𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 35

113 4 0
                                    


              𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮
  

       PADA pagi itu, Amelia bangun awal kerana mahu membuat sarapan untuk keluarga mertuanya. Dia hanya masak roti bakar dengan air coffee. Sebenarnya dia tidak adalah cekap mana memasak berbanding suaminya Adrean...

Maklumlah bekas chef kan. Mana tak nya, mesti lah pandai masak. Dato Arian dan isterinya turun ke bawah kerana Amelia memanggil mereka untuk turun bersarapan sekali....

Adrean juga siap untuk pergi ke kerja. Adrean melabuhkan punggung nya disebelah isteri nya iaitu Amelia. Aryanna pula sedang berdiri di tangga. Nampak seperti semua orang gembira tanpa dia disitu. Nampak keluarga yang lengkap...

"Mana ryanna adrean ?" Soal Dato Arian kepada anak lelakinya. Adrean mengangkat bahunya tanda tidak tahu keberadaan Aryanna. Dan pada masa inilah Datin Nadia mahu mengata tentang Aryanna....

"Mesti tidur lagi tu. Menantu apa macam tu. Pemalas ! Tengok macam Melia ni, rajin je. Pagi lagi dah bangun siapkan sarapan untuk suami. Dia tu kerja membuta je. Haih bilalah Adrean nak ceraikan dia" Tersentak Adrean...

"Mummy, apa ni ? Tengah makan kan" Balas Adrean...

"Alah mummy cadangkan aje. Ye kan Melia. Dia tu bukannya boleh harap. Mummy lagi suka kalau Amelia je yang jadi menantu mummy dan bukan perempuan murah tu. Ish !" Mengalir air mata Aryanna pada saat itu...

Hina sangat ke dia di mata mertuanya ? Sampai digelar perempuan murah. Jahat sangat ke dia ?

Amelia tersenyum sinis. Nampaknya hubungan Aryanna dan keluarga mertuanya tidak baik. Mungkin ini akan memudahkan kerja dia untuk merampas harta mereka semua...

"Nad ! Jangan gelar dia macam tu boleh tak ? Awak dahlah paksa anak kita kahwin dengan perempuan ni. Lepastu awak nak Adrean ceraikan Aryanna pula ? Mana hati awak ni Nad. Kalau saya buat macam tu dekat awak, apa yang awak rasa ? Sakit kan" Sampuk Dato Arian....

"Saya tak paksa Adrean pun okay. Jangan nak fitnah saya. Saya cuma nak diorang bahagia. Kalau dengan perempuan tu entah sampai bila anak kita akan merana ye kan"

"Mummy, Melia sebenar tak kisah pun kalau Adrean taknak lepaskan ryanna tu. Melia tahu dia baik. Mana ada orang yang sanggup bermadu kan. Dia baik mummy " Amelia berkata. Aryanna tersenyum sinis. Mesti semua itu sekadar lakonan sahaja...

Memang hipokrit !

"Melia jangan baik sangat boleh ? Dia tu perempuan tak baik. Melia jangan rapat sangat dengan dia takut jadi macam dia nanti. Mummy sayang dekat Melia tau" Terukir senyuman dibibir Amelia sangat mendengar tuturan itu. Aryanna melangkah naik balik ke atas biliknya...

Sudahlah semalam dia tidur seorang diri. Tanpa peneman atau sesiapa dalam hidupnya. Sunyi kan hidup menjadi seorang Aryanna Elana ni...

Bilalah ada sinar bahagia dalam hidup dia ni. Teringin juga dia nak bahagia macam keluarga lain. Dulu dia happy sangat kerana mama dan papa dia masih ada tapi sekarang ni. Sunyi hidup dia. Tak ada tempat nak meluah...

Nampak sangat Datin Nadia ikhlas sayangkan dia sebagai menantu dia rumah itu. Ada peluang lah dia nak jadi mem besar dalam rumah tu nanti...

"Mummy kerja tak harini ?" Soal Amelia

"Kerja lah. Butik tu sejak dua menjak ni banyak customer jadi mummy kena masuk kerjalah. Bosanlah Melia nanti sebab Ean pun kerja. Kalau Melia bosan, Melia keluar je okay" Cadang Datin Nadia...

"Erm tak apalah. Banyak kerja rumah nak kena buat ni. Kesian pula mummy nanti yang kena buat semua ni. Biar Melia je buat okay" Terharu Datin Nadia mendengar nya. Dalam dia tak sedar, semua itu lakonan semata-mata...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now