𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 43

139 2 0
                                    


           𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

  SUDAH hampir seminggu Adrean tidak keluar bilik mahupun makan. Selepas berkali-kali dipaksa baru lah dua akan makan itupun hanya sedikit sahaja. Yang dia akan buat hanya lah duduk di dalam bilik milik Aryanna dan termenung di dalam bilik...

Dato Arian yang kembali menjaga syarikat nya. Datin Nadia pula yang tak habis-habis memberi kata semangat pada anaknya. Ibu mana yang tak risau melihat keadaan anak nya yang begitu. Dia dah kehilangan anak perempuannya dan tidak mahu kehilangan anak lelaki nya pula...

"Ean makan sikit. Mummy masak dah ni. Nanti Ean sakit" Pujuk Datin Nadia dengan lembut. Adrean masih termenung memandang kearah luar tingkap. Tiada selera dia nak makan selepas apa yang terjadi...

"Ean makan sikit. Nanti sejuk bubur ni tak sedap. Biar mummy suap" Baru Datin Nadia ingin menyuap bubur ke dalam mulut Adrean dan Adrean menggeleng kepalanya...

"Ean taknak makan. Ean nak Aryanna. Mummy bawa dia jumpa Ean boleh ? Ean nak minta maaf dekat dia. Ean banyak salah dengan dia. Ean pukul dia mesti dia sakit kan. Mummy tolong Ean boleh ?" Pinta Adrean sambil mengukirkan senyuman nya pada Datin Nadia...

Perlahan-lahan air mata Datin Nadia mengalir. Mungkin salah nya juga kerana selalu mengongkong anak-anaknya. Kalau tidak mesti mereka akan bahagia seperti keluarga lain...

"Boleh. Nanti mummy bawa okay. Tapi sekarang ni Ean kena makan dulu. Kalau tak Aryanna sedih"

"Yelah. Ean taknak Aryanna menangis lagi. Ean nak dia happy je" Perlahan-lahan Adrean membuka mulutnya. Disebalik pintu itu Dato Arian melihat drama air mata itu. Dia juga rasa kesian melihat anak mereka begitu...

"Kenapa ni Ean ? Tak sedap ke ?" Soal Datin Nadia apabila Adrean berhenti menyuapkan bubur ke dalam mulutnya. Adrean menggeleng kepala nya. Bukan begitu...

"Tak adalah. Bubur ni sedap cuma...Ean dah kenyang. Ean nak rehat dulu" Datin Nadia mengangguk dan mengangkat dulang ke luar. Pintu bilik itu ditutup rapat oleh nya...

"Macam mana ?" Soal Dato Arian pada isteri nya. Datin Nadia menggeleng kepala nya. Dato Arian menghela nafasnya. Penat dia mengupah orang untuk mencari Aryanna tetapi tidak jumpa...

Terfikir juga dia ke mana wanita itu pergi ?

"Sabar lah Nad. Ini dugaan untuk kita" Belakang isteri nya digosok perlahan. Datin Nadia tidak dapat menahan air matanya lagi. Tidak sanggup melihat anak nya begitu...

"Dugaan apa lagi ? Saya penat lah abang. Lepas satu-satu, Husna dah hilang sampai sekarang tak jumpa. Adrean jadi macam ni. Murung je. Saya taknak kehilangan anak-anak saya. Diorang nyawa saya. Macam mana saya nak hidup kalau anak-anak saya macam ni ?"

"Insya-Allah semua ni ada hikmah. Awak sabar lah, nanti kita pasti akan dapat jumpa dengan Husna. Saya yakin dia masih hidup di luar sana. Sekarang ni apa kata awak cuba telefon Amelia tu. Dah seminggu saya tak nampak kelibat dia. Takkan dia tak cari Adrean ?" Cadang Dato Arian pada isterinya...

Sebenarnya memang itu pun niat Datin Nadia pada mukanya tetapi selepas Adrean berkali-kali sebut nama Aryanna. Datin Nadia tak rasa yang Adrean mahu berjumpa dengan Amelia lagi...

"Belum. Saya tak pernah lagi call dia. Saya takut nanti kalau Amelia datang, Adrean akan mengamuk. Dia cuma nakkan Aryanna bukan Amelia" Terang Datin Nadia pada suaminya. Dato Arian mengangguk lemah...

Sementara itu....

Baju Aryanna yang dihadiahkan oleh nya dipeluk kuat. Rindu dia pada isteri nya itu tiada ubat. Berkali-kali dia cuba menelefon Aryanna tetapi tidak diangkat...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now