BAB 11

1 0 0
                                    


NURIN menapak laju masuk ke dalam butik Sara. Matanya mula rambang. Mana tidak, abaya yang tergantung semua nampak eklusif dan premium. Nurin pula memang setiap hari pakai abaya. Tak kiralah bekerja atau berjalan, Nurin memang akan pakai abaya.

"Mana satu cantik? Yang hitam sulam emas atau yang penuh labuci ni?"

Aku menilik kedua-dua abaya yang ditunjuk Nurin. Dua-dua cantik. Aku sendiri rambang mata dengan abaya yang tergantung di butik ini.

"Yang bersulam emas." Aku menjawab.

"Baguslah mata kau. Memahami citarasa aku. Aku memang nak yang ni." Nurin bertepuk tangan gembira. Abaya labuci terus disangkutnya kembali. "Jom ke belakang jap. Aku nak cari jubah untuk mak aku."

Aku sekadar mengikut sahaja tanpa banyak kata. Memang plan hari ini untuk teman Nurin shopping. Maklumlah, dia dan Airil dah gaji. Lain pula dengan aku yang menganggur ni.

"Ya puan, boleh saya bantu?"

Nurin pusing ke arah pelayan.

"Tak perlu. Saya cari sendiri. Lagipun saya dah hafasl selok belok butik ini." Senyum Nurin.

"Oh, okay baik. Tak apa, nanti kalau ada apa-apa, puan cari saya di kaunter ya."

Nurin angguk. Pelayan itu laju sahaja menghilang. Aku mendekati Nurin yang sibuk memilih jubah yang tergantung.

"Aku lupa tanya budak tadi pasal kerja kosong."

Aku berkerut dahi. Dah kenapa Nurin ni tiba-tiba cari kerja kosong?

"Aku tahu kau minat abaya. Kau ingat bila kau kerja kat sini, kau boleh pakai abaya free ke?"

"Bukan aku yang nak kerja sini." Nurin mencemik. "Kau lerr.. Sampai bila nak menganggur? Kalau kau kerja sini seronok juga. Aku pun tumpang seronok. Dah tentu-tentu nanti aku dapat lima puluh percent diskaun sebab kau kerja sini."

"Banyaklah kau."

Nurin ketawa kuat. Habis satu butik itu dipenuhi tawa Nurin. Sampaikan mak cik yang pilih jubah kat sebelah Nurin pun terkejut. Sempat mak cik tu menjeling aku. Mungkin nak suruh aku tegur si Nurin ni kut.

"Tapi menganggur pun seronok." Aku bersuara. "Tak payah serabut dengan kerja. Tak payah nak punch card hari-hari. Tak payah nak fikir pasal jemaah hari-hari. Tak payah nak design poster. Tak payah nak uruskan dokumen jemaah. Tak payah nak explain benda sama dekat jemaah. Wah.. aman!"

"Aman kau tu sampai ke bila? Nanti bila dah miskin, baru tahu menyesal. Kau tak hantar resume kat mana-mana company ke?"

"Nak hantar macam mana? Aku offline nak dekat sebulan. Baru hari ini telefon aku hidup. Lagipun, susah travel lain nak terima aku since aku dah ada kes. Entah-entah industri lain pun tak nak terima aku."

"Kau tak cuba lagi, mana kau tahu." Nurin membangkang. "Nak masuk Andalusia?"

"Tak nak."

"Demand." Nurin mencebik.

"Bukan demand." Aku mengeluh. "Aku betul-betul tak rasa nak kerja buat masa sekarang. Aku nak fokus on me dulu. Aku nak betulkan kesilapan aku."

"Kesilapan apa?" Nurin bertanya.

"Kesilapanlah. Kesilapan dan dosa-dosa lampau."

"Ayat macam kau pernah bunuh orang." Nurin tergelak.

"Bukan kes aku memang sampai ke tahap itu ke?" Aku mengangkat sebelah kening.

"Itu fitnah," balas Nurin. "Polis pun dah sahkan tak ada apa-apa terjadi. Mungkin kau tanggung half burden, dan kau tak dapat tegakkan diri kau. Tapi ramai yang tahu, itu semua fitnah."

"Apa yang fitnah?"

Aku dan Nurin sama-sama terkejut. Soalan dari suara garau itu membuatkan aku dan Nurin sama-sama berpaling ke belakang.

"Iskandar?" Nurin berkerut dahi.

"Well.. kuat betul jodoh kita ya." Iskandar tersenyum senget.

Aku menjuling ke langit. Benci aku melihat wajah lelaki ini.

"Saya ada dengar seorang sebut pasal fitnah tadi. Apa yang fitnah?"

"Tak ada apa." Nurin menggeleng. "Iskandar dari mana? Bukan patutnya awak ke Mekah ke minggu ni?"

Iskandar senyum. Dia berpeluk tubuh.

"Dibatalkan. Saya ada private issues nak kena settlekan. Awak Fairuza? Bukan awak ada trip ke minggu ni?"

Aku menjeling. Bibir aku terketap rapat. Malas aku nak menjawab soalan Iskandar.

"Eh tapi awak pun viral baru-baru ni, kan?" Iskandar bertanya.

Kali ini aku menikam pandangannya. Dari iris matanya, cukup terlihat riak sinis.

"Apa awak buat sampai boleh viral?" Iskandar bertanya lagi. "Awak ni cantik sangat kut sampai semua lelaki jatuh suka pada awak. Itulah, saya dah ajak awak kahwin. Awak tak nak. Kalau awak kahwin dengan saya dulu, awak dah lama selamat. Tak ada isu fitnah macam ni."

"Apa yang kau merepek ni?" Aku bertanya senada. Aku perasan Nurin menoleh pada aku dengan riak terkejut. "Kalau tak kata, orang tak kata, Iskandar. Nanti bila aku dah kata, jangan sakit hati dengar orang mengata."

Sinis.

Aku terus berlalu pergi.

"KENAPA kau demand sangat dengan Iskandar?" Nurin menepuk bahuku.

Tak sangka Nurin berjaya menemui aku selepas aku menghilangkan diri tadi. Aku menongkat dagu. Wajah polos Nurin aku pandang.

"Aku tak tahu." Aku mengangkat bahu. "Bukan kau kenal aku ke? Aku tak suka orang. Dan aku rasa kau memang tahu yang aku tak suka Iskandar."

"Iskandar buat apa kat kau sampai kau kasar sangat dengan dia?"

"Kau rasa cara aku kasar ke?"

"Sangat." Nurin angguk. "Kau guna panggilan aku-kau dengan Iskandar. Sebelum ini kau jarang guna panggilan aku-kau kecuali dengan kawan kau. Tapi for sure, Iskandar bukan kawan kau."

"Yup." Aku angguk. "Biarlah. Panggilan je. Aku dengan Tuhan pun beraku-kau."

"Itu lain."

"Biarlah, Nurin." Aku mengeluh. "Ada kala, kita tak boleh terlalu senang nak kenal orang. Aku suka dengan sikap dingin aku. Kalau kau kurang selesa dan mengambil keputusan untuk tak berkawan dengan aku, aku okay je."

"Ke situ pula. Kau ni asal ek?" Nurin mencebik.

Aku mengangkat bahu.

"Boleh tak kita tak buka topik pasal Iskandar? Aku tak suka." Aku mengelip-ngelipkan mata. Sengaja memancing Nurin untuk senyum.

"Kau ingat comel?"

Aku menarik sengih.


MomentumWhere stories live. Discover now