BAB 12

1 0 0
                                    

Husbaby aku nak pergi tengok kawan dia yang baru kematian mak. Aku nak angkut kau sekali. Nanti aku pick up dalam jam 8 pagi esok.

PERJALANAN ke Sungai Petani mengambil masa empat jam. Punyalah laju Airil bawa kereta. Aku dulu bawa ke Alor Setar pun ambil masa enam jam walaupun bukan musim cuti sekolah. Kereta terus diletakkan di kawasan bendang. Banyak juga kereta lain turut parkir di situ. Ambulan pun sudah sampai.

Airil cepat-cepat keluar dari kereta. Membiarkan aku dan Nurin terkebil-kebil di dalam. Tak sampai beberapa minit, Airil berpatah balik ke kereta.

"Kenapa?" Nurin bertanya.

"Jenazah dah naik van jenazah. Sekarang nak pergi ke tanah perkuburan. Awak dan Fairuza nak ikut ke?"

"Ikut sekalilah. Kalau ada di sinipun, kami boleh buat apa?"

"Okay jom."

Kereta dipandu pula ke tanah perkuburan yang terdekat. Aku ralit memandang keramaian yang mengiring jenazah. Apa amalan jenazah ya sampai begitu ramai sanak saudara dan jiran tetangga menyantuninya?

Agak-agak, nanti bila aku mati, ada ke orang nak santuni aku seperti ini?

Aku dan Nurin turun bersama dari kereta. Itupun kerana Airil mematikan enjin. Kami berdiri dari jauh sambil melihat orang ramai yang mengerumi liang lahad. Tak lepas juga Airil untuk turut bersama turun ke dalam liang lahad.

Namun mata aku terpandang dua susuk yang aku sangat kenal.

"Airil baru saja berkawan dengan budak ni tak silap aku. Tapi banyak jasa budak ni pada Airil sebab itu Airil sedaya upaya nak usung jenazah. Lagipun mak budak tu pernah bantu Airil suatu masa dulu di Madinah. Kalau nak buka sejarah, panjang ceritanya. Yang aku tahu, waktu itu, arwah mama Airil meninggal tapi Airil masih di Madinah. Mak budak tu yang banyak memujuk dan mengajar Airil untuk redha."

Aku mengangguk perlahan. Melihat Airil yang sanggup menyambut jenazah itu cukup memberitahu bahawa Airil benar-benar ikhlas untuk menyantuninya. Pasti Airil sedang turut berduka sekarang ini.

"Budak tu siapa?" Aku bertanya.

"Yang berada di sebelah Airil tu." Bibir Nurin memuncung. "Shadiq kut namanya. Aku dah lupa. Airil je yang banyak melepak dengan budak tu. Aku tak pernah join sebab selalunya Airil dan budak tu lepak tempat perempuan tak boleh masuk."

Mendengar nama Shadiq, aku terkejut. Begitu kecilnya dunia.

"Kalau kau ingat, aku pernah cerita kat kau yang ada seorang tour leader di Makkah sanggup berhenti kerja semata menjaga maknya yang sakit."

"Dan itu Shadiq?"

"Ya."

Allahu Akhbar. Adakah ini kebetulan atau memang dah dinamakan takdir? Mengapa aku dan Shadiq seakan ada link? Mengapa sejak dua menjak ini aku merasakan diri aku dan Shadiq begitu dekat?

"Fairuza.."

Aku tersentak. Laju aku menoleh pada Nurin. Dahiku berkerut ketika melihat Nurin di sebelahku sudah banjir dengan air mata.

"Kau kenapa?"

"Kau tengok tu.. Airil." Nurin menunjuk dengan jari.

"Kenapa?"

Airil sedang mendaki naik semula ke atas liang lahad.

"Adakah nanti bila aku mati, dia akan bersedih seperti itu. Raut wajahnya sangat pilu. Adakah dia akan sambut aku dari bawah? Adakah dia sanggup melihat wajah aku ketika dikafankan?"

Aku tersentak berkali-kali dengan soalan Nurin. Esakan kecil Nurin berlagu.

"Aku sedih bila aku membayangkan jenazah itu aku." Air mata dia seka dengan hujung abaya.

"Kau terlalu emosi."

"Itulah." Nurin tersenyum sedikit. "Aku bersyukur ketika Allah mengurniakan Airil dalam hidupku. Walaupun dulu selalu bergaduh dengan dia, tapi sebenarnya dia caring. Bila arwah abah meninggal, dia sanggup menikahi aku untuk menjaga aku. Dulu aku kahwin dengan dia bukan kerana cinta. Tapi cinta itu datang ketika melihat ketulusan dia."

Aku sekadar mendengar.

"Tiba-tiba aku takut." Nurin menarik hingus. "Aku takut kalau aku kehilangan Airil. Aku dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni. Aku hanya ada Airil dan Adam sahaja. Tapi aku takut kalau aku pergi dulu juga. Adakah Airil mampu melepaskan aku? Macam mana pula dengan Adam?"

Adam ialah anak Nurin bersama Airil. Adam sekadang berada dengan keluarga abang Airil. Disebabkan Adam masih bersekolah, Airil dan Nurin tak dapat membawa Adam ikut sekali ke Sungai Petani.

"Tapia da yang lebih takut." Nurin sambung. "Aku takut kalau Allah yang tak terima aku."

Aku tersentap. Pandangan aku beralih pada kubur yang di gembur. Tiba-tiba aku terbayang susuk tubuhku diikat kain kafan. Dalam keadaan kaku aku ditanam tujuh kaki dalam. Bila aku bersuara meminta tolong, tak ada siapa mendengar kerana roh aku sudah terpisah dari jasad.

Saat itu, malaikat akan menghampiri. Sama ada jalan suka atau jalan duka, semua itu diukur dari amalanku di muka bumi ini.

Sebut tentang amalan, apakah sudah cukup amalan aku di dunia? Bukankah baru-baru ini aku ditegur kerana melengahkan solat? Untuk diri sendiri pula, tak akan tak tahu selama ini amalan apa yang telah aku lakukan.

Apakah aku akan selamat?


MomentumWhere stories live. Discover now