𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​ | 14

84 3 0
                                    


           𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

Lens kamera tidak berhenti berkelip. Kini mulalah upacara pembatalan air sembahyang. Adrean menghampiri aryanna dan pada saat itu juga jantung aryanna tidak memberi kerjasama...

"Ha adrean cepatlah sarungkan cincin tu pada jari Aryanna" Ujar Dato Arian tidak sabar. Akhirnya dapat juga dia menantukan aryanna. Manakala Datin Nadia melihat tidak berpuas hati...

Mahu membantah ? Itu akan membuatkan dia bergaduh dengan Dato Arian sahaja. Lebih baik dia berdiam diri dahulu...

Cincin disarungkan pada jari manis nya. Begitu juga dengan aryanna, dia menyarungkan cincin ke jari adrean...

"Aryanna salam adrean tu" Kata Luth yang sudah tahu adiknya tu pemalu..
Perlahan lahan aryanna menyalam tangan adrean dan dicium...

Terkedu aryanna saat adrean mencium dahinya. Rasa seperti dejavu. Kalau nak senyum pun nanti kantoilah dia blushing dengan suami sendiri...

Fawwaz hanya mampu melihat kebahagiaan aryanna bersama lelaki lain. Apa yang dia patut buat?

Gembira kot ?

"Fawwaz kau taknak bergambar dengan adik aku ke ?" Soalan daripada Luth menghentikan lamunan fawwaz...

"Eh takpelah aku taknak kacau diorang. Nanti-nanti lah, aku tunggu kat luar eh" Pamit Fawwaz lalu beredar keluar dar masjid. Luth pula memandang pelik kearah fawwaz. Dia ada masalah ke ?

"Abang sinilah !" Panggil aryanna..

"Adik, abang kena balik dah petang ni"
Pudar senyuman aryanna. Baru je balik semalam dah nak balik sana semula...

"Alaaa... Abang duduklah sini dua tiga hari lagi. Adik tak puas lagi sembang dengan abang" Aryanna memuncungkan mulutnya seperti itik...

"Ish Adik Abang ni. Awak tu dah ada suami jadi adik layan jelah suami Adik tu. Ingat walau apa pun dia tetap syurga adik faham !" Tegas Luth berpesan. Bukan dia tak tahu aryanna ni jenis yang degil sikit...

Sikit je tak banyak !

"Okay tapi Abang kena tangkap gambar banyak-banyak dengan adik boleh ?" Luth mengiyakan sahaja kehendak adiknya.
Adrean pula rasa macam nak berambus je dari situ....

"Lama lagi ke ni. Aku takut tak sempat nak susprise kan Amelia ni..." Jam tangan dikelilingi sekilas. Pada mulanya dia tidak mahu menghantar Amelia pergi ke Airport tetapi rasa bersalah pula...

"Ean kenapa ni ?" Soal Dato Arian kepada ank lelakinya. Husna pula macam biasalah dia, jurugambar yang tidak berbayar. Dia yang rela hati...

"Takde apalah daddy " Dari raut wajah adrean, Dato Arian dapat rasakan bahawa adrean sedang risaukan sesuatu...

"Kamu daddy nak pesan sikit. Kamu tu dah ada isteri, kalau boleh putuskan hubungan kamu dengan Amelia. Daddy taknak Aryanna kecewa" Membulat mata adrean. Dia putus tunang dengan Amelia. Semua tu mustahil...

"Daddy tahukan Adrean cintakan Amelia dan bukan Aryanna. Kenapa daddy nak paksa Ean pulak ni ?" Rasa macam stress sangat adrean pada saat ini. Kenapa perlu tekan dia sampa macam ni. Ingat senang ke benda tu...

"Sekarang ni isteri kamu Aryanna bukan Amelia. Kalau kamu tak ikut apa yang daddy cakap siaplah kamu" Adrean terpaksa akur dengan ugutan Dato Arian...

Dia tiada pilihan. Inikah takdir hidupnya ? Bersama orang yang dia tidak cinta ?

                             ••••

Apabila tiba di rumah keluarga adrean. Aryanna melangkah masuk ke dalam, ternganga mulutnya apabila melihat rekaan dalaman rumah itu. Cantik dan elegan...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now