Gadis remaja itu melepaskan keluhan berat. Riak mukanya kelihatan hampa. Dia berasa kecewa. Dia gagal menggapai impiannya untuk menyambung pengajian ke Jepun. Semua itu berpunca daripada rasa kurang percaya dirinya.
Dia melabuhkan punggung di sofa. Siling ditatap kosong. Dadanya terasa sesak. Fikirannya berserabut. Kepalanya berat seakan dibebani sebuah batu seberat seratus tan.
Gadis remaja itu bernama Hafia Alisa. Dia seorang gadis yang pemalu, sedikit pendiam, suka berangan, penyayang, mudah merajuk dan berimaginasi tinggi.
Gadis itu beralih ke meja belajarnya. Buku cerita yang sama dibelek dengan riak muka bosan. Dia melepaskan keluhan halus. Matanya dipejamkan sejenak. Dia menyalahkan dirinya kerana selalu berasa kurang percaya diri. Dia tunduk. Matanya berkaca-kaca. Pandangannya dikaburi genangan air mata.
Dia memeluk kedua lututnya. Air matanya gugur sebutir demi sebutir. Sungguh pesimis.
Tenggelam dalam kesedihan dan kehampaan yang mendalam, tiba-tiba sahaja skrin telefon pintarnya menyala. Anehnya bukan gambar wallpaper yang tertayang melainkan cahaya pelangi yang bercampur seperti oil pastel berbentuk abstrak di skrin handphone itu.
Hafia merenung cahaya pelangi abstrak itu. Dia terpegun dan berasa pelik. Serta-merta tubuhnya bergetar. Kepalanya terhala ke skrin telefon pintar. Bagaikan ada graviti yang menarik badannya ke dalam skrin telefon itu. Dalam beberapa saat sahaja gadis itu ghaib. Tubuhnya habis disedut masuk ke dalam telefon pintar oleh satu kuasa ajaib. Pendek kata, Hafia telah termasuk ke dimensi lain!
***
"Hafia? Hafia? Bangunlah! " satu suara garau memecah gegendang telinganya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia melihat sekeliling.
"Hah?! Aku kat mana ni?! " Gadis remaja itu bangun dan terus duduk. Dia melilaukan pandangan ke serata arah bilik tidur itu kemudian terhenti ke arah seorang jejaka yang berambut coklat dan berkemeja putih. Beberapa butang kemejanya dibiarkan terbuka hingga menayangkan separuh dadanya. Jejaka itu kacak dan berbadan sasa. Matanya merenung tajam ke arahnya yang sedang kebingungan.
"Kau mengigau ke?! " jerkah jejaka itu.
"Saya... saya tak mengigaulah! " Hafia berasa geram kerana dituduh yang bukan-bukan.
"Oi Cik adik, cepat bangun dan pergi mandi! Ayahanda nak jumpa kita pagi ni di ruang tamu! Jangan sampai lambat! " ujar lelaki itu sebelum beredar.
Hafia terpisat-pisat. Dia semakin berasa bingung. "Ayahanda? " apa semua ni?!
Dia sedang bermimpikah?
..........
*Terima kasih sebab sudi baca chapter cerita ni. Tolong vote, share dan komen ya..
Arigatougozaimasu.
❣️
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantasy❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...