𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 46

153 2 1
                                    


            𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

         SUDAH SEMINGGU selepas kejadian di hospital itu. Lebur sangat hati dia pada masa itu. Perempuan yang dia baru sayang mahu dia lepaskan nya. Adakah ini ujian seterusnya dalam hubungan mereka ?

Kalau ya, mengapa ? Dia dah cukup derita selepas semua ujian daripada Yang Maha Esa. Dia tidak kuat. Dia juga manusia biasa yang tahu rasa sakit. Dia juga tidak tahu sama ada dia mampu atau tidak...

"Ya Allah maafkan atas semua kesalahan aku. Aku adalah manusia yang banyak berbuat dosa. Kuatkan lah aku untuk ujian yang seterusnya. Untuk aku hadapi demi isteri ku ya Allah" Adrean menangis seorang diri di dalam bilik Aryanna...

Bilik itu lah yang menjadi tempat dia lepaskan kerinduan kepada isterinya. Rindu dia nak tatap wajah Aryanna. Dia mahu makan masakkan Aryanna. Dia mahu semua nya...

Dulu semasa Aryanna masak. Sikit pun dia tak sentuh. Rasa berdosa mula menyelubungi dirinya. Dia duduk di meja solek itu. Ditatap wajah nya di cermin. Tiba-tiba terdetik dia mahu membuka laci itu...

Ditarik perlahan-lahan dan benda yang dia nampak adalah gambar perkahwinan dia bersama dengan Aryanna. Jadi selama ini wanita ini memang sayang kan dia. Hanya dia sahaja yang buta...

"Ya Allah berdosa nya aku. Ryanna maafkan aku. Banyak nya dosa aku pada kau. Aku betul-betul dah berubah. Kembali lah pada aku. Kau kekuatan aku sekarang ini. Kau segalanya. Aku perlukan kau dalam hidup aku"

Adrean mengalirkan air matanya deras. Teringat kembali kenangan dia bersama dengan Aryanna walaupun  kenangan yang menyakitkan hati...

Dilihat gambar itu. Gambar Adrean yang mencium dahi nya dan dia melihat wajah Aryanna nampak gembira sekali tidak seperti dirinya. Apa yang dia dah buat ?

                               ••••

       DIA SEDANG duduk di balkoni. Angin menyapa wajahnya. Tenang sahaja apabila dia di situ. Rindu lah dia pada abang dia. Rasa lama tak jumpa dan dia perlu bersabar. Hanya tinggal dua bulan lagi sebelum abang dia habis belajar...

Hari itu ialah hari yang dia paling tunggu-tunggukan. Tiba-tiba dia teringat kan Adrean. Apa lah lelaki itu sedang buat tanpa dia kan. Mesti tengah berbahagia bersama dengan Amelia. Tidak pernah sekali pun Adrean datang ke rumah nya...

Mungkin benar, Adrean telah bahagia tanpa dia. Fikiran negatif mula menguasai mindanya. Dia tidak tahu apa yang dia mahu lalukan sekarang. Tuntut cerai ?

Sememangnya dia tidak mahu berbuat begitu. Dia akan minta supaya Adrean lepaskan dia dengan cara baik dan Adrean juga dah berjanji. Janji harus ditepati kan. Aryanna mengesat air matanya...

Kenapalah dia asyik fikirkan Adrean ?

"Ryanna fikir apa tu ?" Soal suatu suara garau dari belakang itu. Lantas Aryanna menoleh. Dan terkaku dia melihat figura itu. Benar atau tidak ni...

"A-adrean..."

"Ye ni aku. Adrean suami kau. Kau tak rindu aku ? Penat tau aku tunggu dekat rumah tu tapi kau tak balik. Kau tak sayang aku lagi ke ?" Terkedu Aryanna buat seketika. Sejujurnya dia rindu. Rindu sangat...

Walaupun antara dia dan Adrean langsung tiada kenangan manis tapi entah mengapa dia rindu sangat. Rasa macam lama sangat berjauhan. Dia perlu buka hatinya lagi ke untuk lelaki itu ?

"A-adrean. Saya rindu awak sangat. Saya takut"

"Kau takut apa ? Aku ada. Aku suami kau. Aku akan jaga kau. Aku akan bimbing kau. Aku akan bahagia kan kah. Aku akan berusaha untuk mengambil hati kau balik. Aku janji"

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now