BAB 25

1 0 0
                                    


DAN untuk kali pertama, hati aku musnah akibat cinta.

"Jodoh itu milik Allah, kakak. Mungkin Shadiq bukan lelaki yang boleh membimbing kakak buat masa sekarang. Kakak masih muda. Kat luar sana masih ramai lagi nak kakak."

Aku menangis teresak-esak dalam pelukan ibu.

"Kakak tak pernah rasa seperti ini dengan mana-mana lelaki."

"Ni semua ujian dari Allah."

"Kakak cintakan dia."

"Cinta Allah dulu kakak."

"Tapi dia baikkan, ibu?" Aku menyoal dengan penuh getaran.

"Ya, dia baik. Ibupun suka dia."

Tapi Shadiq dah tolak aku.

PERTAMA kali aku sujud mengadu pada Tuhan tentang seorang lelaki.

"Tuhan, aku mencintai makhlukmu. Adakah cinta aku masih belum ampuh untukMu sehingga kau patahkan hatiku kerana lelaki?"

Air mata aku mengalir lebat saat mengadu di malam terakhir di bumi Makkah. Lama aku berteleku di atas sejadah. Walaupun aku solat sujud akibat kaki masih bengkak, namun selepas memberi salam, aku sedaya upaya melekap dahi pada sejadah untuk sujud pada Allah Taala.

"SEKURANGNYA Allah memakbulkan doa Fairuza untuk merasai pengalaman bercinta."

Kak Pej sangat matang. Setiap kali dia mengadu, Kak Pej dapat memujuk dengan kenyataan.

"Dah buat tawaf wada' ke?"

"Sekejap lagi."

"Jangan lupa doa."

DOA ialah senjata yang tak pernah habis peluru. Mintalah apa jenis permintaan pun, Allah akan dengar dan menilai semua permintaan kita. Andai permintaan itu baik, Allah akan beri seperti mana kita minta. Andai kata permintaan itu kurang baik, Allah akan gantikan dengan nikmat yang jauh lebih sempurna.

Apa yang kita suka boleh jadi kita akan membencikannya nanti. Dan apa yang kita tak suka boleh jadi satu perkara yang kita sangat sayang nanti.

Cinta itu milik Allah. Di bumi Haram ini apalah yang aku fikir sampai boleh bertindak berani meluahkan rasa cinta pada manusia? Bukankah niat aku ke sini untuk buat sebanyak mana ibadah?

Tawaf terakhir dilakukan. Aku tawaf dengan skuter bersama ibu memandangkan kaki aku masih bengkak. Sebelum pulang ke hotel, aku sempat merenung lama pada kiswah hitam.

"Minta pada Allah, kakak." Ibu menegur.

"Kakak redha dengan keputusan dia." Aku senyum nipis.

Selepas aku mengadu pada Tuhan, hati aku terasa senang. Aku dah tak hiraukan rasa sakit ditolak oleh Shadiq kelmarin. 

MomentumWhere stories live. Discover now