BAB 30

1 0 0
                                    

BERLANGSUNG gotong-royong membersihkan rumah. Abang, Kechik dan Farisha siap berkampung di rumah ibu semalaman. Riuh rendah rumah ibu dengan suara budak-budak. Dah macam hari raya pula. Semua adik-beradik berkumpul untuk menyediakan persiapan perkahwinan aku. Itu belum kira lagi Along dan Angah pun turut serta. Abang sepupu dua orang itu kaki menyakat. Ada sahaja benda nak disakat. Keluarga Pak long dan Pak su pun turut hadir bersama. Ramai yang datang tolong apa yang patut termasuklah Ahmad dan Shadiq.

Shadiq hadir atas alasan teman Ahmad. Sebenarnya aku tak tahu apa motif mereka berdua datang? Korek punya korek, rupa-rupanya abang yang jemput mereka berdua untuk datang.

Aku pula sibuk melayan anak-anak buah bermain badminton diluar. Tenaga kerja terlalu ramai di dalam rumah sehingga abang langsung tak izinkan aku membantu apa-apa. Abang cuma menyuruh aku jaga anak-anak dia je.

"Nina, tangkap bulu tangkis tu!" Jerit aku pada Nina.

"Alaa Mak ngah. Tinggi sangat!" Nina mencebik. Bulu tangkis terlepas ke belakang. Aku dah terbahak dengan muncung Nina. "Amin janganlah terbangkan bulu tangkis tu tinggi-tinggi!"

"Mana ada tinggi." Amin melawan.

"Tinggilah tu. Orang kecil lagi tau!"

"Alaa suruhlah Mak ngah sambut."

"Entah Mak ngah ni. Kenapa tak sambut?"

Aik, aku pula dipersalahkan.

"Kak, esok kau nak keluar ke?" Panggilan dari dalam rumah membawa pandangan aku beralih. Kechik keluar dari ruang tamu bersama Shadiq.

"Kenapa?" Dahiku berkerut. "Tak ada kut. Tak ada plan nak pergi mana-mana pun."

"Chik nak pinjam kereta boleh? Nak angkut barang dari Kl."

"Bila?"

"Esok."

"Alright."

Kechik hanya mengangguk sebelum kembali masuk ke dalam rumah. Tinggallah Shadiq berpeluk tubuh di hadapanku.

"Pandai ke main tu. Kaki sudahlah pendek." Usik Shadiq.

Aku agak terkejut dengan sapaan dari Shadiq. Sejak dari pagi, Shadiq langsung tak tegur aku. Mungkin disebabkan kes tempoh hari. Tapi teguran Shadiq ewah sangat!

"Awak ingat kaki pendek tak reti melibas ke?" Kening aku terjongket.

"Kalau main dengan budak-budak, memanglah awak pro legend. Mainlah dengan orang setanding awak."

"Siapa yang setanding saya? Awak ke? Berani ke nak lawan saya?" Aku meletakkan raket di belakang bahu.

"Amboi, mencabar saya nampak." Shadiq melangkah mendekati aku. "Betul nak lawan dengan saya?"

"Hmmm.. Saya tak kisah. Tapia pa yang saya dapat kalau saya menang?" Kerek aku bertanya.

Shadiq menarik senyuman senget. Wajahnya ditundukkan pada aku. Gayanya bersahaja namun cukup membuatkan aku hilang keruan tiba-tiba. Semakin lama, semakin rapat wajahnya pada batang hidung aku.

Aku meneguk liur.

"Kalau awak menang, saya akan satu malam yang sangat berharga untuk awak." Bisik Shadiq.

Aku berdehem perlahan. Cuba memberanikan diri daripada cuak di hadapan Shadiq.

"Malam yang seperti apa?"

"Malam yang seperti mana awak nak? Apa awak teringin menjalani hikayat 1001 malam bersama saya?"

"Sengal." Aku mencebik. Shadiq ketawa.

MomentumWhere stories live. Discover now