𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 44

121 2 0
                                    


             𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

     PADA HARI ini, Fawwaz datang lagi ke rumah Adrean. Niatnya sekadar ingin bertanya soal Husna. Ingin tahu khabar tentang keberadaan Husna. Dia menghela nafas dan mengetuk pintu rumah itu...

Datin Nadia yang mendengarnya itu lantas membuka nya. Dia mengukirkan senyuman melihat wajah Fawwaz. Datin Nadia mempelawa Fawwaz masuk ke dalam...

"Eh Fawwaz. Masuk lah dulu. Kejap eh aunty nak buat air" Fawwaz terlebih dahulu menghalang nya. Niat dia datang kesitu bukan ingin minum tetapi ingin bertanya tentang Husna...

"Saya datang ni ada hal..."

"Hal apa ? Pasal Husna ?" Fawwaz mengiyakan apa yang dikatakan oleh Datin Nadia. Tetapi dia ada lagi hal yang perlu diselesaikan dengan Adrean...

"Macam mana dengan perkembangan Husna, aunty? Ada jumpa apa-apa pertunjuk tak ?"

"Masih tak dapat jejak. Tapi uncle tengah usahakan" Tenang Datin Nadia menjawab soalan itu. Tidak seperti biasa. Kalau tidak mesti dia akan menangis. Mungkin dia dah perlahan-lahan boleh redha ?

"Adrean mana ? Kenapa Fawwaz tak nampak dia pun ? Dia kerja ke ?" Soal Fawwaz lagi. Datin Nadia menggeleng dan mengajak Fawwaz naik ke tingkat atas. Fawwaz mula mengekori sahaja langkah Datin Nadia itu...

Apabila mereka tiba di depan pintu bilik. Perlahan-lahan pintu itu dibuka oleh Datin Nadia...

"Tu Adrean" Fawwaz menoleh kearah yang dikatakan Datin Nadia. Berkerut dahi nya melihat Adrean yang sedang termenung memandang kearah luar tingkap rumah. Adakah kerana dia terlalu rindukan Aryanna ?

"Kenapa tu aunty?"

"Dia mengalami kemurungan. Dia terlalu rindukan Aryanna. Aunty pun dah buntu. Tak tahu nak cari Aryanna dekat mana lagi. Adrean rindukan sangat-sangat pada Aryanna. Waz tahu mana Aryanna ?" Terkedu Fawwaz dengan soalan itu...

Kalau Adrean dia sanggup berbohong tetapi wanita tua dihadapan dia ini. Dia tidak sanggup. Adakah ini masa yang sesuai untuk dia beritahu tentang keberadaan Aryanna yang sebenar nya...

"Ye. Fawwaz tahu" Terukir senyuman lebar di bibir Datin Nadia mendengar jawapan daripada Fawwaz. Akhirnya doa dia dimakbulkan oleh Allah. Semua persoalan dia kini terjawab...

Adrean yang mendengar perbualan mereka berdua itu lantas menuju kearah Fawwaz...

"Kau tahu ? Cakap dekat aku. A-aku rindu dia. Kau cakap mana dia ? Aku nak sangat jumpa dia. Tolong aku Waz" Adrean melutut di hadapan Fawwaz. Rasa bersalah pula Fawwaz dibuat nya...

"Aryanna...dia koma" Terkedu Adrean mendengarnya. Jadi selama ni Aryanna koma. Mesti semua ini disebabkan dia. Mesti semua ni salah dia...

"K-koma ? Bila masa ?" Soal Adrean dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak...

"Dalam bulan lepas. Dia kena langgar lari tapi sebelum dia koma tu dia ada cakap..."

"Cakap ? Cakap apa ?"

"Dia cakap korang dah bercerai. Dia cakap dia sakit. Dia cakap semua orang dah buang dia" Jujur Fawwaz katakan. Adrean terdiam mendengar jawapan itu. Tak sangka Aryanna berkata begitu...

Terus Adrean jatuh melorot ke bawah. Aryanna koma selama ni dan dia baru tahu. Suami jenis apakah dia ni. Isteri tengah terlantar di hospital dia boleh buat tak tahu...

"Ean, mummy tahu Ean kuat. Nanti kita pergi melawat ryanna" Pujuk Datin Nadia pada anak nya. Adrean memandang wajah mummy nya. Mahukah Aryanna memandang wajahnya nanti ?

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now