BAB 7

1 0 0
                                    

"KENAPA awak jenis ketegaq nak dengar cakap orang?"

Aku mencebik. Lagi sekali. Déjà vu. Namun soalan itu aku balas dengan diam. Hanya pensel masih berlari atas kertas putih.

"Fairuza.. Bahaya kalau awak berada dekat sini tengah malam."

"Saya tahu." Aku membalas perlahan.

Shadiq mengeluh. Badannya yang bersandar di kereta aku, dia betulkan.

"Balik, Fairuza."

"I can't drive."

"Kenapa?"

Aku mengangkat muka. Shadiq sedikit terkejut dengan wajah sembab aku.

"Awak menangis."

"I am not in a good mood, Shadiq." Aku mengesat air mata yang tersisa.

"Awak ada masalah?"

"Not your problem."

"Mari saya hantar awak balik." Shadiq melangkah mendekat. "Bagi sini kunci kereta."

"Hantar saya balik bukan boleh hilangkan masalah saya pun, Shadiq." Aku menarik nafas dalam-dalam. "Leave me. Give me space to adapt on what have happen."

"Sini bukan tempat yang elok untuk awak."

"Tapi kat mana?" Aku mendongak lagi sekali memandang Shadiq. "Berhenti suruh saya balik. Saya dah penat terkurung. Saya.."

"Saya bawak awak ke tempat yang awak tak sunyi."

Diam.

Hening.

KAMI sama-sama bersandar di dalam kereta. Shadiq yang memandu. Aku berada di kerusi penumpang. Dalam cahaya kereta, Shadiq menemani aku melukis menara jam Alor Setar.

"Saya tahu tempat ni bosan untuk awak."

Aku diam. Fokus aku pada lukisan. Dan sesekali terngiang-ngiang nasihat Kak Pej siang tadi. Aku betul-betul tak rasa nak berborak dengan Shadiq pun. Walaupun aku tahu, Shadiq akan bosan berada bersama aku saat ini.

Tapi.. bukan aku yang paksa Shadiq untuk bawa aku ke sini, kan?

Garisan memanjang aku tarik sekali. Perspektif masih berada di tengah-tengah jarum jam.

Bukan senang nak mengawal perasaan sendiri. Dalam kepala ini sentiasa bising dengan suara-suara yang aku tak dapat dengar. Yang aku tahu, kepala aku bising. Aku nak menjerit. Aku nak menangis. Tapi jeritan aku tak pernah terkeluar. Mungkin aku sendiri takut untuk orang menggelar aku gila.

Tiba-tiba esakan aku berbunyi tanpa aku sendiri meminta. Air mata aku jatuh. Serta-merta aku berhenti melukis.

Bukan senang nak memahami perasaan sendiri. Ada hari, rasa macam nak toreh tangan. Ada hari, rasa macam nak gantung diri. Ada hari rasa macam nak terjun.

"Mind sharing?"

Aku mengesat air mata. Namun esakan aku masih tersisa.

"Saya kena suspend."

"Tempat kerja?"

Aku angguk.

"Awak buat apa?"

"Hunus pisau."

Shadiq nampak terkejut.

"Tapi kenapa?" Bulat matanya.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Air mata aku cuba tahan.

"Perlu ke saya bercerita?" Pensel aku kembali berdiri. Aku merenung menara jam yang masih teguh di hadapan.

"Awak lari ke sini?"

Aku berdiam. Untuk apa aku bercerita pada Shadiq? Aku bukan kenal Shadiq. Shadiq pun tak kenal aku.

Tiba-tiba sepapan coklat dihulurkan.

"Kadang sugar boleh control emosi kita." Shadiq senyum.

Teragak-agak aku ambil. Mata aku naik pada Shadiq.

"Awak bukan famili saya ambil berat tentang saya." Mendatar sahaja suaraku.

"Bukan ke bercerita pada stanger lagi seronok? Sekurang-kurangnya, bila masalah awak dah selesai, awak tak akan regret bila cerita awak tu orang tahu. And I will not to ungkit sebab we both stranger, kan?"

Stranger.

"Apa yang awak nak tahu?" Aku menyoal.

"About you." Shadiq memusingkan kedudukannya menghadap aku. Dengan selamba dia menarik buku lukisan dari riba aku. "Apa yang awak pendam sekarang? Perasaan awak ketika suspend. Apa yang awak nak jeritkan tu? Apa yang awak nak sedih sangat?"

"Saya marah." Aku menarik nafas dalam-dalam. "Tak fair langsung. Salah ke saya protect diri saya?"

"Dengan cara menghunus pisau?" Berhati-hati Shadiq bertanya.

Aku angguk.

"Bos suruh saya jemput dia sebagai mutawif bulan depan. Dia suruh saya datang rumah. Bila saya datang, semua jadi mudah since saya memang kenal dia. Tapi tiba-tiba dia ajak saya teroka rumah dia." Tanpa sedar, suara aku bergetar. "Sambil meneroka rumah dia, dia cuba pegang tangan saya."

Mataku terpejam.

"Saya hanya tarik lengan saya."

"Lepas tu?"

"Dia propose."

"Awak tolak?"

Mata aku kembali memandang Shadiq. Terasa penuh berlingan air mata di tubir.

"Dia marah."

"Dia ugut awak?"

Angguk perlahan.

"Dia ugut apa?"

"He touched me." Air mata aku jatuh. Wajah Shadiq berubah riak. "Kebetulan waktu itu ada dekat dapur. Saya capai pisau. To saved my life. Dan saya terus lari keluar."

"Did something happen when you take the pisau?"

Aku menggeleng.

"Even hunus pun saya tak sedar. Lepas saya ambil pisau, saya seakan bebas. Dia menjauh. Saya terus berlari keluar dari rumah dia. Tapi majikan saya dapat video mengatakan saya menghunus pisau pada dia. Dia pun reject untuk menjadi mutawif Kafs."

"Awak ada explain apa yang terjadi pada majikan awak?"

Aku menggeleng perlahan.

"Awak diam?"

Angguk.

"Allahu Akhbar." Shadiq meraup rambut ke belakang. "But.. why?"

"Aib saya, Shadiq." Aku menyeka air mata. "Awak tahu, ini bulan kedua saya dicutikan tanpa gaji. Saya tak akan sesekali terfikir untuk menceritakan hal sebenar pada majikan saya. A big no! Memalukan!"

"For your sake, Fairuza."

"No.." Aku geleng. "I plan to resign. Why don't he just terminated me?"

"Sebab dia tahu, awak buat semua ini mesti ada reason. Saya pasti, majikan awak lebih kenal awak." Shadiq cuba memujuk. "Awak nak resign ni, awak nak kerja apa lepas ni?"

"Saya tak tahu. Saya stress. Hutang saya sekeliling pinggang ni siapa nak tanggung? Dan.. saya ada lagi satu masalah." Aku bersandar. Mata merenung kosong pada menara jam.

"Apa dia?"

Aku diam. Kepala aku sakit tiba-tiba. Perasaan aku mula berubah. Tiba-tiba aku rasa menyesal bercerita pada Shadiq. Kenapa aku boleh kalah pada Shadiq? Kenapa aku bagitahu Shadiq? Shadiq itu bukan stranger seperti yang Shadiq akui. Shadiq masih kenalan pada kawan-kawan aku yang lain.

Macam mana lepas ni kawan-kawan Quba' yang lain mengetahui tentang ini?

Huarghhhhh!!!

"Astarghfirullah. Fairuza?!"

MomentumWhere stories live. Discover now