" sayang .. masuk kereta dulu boleh ? tunggu abang okay ? " pinta Aryann lemah lembut .
Areesa terus mengikut apa yang disuruh oleh suaminya . Akan tetapi , pemikirannya sedikit terganggu atas kehadiran wanita tadi .
" kau buat apa dekat sini ?! " bentak Aryann .
" I miss you Fir .. i rindu kenangan kita dulu .." balas Luna iaitu bekas kekasih Aryann suatu ketika dahulu .
" i nak ..you Fir " kata Luna yang mencuba untuk memaut lengan Aryann tetapi ditolak kasar olehnya .
" Enough Luna ! Stay away from me before .. "
" before what Fir ? you nak bunuh i ? huh , you tak ingat apa yang you pernah buat dulu, hm ? " Luna cuba memberi ugutan tetapi sikit pun tidak membuat Aryann gentar .
" HAHA Dont test me Luna .. im warning you again , stay away from me and my wife ! " bentak Aryann lagi dan mula beredar dari situ .
" who is your wife ? Ohh that girl ? eewww low class nya macam perempuan kampung ! jauh beza dengan i . entah-entah dia tu perempuan simpanan you kan Fir ? HAHA pity her !"
Aryann berhenti melangkah . Dia menoleh kebelakang semula dan menuju ke arah Luna dengan wajah bengis . Ingin sahaja dia mencekik perempuan itu tetapi dia masih boleh mengawal diri .
" Jaga mulut kau sebelum aku robek mulut kau perempuan ! ye memang isteri aku jauh beza dengan kau sebab perempuan macam kau ni dah bersepah dekat jalanan sana dan isteri aku adalah satu-satunya untuk aku , Aryann Firdaus's Angel ! " kedengaran bergema suara Aryann di parkir kereta tersebut .
" One more thing .. touch my wife, you will die . remember that ! " tegas Aryann lagi . Lelaki itu terus beredar dari kawasan tersebut dan memasuki kereta BMW miliknya bersama Areesa Jannah .
' CIS ! kau ingat aku takut ke Fir ? HAHAHA kau tunggu .. ' getus hati Luna sendirian di tempat parkir kereta itu .
••
Suasana di dalam kereta agak tidak seperti kebiasaan . Areesa yang ceria sudah mendiamkan diri malah Aryann juga sedang melayan emosi amarahnya . Tetapi sebagai seorang suami , Aryann juga tidak mahu isterinya berdiam diri dan overthinking kerananya . Oleh itu , Aryann cuba mulakan perbualan antara mereka .
" Sayang .. "
Areesa menoleh melihat ke arah suaminya yang sedang fokus memandu .
" Sayang okay ? " tanya Aryann .
Areesa hanya mengangguk perlahan .
Aryann mengeluh perlahan . Dia tahu isterinya sedang bersedih .
" abang tahu sayang banyak fikir tentang tadi .. maafkan abang "
Diam .
" My princess .. takmau lah diam macam ni sayang .. abang risau .. mana pergi isteri abang yang mulut macam itik pokpek pokpek tu .. " pujuk Aryann sambil memegang tangan isterinya menggunakan tangan kiri . Manakala tangan kanannya masih di setereng kereta .
" Kita pergi makan sate okay sayang ?" kata Aryann lagi .
"okey" jawab Areesa sepatah sahaja .
Aryann sedar atas kesilapannya yang tidak berterus terang tentang masa lalunya . Bukan dia tidak mahu berterus terang tetapi dia ingin menunggu waktu yang tepat .
••
" Kak , saya nak order 20 cucuk sate daging , 10 sate ayam , 10 sate kambing ya ? " kata Areesa di kaunter ambil pesanan gerai makan itu .
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ARYANN [OG]
Romance[SLOW UPDATE ! 🙏] Bidadari ? Areesa Jannah yang lahir di dalam keluarga sederhana bukanlah seorang bidadari yang 'perfect' dalam semua hal. Tetapi kerana satu kejadian yang menimpanya telah menjadikan gadis itu seorang bidadari yang sempurna di mat...