𝐀​𝐝​𝐫​𝐲​𝐚​𝐧​𝐧​𝐚​ ​| 36

101 2 0
                                    


             𝓱𝓮𝓻 𝓪𝓬𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓶𝓮 𝓯𝓪𝓵𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓵𝓸𝓿𝓮

            HARI semakin gelap. Tiada arah yang dituju olehnya. Air mata pun sudah tidak mampu mengalir. Hati juga sudah hancur. Kepala nya juga terasa berat kerana tidak makan seharian...

"Ya Allah dugaan apa untuk aku kali ini ?" Aryanna berjalan tanpa arah tuju. Rasa seperti mahu pergi ke rumah arwah mama papanya tetapi jauh. Dia sehelai sepinggang. Tiada apa kecuali pakaian...

Aryanna berjalan dan dia terjatuh sehingga terduduk di atas jalan. Kepalanya mula terasa berat. Pandangan mula kabur. Berat sangat !

"Allah sakitnya kepala ni !" Ujar Aryanna perlahan. Aryanna mahu menyeberang jalan. Dia melihat kanan kirinya sudah tiada kereta. Tiba-tiba dia mahu melintas ada sebuah kereta laju menuju kearahnya. Tanpa sempat dia mengelak....

Dukkk !

Aryanna dilanggar oleh sebuah kereta. Kereta itu pergi meninggalkan Aryanna yang terbaring di situ. Aryanna hanya mencungap-cungap mencari nafasnya. Semakin nafas dia rasa lemah...

Seseorang memberhentikan kereta nya lalu keluar. Dia menuju kearah Aryanna dan dia terkejut melihat tubuh Aryanna yang semakin dipenuhi darah...

"Ya Allah. Elana !" Tubuh Aryanna semakin lemah. Darah tidak berhenti keluar. Lelaki itu risau melihat keadaan Aryanna begitu...

"Lana aku bawa kau pergi hospital eh tapi kejap aku nak telefon ambulans. Kau sabar eh. Kejap je..! " Lantas lelaki itu menelefon ambulans. Sebelum Aryanna menutup matanya, dia sempat berkata....

"F-fawwaz. K-kau ke tu ? T-tolong, a-aku sakit. D-iorang dah b-buang aku. A-aku d-dah k-kena cerai..." ujar Aryanna separuh nyawa. Terkaku Fawwaz di situ. Dia tidak tahu apa nasib yang menimpa Aryanna selepas beberapa bulan tidak berjumpa dengan Aryanna...

"Lana sabar sikit. Ambulans dah nak sampai. K-kau kuat kan. Elana bangun ! Lana ! Elana bangun jangan tinggal aku"

Sementara....

Sudah beberapa jam Aryanna di dalam. Fawwaz berulang-alik. Risau dengan keadaan Aryanna. Dia sentiasa berdoa di dalam hatinya yang Aryanna akan baik-baik sahaja...

Hatinya mula rasa tidak sedap. Tiba-tiba azan subuh berkumandang. Fawwaz membuat keputusan untuk solat dahulu. Boleh juga dia mendoakan agar Aryanna. Tanpa berlengah dia menuju kearah surau berdekatan....

"Ya Allah, jagakan Elana dalam jagaan mu Ya Allah . Dia berhak bahagia diatas muka dunia ini. Berikan kesempatan untuk aku menjaga dia. Jika dia ditakdirkan untukku maka dekat kan lah kamu jika tidak hilang kan lah perasaan ini. Aku akan berusaha untuk membahagiakan dia. Engkaulah yang maha berkuasa dan maha mengetahui. Amin...."

Seusai berdoa Fawwaz keluar dari surau itu. Dia menuju kearah bilik operation. Ternyata masih belum habis sesi pembedahan. Dia takut kehilangan Aryanna. Kalau Luth tahu, Aryanna marah kan dia tak ?

Sebenarnya dia mahu memaklumkan pada Luth tentang keadaan Aryanna yang kritikal itu tapi dia takut Luth risau. Kalau Aryanna pun mesti tidak mahu mengganggu abang nya. Tapi apa kan daya ? Dia terpaksa...

"Maafkan aku Elana. Aku kena jugak cakap benda ni dengan abang kau. Aku terpaksa. Kau kritikal. A-aku takut..." Tanpa berfikir panjang Fawwaz mengeluarkan telefon pintarnya dan nombor Luth didail olehnya...

                                 ••••

      PADA pagi itu, mereka semua berkumpul untuk makan pagi. Semua ada disitu pada pagi itu. Amelia yang baru keluar dari dapur sambil memegang teko. Dia mengukirkan senyuman kearah mereka semua...

Hanya Bayangan Dia || CWhere stories live. Discover now