BAB 24

1 0 0
                                    

SATU-satunya hobi aku sejak aku bekerja di Saudi ialah ekspidisi Jabal Nur! Hari ini berbeza seperti biasa. Selalunya jemaah Malaysia akan mendaki gua hira' pada waktu malam. Namun trip Ustaz Firdaus berani buat pada waktu petang.

"Ustaz, kalau saya lambat turun, ustaz gerak je dengan jemaah balik hotel. Nanti saya balik sendiri."

Sempat aku menitipkan pesanan sebelum mendaki. Jemaah-jemaah lain aku tinggalkan di belakang. Aku laju mendaki sehingga ke puncak. Kalau dulu paling awal aku sampai puncak dalam masa setengah jam, sekarang dua puluh minit sahaja aku dah terpacak di atas puncak. Ibu pula tak ikut memandangkan ibu memang cepat sakit kaki.

Hening petang tak sama dengan hening malam. Walaupun matahari sudah semakin mencodong namun bahangnya masih ada. Waktu-waktu begini ramai warga Pakistan sebenarnya.

Aku duduk di tempat biasa iaitu di atas batu menghadap menara jam. Aku melepaskan lelah lama. Telefon dikeluarkan. Beberapa gambar aku simpan di dalam galeri.

Sehinggalah waktu-waktu yang ditunggu tiba. Matahari condong tenggelam. Orang panggil, sunset di bumi Saudi. Walaupun matahari yang sama di Malaysia, namun pengalaman melihat sunset di puncak Gua Hira ini terasa lain. Suasana langit di sini sangat cantik.

Klik.

Flash dari belakang badanku membuat aku terkejut. Laju aku menoleh ke belakang.

Klik.

Lagi sekali flash terarah padaku. Silaunya menikam iris mata.

"You're so beautiful my beauty."

Dalam membetulkan mata yang masih silau, aku mengamati suara yang berbicara. Sepertiku kenal.

"Kira aci tak kalau saya melamar awak di atas puncak wahyu ni?"

Semakin dekat suara, hidung semakin menusuk dengan satu haruman yang cukup aku kenal. Haruman yang sama sewaktu berada di jabal Rahmah dan masjid Jaronah semalam.

Akhinya pandanganku dapat membias wajah yang berdiri di depanku sepenuhnya.

"My senorita. My beauty. I'm glad to see you here. Apa khabar, Fairuza?"

"S-sihat." Gagapku. Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Mata masih tepat merenung wajah tampan di depan. Alis matanya indah. Keningnya pekat hitam. Hari ini dia berserban. Jambang kemas di wajah. Sangat maskulin.

"Jaga mata, Fairuza." Usiknya.

Cepat-cepat aku berkelip mata. Pipi menjadi hangat. Wajahku dibawa lari ke tempat lain.

"Jom turun dengan saya. Dah nak masuk maghrib ni."

Aku anggukkan kepala. Dalam malu-malu, aku membuntuti dia. Sesekali aku mencuri pandang dia yang jauh lebih tinggi dariku.

Tiba-tiba dia ketawa sendiri.

"Kenapa gelak?" Aku menyoal.

"Tahu tak, saya tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan macam ni. Bila dengan awak, mesti saya kalah. Saya tak boleh paksa pandangan saya untuk tunduk. Saya tak boleh tolak diri saya untuk menjauhi awak. Saya rasa saya berdosa bila dengan awak."

Sentap. Aku memandang belakang tubuhnya.

"Kalau macam tu, janganlah berjalan dengan saya." Lurusku.

Dia diam. Pada mulanya tempo langkahnya biasa namun sesaat kemudian, dia semakin laju meninggalkan aku di belakang. Aku mengemam bibir. Aku tersalah cakap ke? Sekelip mata, aku tertinggal tiga anak tangga di belakang.

"Shadiq?" Aku memanggil kehairanan.

Senyap. Langkah Shadiq semakin laju membuatkan aku resah. Aku turut melajukan langkah.

MomentumWhere stories live. Discover now