Pintu rumah banglo itu dibuka . Keadaan yang agak sunyi kerana hanya mereka berdua yang tinggal disitu . Adik kepada Areesa sudah tinggal bersama ibu Aryann manakala pembantu rumah mereka diberi cuti untuk berehat .
" my angellll .. abang dah balik ni sayangg " panggil Aryann dari ruang tamu .
' aii mana bini aku ni ? Kebiasaannya dia sambut aku balik dari kerja'
'Takkan lah ...' Aryann sudah berfikiran negatif . Dia risau akan keadaan isterinya yang kadang-kadang perbuataan Areesa diluar jangkaan . Lelaki itu terus bergegas naik ke tingkat atas menuju ke bilik mereka .
" sayangggggg " panggil Aryann .
Senyap
Tiba-tiba kedengaran bunyi air paip yang terbuka di tandas bilik mereka .
" sayang ? angel abang kat dalam ke tuuu " tanya Aryann sambil mengetuk pintu tandas .
" a-abang .. sakit .. " jawab Areesa dari dalam tandas itu .
" haaa ? Sakit apa tu sayangggg . Ya Allah , sayang bukak pintu ni sayanggg "
DUSHH DUSHHH !
Aryann menumbuk pintu tandas tersebut kerana gelabah dan risau akan keadaan isterinya .
" a-abang .. ja-jangan pecahkan pintu tu .. orang tengah s-sakit ni ... "
" sakit apa sayangggg , sebab sayang sakitlah abang nak bukak pintu ni"
" akit eyut abang .. "
" hah ?! " tanya Aryann kerana kurang dengar suara isterinya .
1 .. 2 .. 3 ..
KEDEBAMMM !! pintu tandas itu dapat dibuka seluasnya tanpa menggunakan kunci pintu .
" ABANGGGGG !! " jerit Areesa .
" wait ..what ? S-sayang tengah .." Aryann terus menutup mukanya tetapi kakinya tidak berganjak dari situ . Terkejut !
" abang keluar please .. saya nak membuang pun tak senang eeee ! "
Aryann masih terpaku .
" Aryann Firdaus !! " jerit Areesa .
" ye sayang , abang dengar ni .. manalah abang tahu sayang tengah hmm hmm "
" dah sayang kata sayang sakit sebabtu abang sanggup pecahkan pintu ni " sambung Aryann lagi . Dia masih menutup mukanya .
Areesa melihat jari jemari dan tangan Aryann luka kerana menumbuk pintu tandas tadi .
" its okay abang tapi sekarang abang keluar dulu ya ? Terima kasih abang sebab ambil berat walaupun dah ceroboh eeeee " kata Areesa dengan nada geram dan malu !
Aryann terus keluar dari tandas dan menunggu isterinya bersiap untuk ke parti hari jadi Ellicia di sebuah restoran mewah .
'Maaf sayang , abang tak sengaja huhu ..' omel Aryann sendiri .
••Kereta BMW di berhentikan di hadapan restoran mewah yang dituju .
" hensemnya abang malam ni hehe .. " puji Areesa . Dia telah menyuruh Aryann untuk memakai kemeja merah jambu lembut pada malam itu kerana ingin mendenda suaminya atas kejadian di rumah tadi .
" sayang .. jangan mulakan please " jawab Aryann .
Areesa tergelak perlahan . Puas hati dapat kenakan suami aku !
" tapi serius abang nampak lain dengan baju ni .. encem angatttt ! "
"Perli atau puji abang hm ? "
Aryann mendekati Areesa di sebelahnya lalu mengucup pipi isterinya .
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ARYANN [OG]
Romance[SLOW UPDATE ! 🙏] Bidadari ? Areesa Jannah yang lahir di dalam keluarga sederhana bukanlah seorang bidadari yang 'perfect' dalam semua hal. Tetapi kerana satu kejadian yang menimpanya telah menjadikan gadis itu seorang bidadari yang sempurna di mat...