𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​ | 20

96 4 0
                                    


            𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

    Aryanna dicampak ke sofa dengan kasar. Aryanna meringing kesakitan akibat cengkaman adrean tadi...

"Sakitlah !" Aryanna tidak sengaja memarahi adrean. Adrean memandang kearahnya dengan tatapan tajam...

"Berani kau tinggi suara dekat aku. Kau ingat aku ni suami kau lah !" Jerkah adrean. Tubuh aryanna menggeletar kecil kerana takut dengan suara adrean...

"S-saya m-minta m-maaf. Saya tak berniat pun nak tinggikan suara dekat Tengku" Ujar aryanna yang memandang kebawah. Takut bertentangan mata dengan adrean...

"Kau memang sengaja nak malukan aku kan. Kononnya suami kau ni tak pandai jaga isteri sebab itulah kau sakit sana sini betul tak ?" Tuduh adrean...

"Tak. Saya tak berniat macam itu pun. Saya pun tak tahu Tengku nak bawa saya ke hospital kawan saya. Kalau saya tahu memang saya tak nak pergi hospital tu lah" Balas aryanna sambil memintal hujung bajunya...

"Huhh kau ingat aku nak percaya ke ? Kau tu dahla penipu, aku takkan percaya cakap kau lagi dah. Dasar perempuan murah!" Gelar adrean kepada aryanna. Aryanna hanya dapat menadah telinga mendengar gelaran yang diberikan adrean kepadanya...

Ting tong !

"Kau cakap dekat daddy dengan mummy siap kau aku kerjakan. Faham !" Perlahan lahan aryanna mengangguk. Dia mengesat air matanya lalu menuju kearah dapur...

"Assalamualaikum" Laung Dato Arian dan isterinya dari luar rumah. Mereka nampak adrean sedang berada dihadapan pintu...

"Waalaikumsalam daddy mummy sihat ? Lama tak jumpa mummy" Tubuh Datin Nadia dipeluk erat oleh adrean. Melepaskan rindunya kepada Datin Nadia. Anak mana yang sanggup berjauhan dengan ibunya...

"Ni ryanna mana ?" Soal Dato Arian kepada adrean. Datin Nadia menjeling apabila mendengar nama menantunya disebut-sebut oleh suaminya...

"Erk ada dekat dapur tu. Buat air kut. Mummy daddy jemputlah masuk" Ujar adrean. Dato Arian dan Datin Nadia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut...

"Daddy nak jumpa ean ni ada hal apa ? Kalau pasal kerja daddy jangan risau ean dah settlekan semua nya" Dengan bangganya dia bercakap....

"Bukan pasal kerjalah. Ini pasal kamu dan aryanna" Berkerut dahi adrean. Pasal dia dan aryanna ?

"Pasal apa yang daddy nak cakapkan ni ?" Soal adrean lembut kepada Dato Arian. Dia perlu berlagak yang dia bahagia bersama dengan aryanna walhal tidak pun...

"Tunggu aryanna dulu" Adrean mengangguk perlahan. Mereka bertiga menunggu aryanna di ruang tamu. Barulah aryanna keluar dari dapur dengan membawa sedulang air...

"Awak, daddy, mummy jemput minum. Saya masuk bilik dulu ye" Baru sahaja aryanna mahu melangkah dia mendengar Dato Arian menyuruhnya untuk duduk...

"Duduk ryanna" Terus aryanna melabuhkan punggungnya disebelah suaminya. Sedikit pun adrean tidak memandang wajahnya. Benci sangatkah lelaki itu padanya...

"Daddy datang harini nak bertanya sikit. Kamu dah tak kerja kan aryanna ?" Aryanna menggeleng apabila soalan itu ditujukan kepadanya...

"Kalau macam tu, senanglah daddy nak aturkan tarikh" Berkerut dahi aryanna dan juga adrean. Tarikh apa ni ?

"Tarikh apa ni daddy. Ean tak fahamlah, bersanding kan kita tak buat jadi tarikh apanya ?" Soal adrean kekeliruan dengan apa yang ingin disampaikan oleh Dato Arian...

"Tarik untuk korang pergi honeymoon la apa lagi" Tersedak adrean mendengarnya. Tidak terlintas pun dalam fikirannya pasal itu. Aryanna juga turut terkejut...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now