𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 32

85 3 0
                                    


            𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

      Tiba dia di rumah Dato Zachery. Adrean mengetuk pintu rumah itu. Niatnya nak berjumpa Dato Zachery sebab nak bincang tentang perkahwinan dia dengan Amelia. Nak aturkan semua sekarang. Nanti tak adalah kelam-kabut...

"Eh adrean. Mari masuk" Pelawa Dato Zachery. Adrean menghulurkan tangan nya dan disalam tangan bakal bapa mertuanya itu. Terukir senyuman sinis dibibir Dato Zachery...

"Jemput duduk. Eh hana tolong buatkan dua cawan kopi boleh" Pinta Dato Zachery. Hana mengangguk lalu menuju kearah dapur untuk membuat kopi...

"Uncle, sebenarnya niat saya datang ni nak..."

"Nak bincang hal kamu dengan anak saya Amelia kan" Adrean mengangguk.
Awal sungguh Dato Zachery tahu. Mesti Amelia yang cakap ni. Teruja sangat dia...

"Saya rancang nak buat dekat hotel. Uncle macam mana okay tak ?" Soal adrean. Dia juga takut jika Dato Zachery ada plan lain. Yelah, Amelia kan satu-satunya anak perempuannya yang dia ada...

"Uncle okay je. Uncle setuju tapi kena buat besar-besaran lah ye. Kamu pun tahu kan Amelia tu sorang je anak yang uncle ada selepas kematian isteri uncle" Teringat pula Dato Zachery pada arwah isterinya...

"Ye saya faham. Saya akan buat besar-besaran punya. Lagipun ni kali pertama kan saya berkahwin jadi takkan nak buat biasa-biasa je. Mummy tu lagilah excited pasal majlis ni" Ujar Adrean. Dato Zachery tersenyum. Dia tahu adrean berbohong...

Ni bukan kali pertama dia berkahwin tetapi kali kedua. Ingat dia bodoh sangat ke...

"Erk dato, ni airnya. Saya letak sini ye" Ujar Hana. Sempat juga dia melirik mata kearah Adrean...

"Terima kasih hana. Awak boleh pergi" Hana mengangguk lalu melangkah masuk semula ke dapur. Apabila dia di dapur dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuka aplikasi WhatsApp...

Dia perlu memberitahu kawan nya tentang keberadaan adrean....

My bestie 💋....

              -Babe you want know someting ?

Apa kau ni ? Aku ada dekat klinik
lah sekarang ni. Ada hal apa ?

   -Asal dengan kau babe ? Kau sakit ke ?

Tak adalah kak ipar aku terhantuk
dekat tangga. Ni aku tengah tunggu
giliran lah....

            -Lah kalau macam tu tak apalah...

Ada apa cakaplah cepat !

                                                   - Photo²  
   - Kau tengok lah sendiri abang kau tu...

Dia datang rumah Dato Zachery
buat apa hana ?

             -Entah maybe pasal perkahwinan
            dia dengan Amelia...

Aku nak kau perhatikan diorang eh
apa-apa inform dekat aku...

                                         -Alright babe !

Telefon ditutup kembali. Dia perlu memasang telingan tentang apa yang dibualkan Dato Zachery dengan Adrean dan perlu memberitahu husna...

"Hantaran uncle nak berapa ? Sebab saya ada tanya Amelia, dia kata suruh uncle yang decide so saya tanya uncle lah" Soal adrean...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now