BAB 20

1 0 0
                                    

HARI demi hari berlalu. Rutin aku seperti biasa. Buka kedai di sebelah tengahari dan abaikan sakit yang kerap kali bertandang. Kalau manjakan sakit tu, kemungkinan aku miskin sebab tak boleh buka kedai. Tapi sejak buat rawatan baru-baru ni, aku lebih kerap diserap sakit.

Dari jauh kedengaran bunyi motor Ahmad. Lelaki itu memang suka datang bertanya khabar. Aku hairan juga, mengapa Ahmad seperti mengetahui sesuatu yang sepatutnya dia tak perlu tahu. Adakah Shadiq membuka mulut mengenai sakitku? Ahmad sangat ambil berat tentangku. Kadang terpacul riak kerisauan di wajahnya.

"Kamu ada tahu apa-apa yang saya tak tahu ke?"

Ahmad berkerut dahi.

"Tahu apa?"

"Pasal saya?" Aku memeluk tubuh. Sementara Ahmad masih cekal berdiri di hadapanku, lebih baik aku terus bertanya.

"Yalah, pasal apa?"

Aku mengangkat sebelah kening. Lama Ahmad merenungku sebelum mulutnya berbentuk O. Sepertinya dia dapat mengagak apa yang bermain di pikiranku.

Bibirku mula tersungging sinis. Mesti betul tekaanku bahawa Shadiq yang memberitahu Ahmad.

"Siapa report ke kamu? Shadiq?"

"Bila masa pula Shadiq nak buka cerita pasal kau. Dia mana suka bercerita pasal perempuan." Ahmad ketawa. "Kan malam haritu aku yang tolong kau."

"Malam haritu?" Kali ini aku berkerut dahi.

"Iya. Dekat PD. Kebetulan aku dan Shadiq melepak kat Teluk Kemang. Nampak pula satu kereta tak betul. Asyik main signal tanpa sebab. Tengok-tengok rupanya kau tengah terpekik terlolong seorang diri. Aku pelik juga, tapi Shadiq suruh aku tengok kau dari jauh je. Instead ketuk tingkap kau tanya kenapa, Shadiq bersusah payah call kau sampai dapat. Padahal boleh je ketuk pintu tingkap kau. Aku tak faham kenapa. Kau tak ingat ke?"

"Malam dekat PD tu kamu berdua ada?" Aku semakin hairan. Seperti ada memori yang hilang. Tapi ada cebisan memori yang masih melekat membuatkan aku semakin nak tahu apa yang terjadi malam itu.

"Kau tak ingat ke?" soal Ahmad buat kali kedua.

Aku menggeleng.

"Lepas kau angkat call Shadiq, kau terus hilang waras. Shadiq yang kopak pintu kereta kau. Aku ada sekali tolong apa patut. Tapi Shadiq paling perform. Dia dapat halang kau akan self harmed. Sampaikan dia membiarkan diri dia dipukul kau. Paling perit bila aku tengok kau tampar Shadiq."

Ngaa.. Aku tampar Shadiq? Kenapa aku langsung tak ingat?

"Shadiq waktu tu ada dekat Malaysia?"

"Aik? Shadiq baru je balik Saudi semalam. Kau tak tahu ke?"

"Baru balik semalam?" Mata aku membesar. Jadi selama ini Shadiq berada di Malaysia? Mengapa dia tak pernah munculkan diri di hadapanku selama ini?

"Ish, kau ni banyak yang tertinggal. Betul-betul tak ambil tahu ya?" Ahmad tergelak. "Sebab tu dalam dunia ni jangan rasa kita hidup sorang-sorang. Kau ada aku. Kau ada Shadiq. Kau ada Daud, Hairul, Aya dan ramai lagi. Tapi kau suka berselindung dari kami. Suka menyorokkan diri dan perasaan. Kami adalah, Fairuza. Kami sentiasa ada untuk kau."

Aku tersenyum kelat.

"Bukan menyorok. Tapi aku dah lama tak contact korang. Tak akanlah tiba-tiba nak buka cerita ni." Aku tersengih. "Lagipun benda-benda macam ni tak payah nak kecoh. Kita tak kenal pun orang macam mana. Kadang, kawan baik sendiri boleh tikam belakang."

"Betul juga cakap kau. Tapi atleast carilah seorang dua kawan yang kau boleh berkongsi cerita. Bukan pendam sorang-sorang."

Aku sekadar mengangguk.

"Hopefully benda ni hanya rahsia kita-kita je. Tak naklah yang lain tahu. Sebab kita tak tahu siapa punya angkara, kan?"

Ahmad angguk.

"Aku hormat keputusan kau." Ahmad menjawab. "Kau jangan skip treatment. Selalunya berjuang untuk hak kau. Mungkin aku tak dapat rasa apa yang kau lalui tapi aku sentiasa support kau."

"Thanks Ahmad." Aku senyum. Nasib baiklah Ahmad dah kahwin. Kalau tak, mesti aku dah jatuh cinta pada Ahmad. "Hari ni dah makan ke? Nak nasi ayam penyet saya tak? Saya belanja?"

"Kau nak belanja?" Kening Ahmad terjongket.

"Yup."

"Tapi aku makan banyak."

"Saya tahu. Saya dah kenal kawan-kawan saya."

"Ewah." Ahmad ketawa. "Bolehlah. Tadi makan karipap je. Tak rasa lapar pun. Tapi lepas kau offer, terus perut aku bernyanyi."

"Alasan." Aku menjelir lidah. "Padahal memang nak saya offer. Bezanya, hari ini saya tak paksa beli. Saya bagi free je."

"Mesti hari ni punya lagi mantap."

"Hari-hari saya masak mantap." Aku menjawab selamba. "Ayam ni nak thigh atau breast?" Sambil tangan aku laju mengambil bahagian breast.

"Kata dah kenal aku."

"Kenal dah. Nak breast, kan?"

Ahmad tersenyum bangga.

"Wah, kau betul-betul kenal akulah!" Ahmad ketawa kuat. "Kau mesti stalk aku, kan? Eiii.. malunya! Naya kalau Kak Nisa tahu ni. Menjawab."

"Tibeh Kak Nisa." Tawa aku meletus. "Kak Nisa kenal kamu lagi mandalam, Ahmad. Saya kenal kamu sikit-sikit je."

"Tapi still rasa disayangi oleh kau sebab kau kenal aku macam mana."

Ahmad gelak lagi. Gelak macam tak ada penghujung. Suka betul orang ambil kisah pasal diri dia ya.

KAKI bergegas berlari mencari tandas. Entah mengapa, balik sahaja dari berniaga petang tadi, perut terus memulas teruk. Aku tak mampu kira kali ke berapa aku berulang-alik ke tandas. Ibu yang tengok aku ulang-alik ke tandas pun mula membebel.

Aku diserang cirit-birit dan muntah secara tiba-tiba. Aku ada salah makan ke? Rasanya selama aku berniaga, aku rajin bawa bekal dari rumah. Kalau aku diserang keracunan makanan, sudah tentu ibu dan adik-adik juga akan terkena. Tapi mengapa aku seorang sahaja yang berulang-alik tandas?

Perut masih memulas. Dalam keadaan tak larat, ibu masih memaksa aku untuk makan. Kata ibu, kalau tak makan nanti tak ada tenaga. Macam mana nak sembuh?

Tapi bila sesuap masuk ke dalam mulut, serta-merta aku akan berlari ke tandas untuk keluarkan semula. Muntah aku tak berhenti.

Aku keracunan makanan?

MomentumWhere stories live. Discover now