𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​ | 18

72 2 0
                                    


            𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

     Kereta berjenama Audi R8 dimasukkan ke dalam perkarangan rumahnya. Enjin dimatikan olehnya lalu dia keluar dari perut kereta...

"Assalamualaikum akak !" Laung dia dari luar. Kasutnya dibuka lalu diletakkan kemas ke dalam almari kasut...

"Waalaikumsalam. Waz daripada mana ni ? Akak call tak angkat, Waz memang suka buat akak risau ke ?" Ujar Diana risau akan adiknya. Suka menghilang begitu sahaja...

"Fawwaz pergi mall tadi lepastu terserempak dengan husna" Berkerut dahi Diana apabila fawwaz menyebut nama husna...

"Siapa pula husna ni ? Girlfriend kau ke Waz ?" Soal Diana kepada adiknya..

"Bukanlah kak. Akak tak ingat ke Tengku Husna Ariesa " Diana mencuba ingat kembali siapa Husna. Rasanya dia pernah dengar nama itu tetapi tak berapa nak ingat sangat...

"Tak. Akak tak ingatlah Waz"

"Dia anak Dato Arian. Akak mesti kenal kan. Alah yang kita pergi masa majlis kahwin Lana baru-baru ni" Ujar fawwaz bersungguh-sungguh...

"Ouh Akak ingat. Kejap, dia kahwin dengan adrean. Kiranya husna tu adik ipar ryanna lah" Ujar Diana

"Iye. Tapi Fawwaz jumpa aryanna juga tapi dia nak balik cepat" ujar fawwaz dalam nada kecewa. Rasa seperti lama dia tak keluar bersama aryanna. Dia faham aryanna sudah menjadi isteri orang tapi hidup dia rasa sunyi...

"Kenapa dia nak balik cepat ? Ha akak tahu, mesti dia nak balik masak untuk suami dia kan" Perkataan suami ditekankan oleh Diana. Nak bagi adik dia sedar yang aryanna dah jadi isteri orang bukannya macam dulu lagi dah...

"Akak memang sengaja kan. Malas la Waz nak cakap dengan akak, buat sakit je. Baik cakap dengan dinding" Jelingan dihadiahkan kepada Diana lalu fawwaz meninggalkan Diana berseorangan di ruang tamu...

"Eleh cakap sikit sentap. Orang cakap benda betul"

                                ••••

      Aryanna meminta tolong husna mengangkat barang-barang yang dibelinya tadi untuk dibawa ke dapur. Kalau dia angkat sorang memang lambatlah...

"Nak letak mana ni kak ?" Soal husna

"Letak dekat situ" Plastik berisi barang-barang itu diletakkan oleh husna. Setelah itu dia pergi kearah Aryanna...

"Akak pandai ke buat Buttermilk Chicken ?" Soal husna mendapat kepastian. Kalau aryanna tak tahu dia nak ajarkan. Sebab dia tahu aryanna ni tak adalah pandai masak mana...

"Boleh. Sebab dulu waktu akak zaman universiti dengan fawwaz, dia selalu la minta akak masakkan" Teringat aryanna tentang zaman universiti dia dulu. Tetiba pula rindukan abang dia Luth...

"Ouh, akak rapat sangat ke dengan fawwaz tu ?" Soal husna sambil memotong bawang...

"Rapat lah jugak. Sejak zaman universiti jugaklah kitaorang kenal. Akak kawan dengan dia sebab akak teringin nak ada boyfriend tapi abang Luth tak kasi " ujar aryanna sambil teringatkan balik kenagan dia...

"Kenapa pulak ?"

"Abang Luth la punya pasal. Setiap kali lelaki nak ngorat akak dia halang. Lepastu akak nak keluar je mesti dia nak ikut. Dalam erti kata lain dia tu macam mengongkong akak la. Tapi ajak tahu dia buat semua tu sebab dia sayangkan akak. Mama papa tu memang sokong sangatlah abang Luth tu..." Husna tekun mendengar cerita daripada aryanna...

Kekadang bosan juga husna apabila kawan-kawan dia semuanya sibuk dengan kehidupan masing-masing. Ada yang bekerja jauh, dah ada keluarga. Dia ?

"Alah, cerita akak macam cerita Husna lah. Abang Ean pun macam tu jugak. Selalu jugak halang husna nak berkawan. Tapi husna tak ambil hati pun dah memang perangai dia macam tu kan" Husna menolong aryanna masak harini sebab katanya dia tak ada kerja...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now