BAB 13

2 0 0
                                    

"AWAK datang." Shadiq nampak seperti hilang separuh beban ketika memandang wajahku.

"Saya nak ucapkan salam takziah."

Shadiq tersenyum kelat. Pandangannya dilarikan ke tempat lain. Aku tak tahu dia sedang pandang apa. Yang aku tahu, dia langsung tak pandang aku.

"Saya dah keseorangan sekarang." Shadiq bersuara perlahan.

"Apa maksud kamu?" Aku berkerut dahi.

"Mak dah meninggal. Abah pun dah lama meninggal. Abang sulung dah berumah tangga jauh di negara orang. Itupun abang tiri. Borhan pula tak pernah sesekali nak mengaku dia abang saya."

"Ustaz Borhan abang awak?" Aku berkerut dahi.

Shadiq menjatuhkan pandangan padaku.

"Awak tak nak jadi isteri saya. Saya tak dapat menumpang kasih awak. Saya ni pathetic, kan?"

Aku tersentap. Hal lama diungkit. Terngiang waktu Shadiq bertemu dengan ayah untuk meminta izin aku untuk berkahiwn dengannya. Saat ayah bertanya padaku, aku hanya mendiam dan menggeleng.

"Saya minta maaf sebab ajak awak kahwin." Shadiq tersenyum nipis. "Saya nak pergi jauh juga lepas ini."

"Kamu nak pergi mana?"

"Pergi ke tempat yang boleh bawa luka saya." Shadiq tergelak. "Kalau ada rezeki, kita akan berjumpa lagi. Kalau bukan di sini, mungkin di jabal wahyu."

Aku menelan liur. Jabal wahyu? Shadiq akan mula bekerja di Saudi semula?

"Saya nak balik. Saya penat. Izinkan saya balik dulu ya?"

Aku tak mampu berkata-kata. Entah mengapa lidahku kelu tiba-tiba. Kepala aku masih penuh dengan kenyataan Shadiq akan bekerja di Saudi semula. Hanya pandanganku sahaja melihat Shadiq penuh santun berjalan membelakangiku.

TAK sampai dua puluh empat jam, susuk Shadiq tak dapat dikesan. Ustaz Borhan puas telefon syarikat Srikandi namun syarikat itu memutuskan dengan kenyataan Shadiq bukan lagi pekerja di situ. Satu kampung juga saling mencari-cari namun bau Shadiq langsung tak dapat dikesan.

Telefon tak dijawab. Mesej tak dapat dikesan. Sehinigga malam berlabuh, masing-masing memutuskan untuk biarkan Shadiq mencari haluannya sendiri.

Aku pula, sudah menghilang di tengah bendang. Dengan harapan Shadiq akan berada di situ, tetapi hakikatnya tiada. Hanya ada aku seorang sahaja. Aku melangkah longlai ke pangkin yang terpacak di tengah-tengah bendang.

'Jadi perempuan jangan berani sangat.."

Terngiang-ngiang nasihat Shadiq di telingaku. Aku melabuhkan punggung di pangkin.Pandangan merenung padi yang sudah menunduk. Teringat insiden pertama yang antara aku dan Shadiq ketika disaksikan menara jam.

Huarghhh!

"Astarghfirullah, Fairuza?!"

Tubuh yang menggigil teruk ketika itu ditenangkan dengan bacaan Al-Fatihah, ayatul kursi dan tiga Qul sebelum aku pengsan. Shadiq membawa aku ke hospital dek kerana dia tak tahu nak buat apa. Disebabkan itu juga, doktor mengesahkan aku ada depression. Doktor memberikan ubat penenang dan suruh aku menghadiri appointment dan kaunseling sebagai rutin.

Tapi ketika itu Shadiq yang tidak bersetuju dengan doktor. Shadiq cakap aku bukan gila walaupun hakikatnya waktu itu aku benar-benar seperti orang depression. Shadiq tak pernah anggap aku gila. Ketika aku self harmed ketika dalam perjalanan Tapah ke Seremban pun, Shadiq tak cakap aku gila. Shadiq cuma diam dan memujuk aku untuk bersama-sama membaca ayatul qursi.

Pandangan aku terpejam sejenak. Aku teringat Shadiq mengajak aku kahwin seperti mengajak aku buat kuih. Waktu itu otak tengah gila. Shadiq pula buat kerja gila.

"Jom kita kahwin. Saya jaga awak. Awak jaga saya. Saya jadi sebahagian dari soul awak. Awak jadi sebahagian dari soul saya. Kita cari life yang hilang sama-sama. Saya akan pastikan awak tak kosong."

Gila.

"Wah ada pompuan kat sini lah!"

"Wahaha.."

"Makan sedap woo malam ni."

Aku tersentap. Pantas mataku tercelik. Aku terkejut saat melihat tiga orang lelaki berpakaian tak semenggah sudah duduk di sebelah pangkin aku. Aku langsung tak perasan dengan kewujudan mereka.

"Weh betina, kau melamun apa ek. Ke kau memang dah ready untuk menjadi santapan kami?"

Dagu aku dipegang sesuka hati salah seorang daripada mereka. Aku terkejut. Laju aku menepis.

"Wah berani kau tepis tangan aku?" Suaranya bertanya sebelum ketawa jahat.

"Eh pompuan, kau dari mana eh? Kau mesti tak tahukan kat sini tempat lepak kitorang."

Aku bangun dari pangkin.

"Eh eh.. nak pergi mana?"

Beg sandang aku ditarik.

"Lepaslah!" Aku menjerit.

"Wah menjerit. Takutnya!"

"Hahaha!"

Aku berundur setapak ke belakang. Jujur aku takut untuk berhadapan dengan mereka bertiga saat ini.

"Eh pompuan, kau ni cantik jugakan. Tapi kalau buka tudung mesti kau cun."

Satu tangan melingkari pinggang aku membuatkan jantung aku terjatuh sejenak. Tubuh kecil aku ditarik masuk ke dalam pelukan salah seorang daripada mereka. Aku menjerit.

"Lepaslah!"

"Diam!" Jerkah lelaki yang memelukku. "Kau ni kurus sangatlah pompuan. Kau tak makan ke?"

"Lepas.." Aku masih berusaha untuk melepaskan diri. Namun usaha aku dibalas dengan tawa syaitan daripada mereka.

"Badan kecik macam ni jangan nak gerak banyak sangat. Ini semua buat kami terliur lagi adalah. Nyum."

Ya Allah..

Mataku mula berair. Ketika ini barulah aku ingat Tuhan. Sebelum ini, Allah dah hantar Shadiq untuk berpesan padaku untuk tidak ke sini waktu-waktu begini.

"Eh pompuan, kau dah sedia ke untuk di ngap."

"Please.." Aku merayu. "Lepaskan saya. Saya ada duit. Nanti saya bagi duit saya dekat awak bertiga."

"Siapa nak duit?" Gelak lelaki yang masih memelukku. "Aku nak kau."

Aku menggeleng laju. Gila. Gila. Gila.

"Malam ini akan menjadi kejam, sayang.."

Tiga tawa syaitan bergabung. Aku dah menggigil ketakutan.

Oh Tuhan.. adakah layak untuk aku diuji seperti ini?

Tapi..

Aku yang menjejak kaki ke sini.

MomentumWhere stories live. Discover now