𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 52

83 3 0
                                    


            𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

         LOCENG RUMAHNYA ditekan beberapa kali. Dia dengan perut bulatnya itu sedaya upaya turun dengan pantas. Dia menuju kearah pintu utama. Apabila pintu itu dibuka. Aryanna tergamam lantas tubuh lelaki itu dipeluk erat olehnya...

"Abang Luth !!" Aryanna memeluk erat tubuh itu. Rindunya dia pada abang dia. Akhirnya lelaki itu akan lebih dekat dengan dia. Lama dia tak berjumpa dengan abang dia Luth Rizqi...

"Adik abang sihat ? Berapa bulan ni?" Aryanna tersenyum dan masih tidak percaya di hadapan dia ini adalah abang nya sendiri. Perlahan-lahan air mata turun membasahi pipinya. Laju tangan Luth mengesat air mata itu...

"Dah jangan nangis. Taknak jemput abang masuk. Panas dekat luar ni dik" Aryanna dan Luth melangkah masuk ke dalam rumah. Luth melabuhkan punggungnya bersama dengan  Aryanna...

"Abang balik tak cakap. Kalau tidak boleh adik dengan Adrean pergi ambil. Kesian abang" Rasa bersalah pula Aryanna. Seingat dia, abang dia kata balik minggu depan. Tengok-tengok ada depan pintu...

"Tak ada apalah. Adrean mana ? Abang tak nampak dia pun"

"Dia kerja lah harini. Kejap lagi baliklah. Dia half day sebab nak jaga adik. Yelah adik kan pregnant twins" Terus membulat mata Luth. Adik dia mengandungkan anak kembar. Betul ke ni ?

"Serius lah adik ? Wah tak sangka abang. Lelaki ke perempuan ?" Aryanna mengangkat bahunya. Dia juga tidak tahu. Yang dia tahu dia ada anak kembar. Bertambah gembira lah dia...

"Berapa bulan ni ?"

"Erk empat nak masuk lima. Abang nak air ? Adik pergi buat kejap eh" Laju tangan Luth memegang tangan adiknya. Kalut sungguh mak buyung ni. Air je pun. Dia boleh ambil sendiri lah...

"Tak payah. Adik tu pregnant kang jadi apa-apa abang juga yang susah. Macam mana dengan kawan adik tu ?" Aryanna mengerutkan dahinya. Kawan dia yang mana ?

"Kawan ? Fawwaz ke ?" Luth mengangguk dan bersandar di sofa. Kawan yang mana lagi Aryanna ada kalau bukan Fawwaz kan...

"Yelah siapa lagi"

"Adik pun tak tahu lah. Dah berapa bulan adik tak jumpa dia. Tak silap adik dia pindah pergi Jerman kut. Menetap kat sana" Luth mengangguk. Mungkin Fawwaz dah move on sepenuhnya dengan adik dia...

"Jerman ? Jauh tu. Adik tak beli lagi ke baju baby ?" Dia dah agak abang dia akan tanya. Biasalah abang dia kan cop duit. Aryanna pun dah tak larat. Baru nak masuk lima bulan dah macam-macam baju dibeli oleh Adrean. Biasalah kembar kan...

"Dah beli abang. Baju untuk twins, toys and stroller semualah. Adik pun tak tahulah nak letak mana. Adrean tu lah, adik dah kata jangan beli banyak sangat. Dia degil juga nak beli. Biar lah banyak duit sangat" Tergelak Luth dibuatnya. Memang betul lah Adrean dah berubah...

Ceria sahaja wajah adiknya tidak seperti dahulu. Muram sahaja mukanya. Benda dah lepas kan...

"Kalau macam tu. Esok kita pergi beli baju nak ? Abang pun nak belikan untuk anak buah abang ni" Laju Aryanna menggeleng kepalanya. Ha tak payah lah. Husna pun ada beli tu tak tambah lagi dengan Dato Arian dengan Datin Nadia...

Ingat rumah dia ni apa ?

"Tak yah lah abang. Membazir lah. Lagipun bukan tahu lagi gender baby ni. Nanti buatnya dua-dua lelaki macam mana. Kan membazir tu"

"Eh kenapa pulak ? Abang nak belanja untuk anak buah abang bukan untuk adik suka hati lah. Kalau dua-dua lelaki lagi bagus. Abang ada kawan..." Bahu abangnya dicubit. Eh orang cakap benda betul dia main-main pula...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now