𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 22

81 3 0
                                    


            𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

   Adrean melangkah turun dari tingkat atas. Tali lehernya dibetulkan sedikit dan juga kotnya. Aryanna yang melihat adrean sudah mahu pergi kerja terus dia berlari anak kearah adrean...

"Tengku nak pergi kerja dah ke ?" Soal aryanna. Adrean memandang wajah aryanna lalu pandangan sinis diberikan kepadanya. Aryanna faham kenapa adrean tidak sukakannya...

"Tengku. Kalau nak pergi kerja makanlah dulu. Penat tau saya masak" Aryanna mencuba memikat hati adrean dan dia berharap adrean dapat menerimanya. Biarpun lambat ataupun cepat...

"Ada aku suruh kau masak ? Dah tepi aku dah lewat nak pergi kerja" Bahu aryanna dilanggarnya. Terenjak sedikit kedudukan aryanna....

"Nah" Aryanna menghulurkan coklat kepada adrean. Aryanna yang melihat adrean tidak mahu ambil, dia terus masukkan coklat itu ke dalam poket adrean...

"Apa kau ni !" Marah adrean apabila aryanna memaksanya untuk ambil walaupun dia taknak. Takkan aryanna ni tak faham bahasa...

"Saya tahu tengku tak suka makan masakkan saya tapi coklat ni ikhlas saya bagi. Kalau tengku stress, tengku makan je saya jamin tengku akan okay punya " Aryanna membuat gaya 'ok'

Adrean sedikit sebanyak rasa bersalah walaupun dia tidak menerima aryanna. Dia masih belum terbuka hati untuk menerima aryanna sebagai isterinya yang sah...

"Eh aku..." Belum habis lagi adrean bercakap aryanna terlebih dahulu menutup pintu. Adrean mengeluh lalu meloloskan diri ke dalam perut kereta...

Aryanna yang mengintai disebalik tingkap itu mengukirkan senyumannya. Harap adrean dapat menerimanya. Dia yakin suatu hari nanti dia akan diterima...

"Harap dia makanlah coklat tu" Aryanna berasa dia gembira sangat. Dia menuju kearah meja makan dan makan seorang diri sahaja. Dia tahu adrean masih belum ingin makan masakkannya. Tapi tak salah kan dia mencuba...

"Bilalah saya nak merasa jadi isteri awak adrean. Saya harap saya dapat menjadi seorang isteri yang baik untuk awak sebelum nafas terakhir saya"

                               ••••

Adrean menolak pintu pejabatnya. Dia disambut dengan senyuman pekerja nya. Tetapi tidak dibalas senyuman itu. Biasalah adrean kan seorang yang dingin dah payah nak senyum. Adrean masuk ke dalam biliknya...

Adrean melabuhkan punggung di tempatnya. Dia melihat ada pelbagai dokumen. Mungkin dia perlu semak balik ataupun memerlukan tanda tangannya...

Dia membuka komputernya dan dia melihat ada pelbagai emel yang masuk. Di buka satu persatu emel itu. Beginilah rutin dia sepanjang hari di office. Sudah beberapa jam dia berada di dalam office tanpa sedar sekarang hampir waktu lunch..

Sedang leka dia membuat kerja tiba-tiba dengar ketukan pintu dari luar biliknya...

Tuk ! Tuk !

"Masuk" Satu arahan sahaja, hanim terus masuk ke dalam bilik itu. Dibawa segelas coffee dan juga sepotong kek. Adrean tidak memandang wajah hanim yang berada dihadapannya...

"Hmm nak apa ?" Soal adrean dingin dengan hanim tetapi hanim tidak kisah lagi garang lagi dia suka. Dia melabuhkan punggungnya tanpa arahan daripada adrean...

"Ada aku suruh kau duduk ?" Adrean memandang wajah hanim dengan tatapan tajam. Tetapi hanim tidak kisah semua itu yang penting dia dapat menambat hati adrean...

"Nah untuk u" Segelas coffee dan juga sepotong kek itu dihulurkan kepada adrean. Adrean memandang kek itu dan juga coklat dengan tatapan tidak ingin pun makan...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now