'Aryash farihin & Aisy farhana'
Dua nama itu ditulis di dalam buku diari hariannya. Areesa mengusap perutnya yang kelihatan mula membesar. Tidak disangka bahawa dia bakal menjadi seorang ibu dan Aryann Firdaus pula bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Sekejap sahaja masa berlalu, ketika ini kandungannya telah mencecah 8 bulan.
"ssk..sskk" tanpa diduga air matanya mula mengalir.
'macam mana kalau aku tak mampu dan aku pergi dulu? hmm.. '
'macam mana kalau anak-anak aku membesar tanpa kasih sayang ibu?'
'mampu ke Aryann hidup tanpa aku? hmm'
'Reesa sayang abang..' kata Areesa sendiri sambil mengusap perutnya. Dia cuba untuk mengawal emosi supaya kandungannya terjaga tetapi kadangkala dia tidak mampu mengawal juga.
Tiba-tiba pintu bilik terbuka dari luar. Kelihatan Aryann Firdaus sedang berjalan menuju ke arahnya. Areesa terus mengusap kedua belah pipinya supaya Aryann tidak mengetahui hal tadi.
"sayang..."
"hmm.."
"sayang abang tengah buat apa tu..?" tanya Aryann sambil memeluk Areesa dari belakang. Dia dapat merasakan bahawa emosi isterinya tidak stabil ketika itu.
"takde buat apa pun abang.. Reesa tengah menulis diari je dari tadi. Maklumlah dah nak beranak ni, mana tahu kalau Reesa pergi dulu.."
"sayang.. kenapa cakap macam tu,hm?"
"Reesa takut.."
"kenapa sayang..hm? sayang fikir apa ni sampai menangis?"
"m-macam mana abang tahu?" tanya Areesa. blur sekejap.
Aryann tersenyum nipis. Mana tidaknya dia tahu sendiri tentang hal itu? Mata Areesa kelihatan bengkak seperti sudah lama menangis. Hidungnya pula kelihatan merah seperti tomato. Sudah tentu isterinya menangis semasa ketiadaannya di rumah.
"Mestilah abang tahu sebab Areesa kan isteri abang? abang tahu yang sayang tak okey.."
"sayang overthinking ya?" sambung Aryann lagi.
Areesa masih mendiamkan diri dan termenung di meja bacaannya.
Aryann menghela nafas perlahan. Dia terus membawa Areesa ke birai katil perlahan-lahan dan memujuk isterinya untuk berehat tetapi Areesa sukar untuk melelapkan mata kerana fikirannya terganggu.
"sayang.. jangan fikir bukan-bukan ya? InshaAllah takde perkara buruk akan berlaku. Abang akan sentiasa doakan sayang dan anak-anak kita selamat. Abang ada dengan sayang, jangan risau ye?" pujuk Aryann.
Tanpa berkata apa-apa, Areesa terus memeluk Aryann sekuatnya. Dia tidak tahu mengapa emosinya ketika itu sangat terganggu dengan perkara negatif. Areesa benar-benar takut kehilangan Aryann Firdaus.
"Terima kasih abang sebab selalu ada dengan Reesa, jaga Reesa dengan baik dan beri kasih sayang sepenuhnya pada Reesa selama ni. Reesa dah takde siapa dalam dunia ni selain abang..kalau ditakdirkan Reesa pergi dulu masa lahirkan dua cahaya mata kita, tolong halalkan makan minum Reesa dan jaga anak-anak kita baik-baik ya abang? tolong janji dengan Reesa, boleh abang?" pinta Areesa.
"sayang.." Aryann kehilangan kata-kata. Bukan kerana tiada jawapan tetapi sejujurnya dia juga tidak bersedia jika dia perlu meneruskan hidup tanpa isteri tercinta.
Aryann memeluk Areesa dengan lebih erat. "sayang.. jangan fikir bukan-bukan ya? InshaAllah sayang akan selamat, anak-anak kita pun akan selamat dan mereka akan rasa kasih sayang kita berdua sampai mereka besar.. Abang janji sayang.."
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ARYANN [OG]
Romance[SLOW UPDATE ! 🙏] Bidadari ? Areesa Jannah yang lahir di dalam keluarga sederhana bukanlah seorang bidadari yang 'perfect' dalam semua hal. Tetapi kerana satu kejadian yang menimpanya telah menjadikan gadis itu seorang bidadari yang sempurna di mat...