𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​ | 10

100 3 0
                                    


            𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

   Keretanya diberhentikan di hadapan tempat kerjanya.Sudah beberapa hari dia tidak datang kerja sebab dia masih berduka atas kepergian mama papanya...

Aryanna melangkah masuk ke dalam pejabatnya.Dia menuju kearah biliknya....

"Erm Ryanna, bos nak jumpa " kata Aireen kepada aryanna.Keluar keluhan dari mulut aryanna.Mesti dia kena marah sebab tak maklumkan dia nak ambil cuti untuk beberapa hari....

Tuk ! Tuk !

"Masuk" Satu arahan sahaja, aryanna membuka pintu bilik milik bosnya ataupun adrean...

"Ye ada apa Tengku panggil saya ni" soal aryanna yang merasa janggal duduk sebilik dengan adrean...

"Duduk dulu" Aryanna melabuhkan punggungnya di hadapan adrean dan dia menunggu apa yang mahu dikatakan oleh adrean...

"Ada apa ni Tengku panggil saya ?" Nada bertukar tinggi sedikit...

"Aku nak tanya kau kenapa tak beritahu aku yang kau nak cuti ?" Liurnya ditelan, takut akan pandangan adrean...

"AKU TANYA JAWABLAH !" Jerkahan itu membuatkan aryanna takut untuk memandang wajah adrean...

"M-mama p-papa saya meninggal jadi saya ambik cuti untuk tenangkan fikiran" Jujur aryanna, nanti kalau menipu lain pulak jadinya kan..

Sengaja adrean bertanya padahal dia pun ada semasa pengebumian mama dan papa aryanna.Dia rasa tidak puas hati kerana aryanna selalu membangkang arahnya..

"H-haritu kan Tengku pun ada masa majlis tu" Rasa takut dibuang jauh-jauh, dia berusaha membela dirinya...

"Itu hal peribadi, kau tak payahlah nak campur adukkan dengan kerja.Aku tanya kau kenapa kau tak datang kerja je bukan tanya aku ada ke tidak masa tu" Aryanna membuat muka menyampahnya...

"Dia ni kalau aku hempuk guna fail ni agak-agak otak dia okay lagi tak kalau susah sangat hempuk je guna komputer tu"
Bisik aryanna

"Kau kata apa aku tak dengarlah" Aryanna menggeleng kepalanya, nanti kalau beritahu mahunya kena marah baik tak payah...

"Aku nak kau pergi sambung kerja sekarang !" Arah adrean dan macam biasa terpaksalah aryanna akur kalau tidak harimau tu mengamuk habis satu office ni...

Aryanna keluar dari bilik adrean dengan rasa tidak puas hatinya.Baguslah dua² tak puas hati, jodoh baru tahu...

Fail dihempas ke atas meja.Aryanna kehulur kehilir memikirkan cara mahu kenakan adrean untuk memuaskan hatinya.Sesuka hati je dia nak marah...

"Bencilah mamat tu, kalau Dato Arian ada mesti seronok.Tak adanya nak marah-marah macam dia ni, baru je masuk acah macam dah lama" Aryanna duduk dan menatap skrin komputer..

"Buat kerja lagi bagus daripada teringatkan dia" Aryanna menatap kembali skrin komputer itu.Dah lah banyak kerja adrean boleh pulak nak membebel dekat dia...

                            ••••

Aizat mengetuk pintu bilik husna dan dia diberikan keizinan masuk.Dia melabuhkan punggungnya di hadapan husna.Tujuan dia berjumpa husna sebenarnya nak ajak keluar makan...

"Ye Aizat awak ada masalah ke ? Ataupun awak nak minta cuti ?" Soal husna kebingungan kenapa Aizat mahu berjumpa denganya...

"Ehh tak ! Saya nak jumpa husna sebab mak ajak keluar lunch kejap lagi boleh ke?" Husna menghela nafas lega, ingatkan apalah tadi...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now