𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​ | 24

66 2 0
                                    


              𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

    Hari demi hari, merah-merah di muka dan badan aryanna mula hilang.
Kaki dia pun dah sembuh sepenuhnya. Dia menuju ke dapur untuk memasak tetapi...

"Kalau dia tak nak makan macam mana ? Kan membazir. Macam sebelum ni, dia bukannya makan pun. Kalau dia balik pun mesti dia dah makan dekat luar siap-siap. Hmm tak payah masakla. Lagipun dia pun dah pesan tak payah masak" Bebel aryanna seorang diri di dapur....

Mulai sekarang dia sudah tidak lagi mahu memasak untuk adrean. Kalau dia masak adrean takkan makan lalu makanan itu dimasukkan ke dalam tong sampah sahaja...

Adrean yang baru turun kebawah mengerutkan dahinya apabila melihat di meja makan kosong selalunya ada masakkan oleh aryanna tapi hari ini tiada...

"Dia ni tak masak ke ? Selalunya bukan main paksa aku makan" Bisik adrean perlahan. Pelik juga dia selalunya aryanna akan memasak juga walaupun dia sakit. Adrean mendengar bunyi tapak kaki melangkah turun ke bawah. Berkerut dahi adrean. Aryanna ?

"Lalalalalalala" Nyanyi aryanna gembira. Langkah aryanna terhenti saat melihat adrean sedang berdiri di tangga...

"Eh tengku. Kenapa tak pergi kerja lagi ni ? Tengku lapar ke tapi harini dan hari seterusnya saya tak masak. Tengku kan tak suka kalau saya masakkan" Perli aryanna. Adrean sedar yang aryanna sedang memerlinya terus dia balas...

"Memang aku tak suka pun. Kau masak ke tak ke aku takkan makan. Kau ni siap-siap nak pergi mana ?" Soal adrean. Dia rasa aryanna sudah mula berubah...

"Ouh nak keluar la, takkan nak masakkan untuk tengku pakai baju macam ni kan. Kotorla nanti" balas aryanna lalu berjalan meninggalkan adrean berseorangan...

"Kenapa dia macam tu ? Selalunya dia akan masakkan untuk aku walaupun aku tak makan tapi..." Bermacam-macam benda yang berlegar di dalam fikirannya...

"Huh padan muka. Ingat aku ni apa" Terus aryanna meloloskan diri ke dalam perut kereta lalu enjin kereta dihidupkan...

                               ••••

     Adrean memikirkan tentang perubahan aryanna pagi tadi. Coffee yang disediakan Aireen tidak disentuh oleh adrean kerana masih memikirkan soal aryanna. Entah mengapa dia risaukan aryanna...

"Kenapa dia macam tu eh ? Dia keluar dengan siapa ? Dia pergi mana ? Dia cakap dia keluar je tak bagitau aku pun nak pergi mana..." Soal adrean pada dirinya sendiri. Dia tidak sedar pun yang Amelia sudah berada di dalam biliknya...

"Ean u okay tak ni ? Hey dengar tak ?" Adrean tersedar dari lamunannya saat mendengar seseorang memanggil nya.
Terkejut dia melihat Amelia dihadapan nya sekarang...

"Eh Melia, bila u sampai ?" Soal adrean

"Dah hampir sepuluh minit i dekat sini tapi u je tak perasan. Apa yang u fikirkan sampai i masuk pun u tak sedar ?" Soal Amelia pula. Adrean menggeleng tanda tiada apa...

"Tipu. U cakap ajelah. Mesti u fikirkan isteri u dekat rumah tu kan. Ish bencilah i macam ni" Amelia menyilangkan tangannya di dada seolah olah sedang merajuk...

"Tak adalah" Adrean menafikannya padahal tadi memikirkan soal aryanna.
Amelia mula rasa ragu-ragu dengan jawapan adrean tetapi dia beriak biasa...

"Ouh kalau macam tu, jom kita keluar makan nak tak ? Lagipun mesti u tak makan lagi kan. Sibuk dengan kerja" Ajak Amelia. Terus adrean mengingati sahaja...

"Tapi kejap je eh. Sebab lepas ni i ada meeting" Amelia mengangguk sekali. Adrean mengemas kertas-kertas dan juga dokumen. Disusun kemas di atas mejanya. Selepas selesai, dia dan juga Amelia melangkah keluar dari biliknya...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now