𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​ | 4

146 6 0
                                    


-

           SEMUA mata-mata memandang satu susuk figura yang membuatkan semua orang terkaku apabila melihat dirinya. Terutama sekali kawan kepada Aryanna iaitu Aireen. Tidak lepas Aireen memandang anak kepada majikan mereka merangkap bos baru mereka.

"Okey semua, harini saya nak kenalkan anak saya iaitu Tengku Adrean Zayder. Dia yang akan menggantikan tempatnya saya mulai hari ini. Semua benda yang berkaitan dengan hal syarikat kena maklumkan pada Adrean sekarang. Semua tanggungjawab saya sudah bertukar pada anak lelaki saya" Ujar Dato Arian kepada staf-staf nya.

Adrean tersenyum kearah pekerja-pekerja yang lain. Senyuman Aireen paling lebar sekali. Aryanna melihat muka Aireen pun dia sudah tahu bahawa Aireen sudah dilamun cinta.

"Eh kau ni jaga sikit. Dia tu bos kita, kau jangan buat hal pulak" Pesan Aryanna awal-awal pada Aireen. Bukan dia tidak tahu sikap Aireen itu. Semua lelaki kacak dia mahu.

Sudah penat Aryanna nasihatkan Aireen namun jawapan nya adalah suka hati akulah. Kadang-kadang geram juga apabila mendengar jawapan daripada mulut Aireen namun dia sudah terbiasa.

"Alah dia kacak lah Ryanna. Kalau aku cuba tak salah kan" Aryanna menggeleng kepalanya melihat kelakuan Aireen. Kalau tak menggatal memang tak sah si Aireen ini.

Dato Arian mula berpaling pada figura Aryanna dan tersenyum.

"Ryanna lepas ni saya nak kamu siapkan bilik untuk Adrean" Lantas Aryanna mengangguk sahaja dan mengikut arahan yang diberikan pada dirinya. Aireen menjeling kearah Aryanna.

Sepatutnya dia yang mendapat tugasan itu bukan Aryanna. Rasa ketidakpuasan dalam hatinya melihat Aryanna disayangi lebih oleh Dato Arian sedangkan dia lebih lama di dalam syarikat tersebut.

"Erk dato biar saya jelah yang siapkan bilik untuk Tengku. Lagipun..." Belum sempat Aireen menghabiskan kata-katanya. Dato Arian terlebih dahulu memotong percakapan dirinya.

"Saya suruh Aryanna bukan Aireen. Awak faham kan arahan saya" Perlahan-lahan Aireen mengangguk sahaja dan tidak membantah walhal dalam hatinya sudah mula membara api amarah nya terhadap Aryanna.

Selalu mendapat perhatian semua orang terutamanya Dato Arian dan kini pasti Adrean. Aireen tidak akan mengalah dengan kawan baiknya. Dia akan kalahkan Aryanna walau dengan apa cara sekalipun.

"Erk mari saya tunjukkan bilik tengku" Ujar Aryanna lalu figura mereka bertiga kian menghilang. Aireen sekadar menghantar kepergian mereka dengan ekor matanya sahaja.

Pintu bilik yang tertera nama 'TENGKU ADREAN ZAYDER' itu dibuka oleh Aryanna. Dia mempersilakan Adrean untuk melihat keadaan di dalam bilik tersebut. Adrean tersenyum puas melihat suasana dan ruangan bilik tersebut.

"Macam mana Ean ? Suka tak dengan bilik ni. Bilik ni lagi okey kan dari bilik Ean dekat cafe tu. Jauh berbeza kan" Adrean memandang daddynya. Tidak suka dibanding-bandingkan antara syarikat daddy nya dengan cafe miliknya.

Aryanna baru tahu bahawa Adrean mempunyai sebuah cafe. Jadi pada masa dia terlanggar Adrean tu, Adrean adalah pemilik cafe itu ? Jadi mengapakah lelaki ini tiba-tiba saja menukar kerja ?

"Erm dato saya keluar dulu ye. Banyak lagi kerja yang saya kena buat ni" Pamit Aryanna. Dato Arian sekadar mengangguk tanda dia mengizinkan Aryanna untuk beredar.

"Eh kejap cik Ryanna" Langkah Aryanna terhenti apabila namanya diseru. Apabila dia menoleh, dia melihat Adrean memanggil dirinya. Dia ada buat apa-apa kesalahan lagi ke ?

Bermacam-macam benda yang berlegar-legar di dalam fikiranya pada saat itu.

"Esok saya nak tengok proposal tentang projek dari China tu. Awak letak atas meja saya esok boleh ?" Perlahan-lahan Aryanna mengangguk. Baik juga bos barunya ini, fikir Aryanna dalam fikirannya.

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now