𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​ | 8

63 3 0
                                    


            𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

    Pagi aryanna dia hanya makan seorang diri.Selalunya mama dia akan teman dia makan dan selalu masakkan breakfast untuknya tetapi kali ni dia terpaksa hidup sendiri...

"Kalau ada mama mesti setiap pagi Anna akan ceria je kan, papa pun sama walaupun papa selalu sibuk" Aryanna memotong pancake buatannya dan disuapkan ke dalam mulut...

Apabila dia teringatkan pancake tu, dia rasa gembira sebab dia ingat yang papa dia tidak makan pancake yang dia buat.
Selepas dia tahu, dia rasa dialah orang yang paling happy sangat...

"Papa,mama,abang semua dah tinggal kan adik, bosan tau tak duduk rumah ni hmm" Aryanna mengambil telefon pintarnya yang berada di atas meja...

Nombor kawan baiknya fawwaz didail,
bosan juga dia duduk rumah seorang diri jadi dia perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan nya..

"Ada apa call aku ni Lana, aku ngantuk lah" aryanna berdecit, fawwaz ingat dia tak tahu yang fawwaz tu menipu...

"Ehh kau ni jangan nak tipu lah, jom aku nak ajak kau keluar makan dengan aku nak tak" Laju sahaja fawwaz mengiyakan...

"Mestilah boleh, nanti aku datang ambil kau.Jangan sidai aku pulak !" Sempat lagi fawwaz mengingatkan aryanna...

"Yelah"

Panggilan ditamatkan.Aryanna menghabiskan pancake nya dan menuju ke atas untuk bersiap.Nanti tak adalah fawwaz kata dia suka sidai orang...

"Erm nak pakai warna putih ke marron ni ehh?" Soal aryanna kepada dirinya dan dia membuat keputusan untuk memakai warna putih...

"Inilah macam cantik" Angkat bakul sendiri nampak...

Aryanna memakai blouse yang berwarna putih itu dan dikenakan dengan shawl putih...

Bibirnya dioleskan dengan lipbalm sahaja.Bagi dia tidak perlu makeup tebal-tebal lelaki tak pandang pun...

"Okay dah siap " Aryanna membelek dirinya di cermin dan awning tudung dibetulkan sedikit...

Dia melangkah turun kebawah dan mendengar ada orang menekan loceng rumahnya...

Ting ! Ting !

"Ni mesti fawwaz, tak menyempat betul lah" Lantas pintu pagar dibuka dan terpampang lah wajah fawwaz...

"Kali ni aku tak lambat kan fawwaz"
Fawwaz menayangkan muka menyampahnya kepada aryanna...

"Erm kau tak lambat, dah cepatlah aku nak pergi makan ni dah lapar tahu tak"
Dengan pantas aryanna mengunci pagar dan mereka berdua masuk ke dalam perut kereta...

"Kita nak pergi mana fawwaz?" Soal aryanna dan fawwaz hanya mendiamkan dirinya.Naik menyampah la pulak aryanna bila kena palau ni...

"Ouh tak pe kau taknak jawab" Aryamna menyilangkan tangannya di dada seolah olah sedang merajuk tanpa dia sedar dia sudah masuk ke alam mimpi...

"Lana bangunlah dah sampai ni" Fawwaz mencuit sedikit bahu aryanna untuk menggerakkan dia.Aryanna yang terasa seperti bahunya dicubit terus mencelikkan matanya walaupun terasa berat...

"Uwahh ! Kita kat mana ni"

Mata aryanna melihat keadaan sekeliling dan dia begitu teruja kerana fawwaz membawanya ke tempat kegemaran nya iaitu pantai...

"Wah kau bawa aku pantai" Fawwaz melihat wajah aryannaa yang begitu teruja kerana membawanya ke pantai..

"Yelah aku nak kau tenangkan fikiran kau" Mereka berdua menuju kearah batu besar yang berada di pantai dan melabuhkan punggung...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now