𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 42

135 2 0
                                    

 
              𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

      SELESAI sahaja pengebumian. Arief masih tidak berganjak dari situ. Tidak sanggup dia meninggalkan kawan baik nya. Bermacam-macam benda yang mereka berkongsi bersama dan sekarang ni dia keseorangan ?

Batu nisan yang diukir nama itu dielus lembut. Rindu. Ya memang dia rindu pada Aizat. Teringat kata-kata sebelum dia pergi...

"Eleh, tahulah husna tu tak suka kat kau. Jangan iri yah"

"Ish tak ada kerja aku nak iri dengan orang tak hensem macam kau ni. Lainlah aku, hensem, baik, kaya. Kalau kau nak tahu, ramai tau orang beratur nakkan aku"

Tersenyum dia memikir kan Aizat. Selalu riak. Lepastu apa-apa mesti cepat bangga. Aih rindu pula dia pada Aizat. Padahal tak sampai seminggu lagi pun. Drama air mata betul...

"Aku balik dulu eh Zat. Nanti aku melawat kau lagi. Aku taknak nangis sebab aku kuat. Kau tenang dekat sana ye. Nanti kita jumpa " Terus tikar digulung balik olehnya. Sebelum Arief masuk ke dalam keretanya dia sempat melihat kubur Aizat...

                               ••••

      MATANYA yang terasa berat itu perlahan-lahan dibuka. Pandangan masih kabur. Kepala pula terasa pening. Apabila pandangan dia sudah pulih, berkerut pula dahi melihat keadaan sekeliling...

Rumah siapa ni ? Dia di mana ? Macam mana dia boleh sampai sini ?

"Dah bangun ?" Soal Aizziq pada Husna. Husna mengundur ke belakang saat lelaki itu cuba menghampiri dirinya. Aizziq yang sedar Husna berasa takut dengan tingkah lakunya terus dia berhenti...

"Saya takkan apa-apakan awak. Saya Aizziq. Orang yang bawa awak ke sini" Aizziq memperkenalkan dirinya terlebih dahulu. Husna berdiam diri...

Tidak tahu reaksi apa yang perlu diberi. Mak Esah yang lalu di situ menggeleng kepala melihat Aizziq. Kerja mengganggu orang je...

"Ziq buat apa dekat sini ?" Soal Mak Esah kepada Aizziq. Tergaru kepala Aizziq dibuatnya. Ha sudah dia nak jawab apa ni ? Takkan nak cakap dekat Mak Esah dua datang situ semata-mata nak tengok Husna. Ha tempah maut nama nya...

"Erk...tadi dengar suara dia. Lepastu Ziq masuk lah tengok. Tapi dia macam takut" Terang Aizziq pada Mak Esah. Mak Esah menganguk faham dengan cerita Aizziq. Dan Aizziq menghela nafas lega...

"Ouh. Erk nama apa ni ? Macam mana boleh tersesat ke sini ?" Soal Mak Esah ingin tahu. Husna menghela nafas nya. Bukan niat dia tidak mahu cerita tapi dia belum bersedia...

"N-nama saya Tengku Husna Ariesa. Panggil Husna je" Aizziq tersenyum. Mak Esah mengangguk faham. Mungkin Husna tak bersedia nak bercerita lagi...

"Panggil Mak Esah. Husna duduk kejap"

"Tengku Husna Ariesa" Gumam Aizziq. Aih sebut sekali terus masuk otak eh Ziq ? Ingat nama penuh terus. Ni kalau Husna sebut dengan nama bapak. Mesti Aizziq ingat jugak...

Dah ter-fall in love lah katakan...

"Husna nak makan apa-apa tak ? Mak Esah boleh masakkan" Pelawa Mak Esah. Laju Husna menggeleng. Dia tidak mahu susahkan orang tua itu pula. Bersyukur dia selamat...

Tiba-tiba dia teringat tentang Aizat. Macam mana dengan keadaan Aizat sekarang ni ? Lelaki yang sanggup melindungi dirinya...

Baru Husna mahu mengangkat punggungnya terasa tangan nya dipegang seseorang...

"Nak pergi mana ni Husna ? Husna duduk sini dulu buat sementara waktu. Jangan risau sini selamat" Kata-kata itu seperti tahu Husna ini dalam bahaya...

"Husna nak pergi cari kawan Husna. Dia kena tembak. Mesti dia tengah sakit sekarang ni. Biar Husna nak pergi cari dia. Dia perlukan Husna" Jawab Husna yang bertekad ingin mencari Aizat...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now