"Ya Allah, penatnya.... " Hafia duduk di bawah pohon yang teduh. Fyera tersenyum selamba. Dia tetap terapung di udara. Seakan tidak berasa lelah walau secuil pun. Eh, berapa banyak tenaga budak pari-pari ni? Gumam hati Hafia. Dia menjeling ke arah pari-pari dari suku daun itu."Awak tak penat ke, Fyera? " tanyanya.
"Tak, saya masih larat nak terbang selama dua hari, " jawab pari-pari itu. Spontan.
"Eh?! Dua hari?! " Hafia terkejut bukan kepalang.
"Shhhh.. " Tiba-tiba Fyera menekup mulut gadis manusia itu, menyuruhnya diam.
Mata Fyera melilau ke arah kiri, kanan, belakang dan depan. Seolah-olah sedang memerhati sesuatu yang ganjil.
Seorang pari-pari berjantina lelaki melayah ke arah mereka. Fyera tampak risau nan cemas. Pari-pari lelaki itu berhenti di depan mereka. Dia menatap tajam ke arah Fyera yang sudah berpeluh dingin.
"Kau keluar dari kampung tanpa izin aku! Dah gelap macam ni tak reti nak pulang?! " sinis betul nada suaranya.
Hafia mengamati pari-pari lelaki itu senyap-senyap. Dia memakai baju putih, seluar ketat hitam, bersayap seperti rama-rama serta berwarna coklat dan rambutnya coklat cair. Dia memiliki sepasang mata perak keputihan. Dua antena mirip daun resam kecoklatan menghiasi kepalanya.
Hafia terpegun. Kacaknya! Mr. Perfect ni... gumam hatinya. Cepat-cepat dia memalingkan muka. Takut pari-pari lelaki itu menyedari dirinya sedang diperhatikan olehnya.
"Maafkan saya, Brownie. Saya cuma mahu memeriksa keadaan di Rimba Lara ni... " Fyera cuba beralasan.
"Alasan! Kalau ada terjadi apa-apa kat kau, macam mana?! Aku je yang susah! Hah, siapa pulak manusia ni?!" Brownie menatap tajam ke arah Hafia.
"D.. di.. dia kawan aku, Puteri Hafia Qalisya, " jawab Fyera.
"Puteri Hafia Qalisya?! " Terbuntang mata Brownie saat mendengar nama itu.
"Kau tau tak siapa gadis ni?! " Dia menudingkan jari telunjuk ke arah Hafia sementara matanya menatap tajam muka risau Fyera.
"T.. tak tau.... " Fyera tergagap-gagap. Muka cemasnya menjadi-jadi.
"Dia adalah anak bongsu Tuan Hael Duke! Nama penuh dia ialah Puteri Hafia Qalisya Duke! "
Fyera seperti mendengar guruh berdentum di telinganya saat ini. Dia memandang muka comel Hafia, meminta penjelasan daripada gadis manusia itu.
Hafia tunduk. "Saya... memang anak bongsu Tuan Hael Duke, " katanya. Dia berasa bersalah kerana tidak menjelaskan perkara sebenar kepada kawan barunya itu.
Fyera terpaku di udara. Dia menatap kosong ke arah Hafia. Riak mukanya kelihatan sedih dan kecewa.
Brownie berpeluk tubuh. Dia melepaskan keluhan maha berat. Matanya dipejamkan seolah menyelami lautan fikiran.
"Dah, jom balik! " Dia menarik tangan Fyera. Mengajaknya pergi dari situ. Fyera tetap kaku.
"Macam mana dengan dia..? "
"Kenapa?! " Brownie bertanya kasar.
"Takkan kita tinggalkan dia di sini. Dah malam ni... "
Brownie mendengus kasar.
"Suka hati kaulah! " tempelaknya. Dia terbang di udara.
Fyera melayah ke arah gadis manusia itu. Dia menghulurkan tanggan. Hafia mendongak. Menatap wajah mulus pari-pari itu sejenak. Huluran disambut perlahan. Fyera tersenyum dan menggenggam erat tangan Hafia.
Mereka pun terbang di udara, mengikuti Brownie dari arah belakang. Bayu malam bersemilir selembut sutera. Langit kelihatan gelap-gelita tanpa kehadiran sang bintang dan purnama.
"Fyera, Brownie tu... siapa sebenarnya? " Hafia bertanya lirih.
"Brownie tu... dia adalah pelindung suku pari-pari, " jawab Fyera.
"Oh, patutlah dia risau sangat pasal kau.... " komen Hafia.
Fyera ketawa kecil.
"Dia memang macam tu. Nampak kasar dan garang tapi sebenarnya dia sangat mengambil berat tentang suku pari-pari, " balas Fyera.
Hafia tersenyum simpul. Jauh di sudut hatinya, dia berasa bersyukur kerana Fyera tidak meninggalkan dirinya di tengah hutan rimba yang gelap. Dia berjanji kepada dirinya bahawa dia akan bersikap jujur.
*********
*Terima kasih sebab sudi baca cerita ini. Tolong vote, komen dan share ya.
Terima kasih....
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantasia❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...