𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 19

70 4 0
                                    


             𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

    Aryanna bangun awal pada hari ini untuk solat subuh bersama-sama dengan suaminya.Pintu diketuknya tetapi tiada balasan daripada adrean. Perlahan lahan Pintu bilik itu dibuka dan dia nampak adrean sedang lena dibuai mimpi terus dia gerak...

"Adrean bangun. Jom kita solat subuh sama-sama" Ajak aryanna yang sudah siap bertelekung. Dia melihat tidak ada tanda-tanda adrean akan bangun...

"Adrean jom lah. Nanti lambat pula " Ujar aryanna sekali lagi mengejutkan adrean. Badan adrean digoyang kan sedikit bagi menyedarkan dia...

"Hey kau jangan kacau aku boleh tak. Semak lah aku kau ni. Kau nak solat solat lah sendiri. Aku tak ingin nak jadi imam kau lah !!" Adrean lantas bangun dari katil lalu keluar dan menghempas pintu kuat sehingga terhinjut bahu aryanna...

"Takpa aryanna sabar okay. Dia mungkin penat kerja semalam" Aryanna cuba berfikiran positif tentang suaminya. Tidak mahu fikiran negatif menguasai mindanya...

Seusai sahaja dia solat subuh, dia turun ke bawah untuk membuat sarapan pagi. Saat dia mahu turun dia nampak pintu bilik kerja adrean tertutup rapat mungkin adrean sambung tidur di bilik itu...

"Adrean awak nak pergi mana ni ?" Soalan daripada aryanna tidak dijawab olehnya. Dengan pantas aryanna ambil bekal yang dimasaknya tadi lalu dihulurkan kepada adrean...

"Apa ni ?"

"Untuk awak makan lah nanti" Bekas itu ditempis kuat oleh adrean sehingga makanan bertaburan di lantai...

"Aku jijik nak makan masakkan kau. Kalau kau nak tahu aku tak pernah ingin nak makan masakkan kau, semalam pun aku terpaksa je. Kalau ikutkan hati aku, aku nak je sumbat semua makanan tu dalam mulut kau biar kau rasa masakkan kau sendiri. Malu lah aku nak bawa bekal kau ni, aku lebih rela makan sampah daripada makan masakkan kau ni" Ujar adrean sambil tersenyum sinis kearah aryanna...

Sebaik sahaja kereta adrean keluar dari perkarangan rumah aryanna mengutip semula makanan yang bertaburan di lantai itu. Air mata juga turut membasahi pipinya. Rasa seperti dirinya hina sangat dimata suaminya...

"Teruk sangat ke saya sampai awak taknak makan masakkan saya" Sebaik sahaja dia selesai mengutip makanan yang bertaburan itu dia melangkah naik ke atas biliknya...

Laci dibukanya. Gambar papa dan mamanya ditatap lama. Gambar itu dipeluk kuat olehnya...

"Mama papa, Anna sakit. Anna sakit dekat sini" Dada ditumbuknya berulang kali. Sakit sehingga tidak boleh terungkap...

"Anna nak ikut mama dengan papa. Dia tak sayangkan Anna mama. Dia dera mental Anna. Dia cakap macam-macam dekat Anna sampai Anna rasa, Anna ni teruk sangat" Air mata dikesat olehnya...

"Anna sayang mama dengan papa. Anna akan jadi isteri yang terbaik selagi Anna hidup tau sebab Anna ingat pesanan mama" Ujarnya

"Anna nanti dah jadi isteri orang Anna kena jadi yang terbaik tau. Sebab apa syurga Anna dekat bawah tapak kaki suami. Mama nak Anna jadi isteri yang terbaik macam mama boleh ?"

"Ma, Anna taknak kahwin lah. Berapa kali Anna cakap"

"Mama pesan pada kamu sebab mama tahu nanti kamu akan masuk dalam alam perkahwinan juga. Janji dengan mama boleh ?"

"Mestilah boleh !!"

"Anna sayang dia tapi dia sayangkan Anna ke ? Kalau dia ceraikan Anna macam mana mama ? Anna takut" Ujar aryanna memandang kearah luar tingkap biliknya...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now