3 BULAN KEMUDIAN ..
"nyam nyam sedapnya laksa viral nii"
"abangg, nak lagi 3 mangkuk boleh ? hehe sedaplah ... " pinta Areesa sambil mengunyah mi laksa yang masih penuh di dalam mulutnya.
"Allahu sayang... ni dah masuk mangkuk ke 3 dah sayang.. pakcik tu pun dah pelik dah tau my love.. hmm betul ke nak lagi ni ?" jawab Aryann yang kelihatan bingung dengan selera isterinya yang naik mendadak ketika itu.
" alahh abangg.. please.." rayu Areesa dengan memuncungkan bibirnya yang comot.
"bungkus okay sayang ?"
Areesa monyok dan menggeleng.
"sayang...." kata Aryann dengan sedikit tegas.
Tiada angin tiada ribut, air mata Areesa jatuh ke pipi. Dia menangis teresak-esakk di gerai warung laksa itu.
"heyy my cutie pretty princess.. why ni hm? kenapa nangis tiba-tiba ni sayang ? abang ada buat sayang kecil hati ke,hm? " tanya Aryann. Dia mengusap pipi isterinya dengan lembut.
"A-a..abang marah Reesa.. a-abang dah tak sayang Reesa.. ssk..ssk" kata Areesa.
Aryann mengerutkan dahinya lagi. 'Apa kena dengan isteri aku ni?'
Aryann segera memeluk isterinya dengan erat di gerai tersebut tanpa menghiraukan pelanggan-pelanggan lain yang melihat ke arah mereka.
"shh..shh.. my little pumpkin sayang, abang minta maaf okay? abang tak marah sayang pun.. abang sayang isteri abang ni.. kita bungkus lagi 3 laksa nak??"
Areesa merenggangkan pelukan mereka dan memandang ke arah wajah suaminya.
"b-betul ni 3 bungkus laksa ? ssk..ssk"
"ya sayang .. tapi janji dengan abang, jangan nangis lagi okay?"
Areesa mengangguk laju.
"My good babygirl .." jawab Aryann sambil mencium dahi isterinya. Dia terus mengambil langkah ke kaunter pesanan makanan untuk membuat pesanan laksa lagi.
Aryann sempat menoleh ke arah isterinya yang sedang leka menghabiskan semangkuk laksa terakhirnya dengan berselera. Dia tersenyum melihat gelagat Areesa yang tiba-tiba berselera dan mudah tersinggung. Pelik tapi comel !
"Tuan, ini 3 bungkus laksa yang dipesan, saya ada lebihkan kuah dan mi laksa ya.." kata penjual laksa.
"Alhamdulillah .. semoga murah rezeki.. terima kasih banyak-banyak encik"
"Tapi kan encik, isteri saya ni lain macam betul harini. Sedap sangat katanya sampai minta 3 bungkus lagi, pelik juga saya ni encik.. " sambung Aryann lagi.
Penjual laksa itu tergelak mendengar kata-kata Aryann.
"Alhamdulillah syukurlah kalau begitu .. saya rasa isteri Tuan mengidam kut .. mungkin sedang berbadan dua?" jawab penjual laksa itu sambil senyuman.
'mengidam? aii berbadan dua? bini aku mengandung ke?' kata Aryann sendiri dalam hati.
" Tuan? maaf kalau saya tersalah kata" sapa penjual laksa tadi dengan wajah sebersalah.
" eh encik, bukan begitu.. encik tiada salah apa-apa.. terima kasih encik, mungkin ada betulnya apa encik katakan tadi, terima kasih sekali lagi ya untuk laksa ni.. assalamualaikum" kata Aryann.
"Baiklah, hati-hati ya Tuan. Waalaikumssalam..." sambung penjual laksa itu.
~~
Semasa dalam perjalanan pulang, Areesa hanya mendiamkan diri sahaja. Aryann juga sedang sibuk memikirkan kata-kata si penjual laksa tadi. Betul ke isterinya mengidam laksa kerana mengandung?
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ARYANN [OG]
Romantik[SLOW UPDATE ! 🙏] Bidadari ? Areesa Jannah yang lahir di dalam keluarga sederhana bukanlah seorang bidadari yang 'perfect' dalam semua hal. Tetapi kerana satu kejadian yang menimpanya telah menjadikan gadis itu seorang bidadari yang sempurna di mat...