awak hanya kerana melayan perasaan awak." Shadiq berkata. "Sekarang dah boleh makan ubat?"

Ubat di telapak tangan aku pandang. Laju ubat-ubat itu aku menelan memasuki kerongkong. Akur sahaja dengan arahan Shadiq.

"Cepat sembuh. Kata nak kahwin dengan saya." Shadiq sempat membisik pada telingaku sebelum dia bangun. "Saya keluar dulu. Saya tunggu dekat luar."

"Jangan lari lagi."

Shadiq senyum.

"Saya tak lari dah."

MomentumWhere stories live. Discover now