𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 55

119 6 1
                                    


            𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

   PEDAL MINYAK ditekan laju olehnya. Dalam hati tak berhenti berdoa agar suaminya selamat. Dia takut, takut kehilangan orang yang dia sayang. Apabila tiba di rumah nya. Aryanna dengan pantas keluar dari perut kereta...

Kaki menapak kearah pintu utama. Aryanna menghela nafasnya sebelum memulas tombol pintu tersebut. Dia melihat keadaan dalam rumah itu senyap...

Gelap !

Apabila dia berjalan sedikit ke hadapan dia terkejut apabila melihat Fawwaz yang sedang mengacukan pistol kearah Adrean. Aryanna bagai hilang pertimbangan. Laju kakinya pergi kearah mereka...

Kaki dan tangan Adrean terikat. Aryanna takut. Dia tidak pernah menghadapi situasi begini. Bagaimana kalau dia tersalah langkah ?

"Fawwaz !" Fawwaz memandang kearah Aryanna dan tersenyum sinis. Adrean menggeleng kepalanya berulang kali supaya Aryanna tidak datang ke situ...

"Apa yang kau cuba buat ni Fawwaz ?"

"Elana maafkan aku. Aku buat semua ni sebab sayangkan kau. Cintakan kau. Kenapa kau tak nampak sebelum ni ? Kenapa kau kena pilih lelaki tak guna ni. Apa kurang nya aku ?" Soal Fawwaz dan meraup wajahnya...

"Waz letak pistol tu. Tolong, aku merayu dekat kau. Jangan tembak dia. Dia suami aku. Kau kena ingat tu" Fawwaz menghamburkan tawanya. Suami ? Dia benci Aryanna mengatakan bahawa Adrean tu suaminya...

"Suami ? Suami apa yang duakan isteri dia. Suami apa yang pukul, hina, maki isteri dia ? Ini kau kata layak dijadikan suami Lana ? Dia dah banyak kali sakitkan hati kau. Dia tidur dengan perempuan lain. Kau masih nak sayangkan dia sebab apa ?" Balas Fawwaz. Adrean berdiam diri. Dia tahu dia banyak salah dan juga kekurangan...

"Waz aku tahu dia banyak salah tapi dia tetap suami aku dan aku tahu kau yang rancang semua ni kan. Dah lah Waz. Kau masih ada masa nak berubah. Letak pistol tu tolong" Fawwaz menggeleng kepalanya. Tak ! Dia takkan lepaskan Adrean kali ni...

Dia akan jaga Aryanna. Dia akan jaga Aryanna dari lelaki seperti Adrean. Dia sayangkan Aryanna...

"Aku takkan. Aku akan bunuh jantan tak guna ni..." Pistol masih diacukan kearah Adrean. Aryanna tidak tahu hendak berbuat apa ? Kenapa di selalu diuji begini ?

"Melainkan kalau kau ikut cakap aku"

"Kau nak apa Waz ? Kau cakap, asalkan jangan tembak dia tolong lah"

"Sayang merepek apa ni ? Sayang nak ikut cakap dia ni. Jangan Sayang. Abang rela mati demi sayang. Sayang pergi dari sini" Sampuk Adrean. Dia tahu, Fawwaz akan buat benda di luar jangkaan nya...

"Aku nak Adrean ceraikan kau dan kau kena kahwin dengan aku" Tergamam Aryanna mendengar permintaan Fawwaz. Cerai ? Adakah Adrean akan ceraikan dia ?

"Tak. Aku takkan. Aku sayangkan dia Waz. Kenapa kau buat aku macam ni ? Kau kata kau sayangkan aku tapi kenapa kau buat macam ni ? Apa kata kau tembak je aku Waz..."

"Sayang..."

"Arghh kalau kau taknak dengar cakap aku Elana. Aku akan tembak dia !" Suara Fawwaz bergema di dalam rumah itu. Aryanna buntu. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Nyawa Adrean dalam bahaya...

"Waz tolong. Aku cintakan dia bukan kau. Kau kena faham, semua benda yang kita nak tak semua akan menjadi milik kita jadi kau kena redha yang aku milik orang lain. Letak pistol tu " Aryanna mencuba memujuk Fawwaz. Dia harap Fawwaz tidak menekan picu pistol...

"Arghh ! Aku kisah apa. Kau cinta ke, kau sayang ke. Aku nak kau tetap jadi milik aku. Kau hanya milik aku Elana..." Aryanna tidak sengaja menitiskan air matanya. Fawwaz tidak sanggup melihat air mata Aryanna...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now