BAB 4

3 0 0
                                    

TIRAI malam mula berlabuh. Aku jarang pulang ke bilik hotel sejak aku duduk sebilik dengan jemaah Kafs. Nurin pula sebilik dengan jemaah Andalusia. Yalah, Nurin bukan pekerja Kafs. Di Makkah pun, kebetulan Nurin dapat bilik berdua dengan Airil. Cuma Airil terpaksa duduk di bilik jemaah lelaki yang lain. Waktu itu sahajalah aku dapat berdua-duaan dengan Nurin.

Perancangan untuk ke Masjid Quba' berlangsung. Namun Iskandar tak dapat turut serta memandangkan Iskandar terpaksa menjaga jemaah Andalusia yang warded akibat sesak nafas. Aku tahupun daripada mesej Nurin. Ya, walaupun Iskandar mempunyai nombor telefonku, aku melarang dia untuk menghubungi aku secara terus. Kalau tidak, nombor Iskandar akanku block.

Untuk rancangan malam ini, sedaya upaya aku memujuk Nurin untuk turut serta bersama. Nak salahkan Iskandar yang menyebabkan rancangan ini terwujud pun tak boleh. Rancangan ke Masijd Quba' bukan rancangan yang tak baik. Bagus apa buat ibadah di malam hari. Daripada melangut tak buat apa-apa.

"Aku dengar, jemaah kau suka sangat dengan Iskandar."

"Aku rasa setakat ini, jemaah memang tak complain kalau mutawwif mereka bagus."

"Jadi kau akui yang Iskandar tu bagus?"

Aku terdiam. Terjerat.

"Asal susah sangat nak mengaku yang Iskandar tu baik?" Nurin menyoal. Pandangannya terhala tajam ke arahku. "Aku dengar yang kau judge dia tadi."

"Aku judge dia?" Aku berkerut dahi.

"Yang pasal takut kena complain dengan jemaah."

"Dia report dekat kau?"

"Dia cerita kat suami aku." Nurin membetulkan posisi duduk.

"Benda macam tu pun nak cerita kat orang?" Aku tergelak sinis. "Tak matured langsung."

"Dia borak kosong je. Airil yang tanya progress. Dapat ke dia ngorat kau. Itu yang kebetulan dia cerita. Kau ni.." Nurin membebel. "Tapi kau sendiri akui yang dia bagus, kan?"

"Aku tak pernah cakap dia tak bagus." Aku menjawab.

"Tapi cara dan gaya kau mengatakan dia tak bagus. Pandangan kau pada dia tu ibarat macam menghina."

"Kau tengok ke cara aku pandang dia macam mana?"

Nurin terdiam. Terus tak terkata.

"Tak akan benda macam ni pun dia bercerita kat husbaby kau?"

Nurin angguk perlahan. Aku ketawa sinis.

"Kalau kau jumpa lelaki macam ni, kau nak berkawan dengan dia ke?" Aku menyoal.

"Kau tak boleh letak kemahuan berkawan lepas kaku mendengar semua ni dari aku." Nurin mengeluh. "Iskandar rapat dengan Airil. Sebab itu Iskandar tak janggal berkongsi dengan Airil."

Aku malas melayan. Pandangan akku terhala pada lampu-lampu sepanjang Buggy bergerak. Sampai sahaja di Masjid Quba', aku terus mendirikan solat sunat dua rakaat. Kemudian aku termenung sejenak sebelum keluar dari Masjid Quba'. Nurin pula melayan jemaah bergambar. Aku duduk di birai tangga.

"Kenapa tak join jemaah lain?"

Aku pusing ke belakang. Tuan Shamsul manis tersenyum.

"Tak larat. Hari ini banyak kerja saya buat. Saya nak berehat sekejap."

"Kesiannya kamu. Kenapa tak batalkan program malam ni?" Tuan Shamsul menyoal. "Boleh je postpone esok hari."

"Tak apalah. Sebab saya pun nak kesini. Daripada saya duduk melangut dalam bilik, baik saya buat ibadah banyak-banyak." Aku sengih.

MomentumWhere stories live. Discover now