𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 16

74 2 0
                                    


              𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

   Keadaan di meja makan sunyi sahaja, hanya kedengaran sudu pinggan berlaga.....

"Daddy nak cakap sikit dengan kamu ni adrean" Dato Arian memulakan perbicaraan setelah sekian lama keadaan di meja makan sunyi...

"Daddy nak cakap apa ?" Sudu dilepaskan dan adrean memandang wajah Dato Arian. Nampak seperti dia mahu katakan sesuatu yang serius...

"Daddy nak kamu dengan aryanna pindah rumah " Sebaris ayat itu membuatkan adrean tersenytak. Dia, tinggal dengan aryanna memang itu bukan perancangan nya...

" Tak boleh" Datin Nadia menyampuk. Dia tidak akan membenarkan anaknya tinggal bersama dengan aryanna. Kalau adrean jatuh cinta dengan perempuan tu, rosak lah peracangan dia nak satukan Adrean dan Amelia...

"Awak jangan masuk campur boleh tak Nad. Diorang dah kahwin, dah besar boleh buat keputusan sendiri. Takkan diorang nak bergantung harap dekat kita je" Husna menjadi pendengar setia di situ. Tidak mahu menyampuk atau campur tangan dalam urusan rumah tangga abangnya...

"Tak saya tetap tak setuju. Dia tak boleh tinggal dengan dia ni" Jarinya dituju kearah aryanna. Benci sangat dia pada aryanna sehingga tidak boleh menerima kehadiran dia di dalam keluarga itu...

"Mummy, ean faham mummy nak ean duduk dengan mummy tapi ean dah besar boleh buat keputusan sendiri. Jadi keputusan ean ialah ean akan pindah lusa" Jatuh rahang Datin Nadia mendengar keputusan adrean...

Bukan ini yang dia harapkan daripada adrean. Apa adrean benar sudah jatuh cinta dengan aryanna ?

"Bagus daddy sokong kamu" Aryanna mampu memandang kearah pinggan nya sahaja. Tidak mahu bertentangan mata dengan Datin Nadia, yang memandang aryanna...

Datin Nadia melepaskan sudu garpu nya lalu mengangkat punggungnya menuju ke tingkat atas...

"Ya Allah Nad !!" Laungan Dato Arian diendahkan Datin Nadia. Panas. Hatinya panas pada saat ini, dia merasa anak dia sudah berubah sejak berkahwin dengan aryanna...

"Tak guna punya perempuan. Aku tau kau kahwin dengan anak aku sebab harta. Walaupun kau dah kaya kau tetap tamak kan. Tunggu aku ajar kau"
Timbul idea lain di dalam fikirannya dan semestinya idea yang jahat. Idea untuk kenakan aryanna...

"Kamu jangan fikir sangatlah pasal mummy kamu tu, dia selalu ikutkan perasaan dia. Nanti pandailah daddy pujuk. Kamu tu dah hampir seminggu kahwin, takkan nak duduk rumah daddy je kan" Adrean sekadar mengukirkan senyuman...

"Daddy, abang, kak ryanna. Husna pergi cafe dulu ye nanti lambat pula" Husna menyalam tangan mereka lalu beredar keluar. Adrean juga mempamitkan dirinya. Aryanna menghulurkan tangannya kearah adrean...

"Apa kau ni ?" Bisik adrean perlahan..

"Saya..nak salam awaklah" Adrean yang melihat Dato Arian sedang memerhatikan kearahnya terus menyambut huluran aryanna walaupun dia terasa jijik...

"Eh mummy dengan daddy nak pergi mana ni ?" Pandangan sinis diberikan kepada aryanna...

"Nak pergi kerjalah. Bukan macam kau duduk rumah goyang kaki je. Apa kerja pun tak buat kan" Pandangan ditundukkan kebawah. Ada betul juga apa yang dikatakan Datin Nadia...

Aryanna ingin bekerja tetapi hubungan dia dengan keluarga adrean pun belum elok lagi. Ni kalau dia pergi kerja nanti siapa nak masakkan untuk mereka. Kemaskan rumah...

"Nad ! Awak ni sudah² la nak perli dia. Biarlah dia ada suami, awak tu saya tak bagi kerja pun awak nak kerja lepastu nak salah kana aryanna yang tak kerja ni pula"

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now