BAB 15

1 0 0
                                    


BUKA buku baru, tutup buku lama. Duit tabung yang tak pernah aku sentuh akhirnya aku keluarkan dan guna. Bayaran deposit sudah aku langsaikan. Tinggal bayaran empat kali ansuran untuk bulan depan dan akan datang sahaja perlu aku selesaikan. Kemudian, aku akan pergi healing bersama keluarga di tempat yang paling seronok!

Aku tak pernah ada masalah dengan duit. Walaupun aku sudah tidak bekerja, aku masih ada income yang sentiasa masuk. Berkat doa dan dorongan ibu mungkin.

Sambal penyet dibungkus masuk ke dalam bekas plastik sebelum diletakkan ke dalam plastik bungkusan makanan.

"Saya jual ya." Aku senyum.

"Saya beli."

Ya betul, tak mudah untuk berhadapan dengan ujian. Kalau senang, tak adalah namanya ujian, kan?

Ada banyak hal yang orang tak akan peduli. Ada banyak cerita yang orang tak akan mahu dengar. Tapi percayalah, keluarga adalah tempat kau bersandar. Keluarga tak akan pernah buang kau.

Badan bersandar pada kerusi. Alhamdulillah, jualan sudah habis. Tinggal closing dan prepare bahan untuk hari esok pula.

"Uyoo.. Laju habis."

Aku tersentak. Terhenti lamunan. Laju mata menjeling pada sang pemilik suara.

"Pecah rekod ni. Belum pukul 5 petang lagi tapi dah licin." Jam dipandang. "Uyoo, baru jam 3.30 petang!"

"Ahmad, awak tak ada kerja ya?" Aku menegur. Sambil itu, aku mengemas meja.

"Alaaa.. Bukan senang aku nak jumpa kau."

"Awak selalu jumpa saya di sini." Sejak Ahmad di transfer ke cawangan Seremban, hari-hari batang hidungnya akan muncul di depan kedai aku. Tak hairanlah kalau bini Ahmad ni nanti ajak berperang dengan aku pula. Takut juga. Tapi kalau dah Ahmad hari-hari berkunjung di sini, takut-takut nanti aku digelar skandal Ahamd. Nasib baiklah Kak Nisa tu kira rock and roll juga. Sejenis wanita yang profesional.

"Kak Nisa jemput kau datang majlis nanti."

"Oh, saya dah dapat invitation card. Lima belas hari bulan, kan?"

"Iyup. Datang tau."

"Mestilah datang. Kak Nisa booking nasi ayam penyet dari saya."

"Wah. Siyezlah? Kak Nisa tak cakap pun dekat aku."

"Biasalah. Awakkan sibuk tahap menteri besar." Aku menyindir. "Tolonglah Kak Nisa tu prep apa patut. Kesian Kak Nisa. Sudahlah mengandung, nak kena prep lagi. Jangan bagi Kak Nisa penat. Dia tu mengandung."

Ahmad tergelak. Rambutnya diraup ke belakang.

"Membebel pula kau ni. Iyaa.. Mana ada aku bagi Kak Nisa kerja berat-berat. Dia tu bukannya kuat sangat. Cukuplah jaga Nabil aku dah bersyukur."

"Habistu, prep majlis siapa handle?"

"Catering kut kalau makan. Dah kau kata Kak Nisa ambil ayam penyet dari kau. Kau laa catering."

"Prep lain maksud saya."

"Kawan-kawan Kak Nisa. Diakan ramai kawan."

"Oh.." Aku angguk. Meja dah siap kemas. Barang-barang dimasukkan ke dalam kereta.

Sunyi sejenak. Hanya mendengar barang-barang aku berlaga sesama sendiri. Selesai kemas barang-barang, aku menutup khemah dibantu oleh Ahmad. Ahmad mengangkat khemah dan menyimpan di dalam bonet kereta.

MomentumWhere stories live. Discover now