Brella berlari menuju ke ruang tamu. Ketika itu, Tuan Hael Duke dan Raja Thaundrial sedang berbual rancak. Namun, perbualan mereka mati apabila melihat riak muka cemas ketua pembantu rumah itu.
"Tuan, Puteri takde dalam bilik dia! " kata Brella. Dia tercungap-cungap menyedut udara. Nafasnya berombak naik. Lariannya dihentikan.
"Apa?! Di mana dia? " Tuan Hael berasa terkejut.
"Saya tak tau, tuan! Tiba-tiba je dia menghilang pagi tadi! Mungkin sebelum saya bangun dia dah keluar!" balas Brella.
"Pengawal! " laung Tuan Hael. Beberapa saat kemudian datang dua orang pengawal yang lengkap berbaju perisai. Mereka tunduk hormat di depan bangsawan Duke itu.
"Anakanda saya pergi ke mana? " tanya Tuan Hael. Tegas.
Dua orang pengawal itu berbalas pandang sebelum menjawab, ' " Kami tak tahu, tuan! "
Tuan Hael mendengus kasar. Dia hilang punca. Meja ditumbuk kasar. Amarahnya menggelegak.
"Kamu berdua tertidur semasa bertugas, kan?! "
Dua orang pengawal itu terpempan. Peluh dingin merenik di dahi. Mereka ketakutan.
"Maaf.. maafkan kami, tuan! " mereka membongkok hormat. Pose mereka tak ubah seperti pelajar pindahan dari Jepun yang sedang memperkenalkan diri di depan kelas.
"Ajak ketua korang untuk pergi ke ibu kota! Cari Puteri Hafia Qalisya sampai dapat! " arah Tuan Hael.
Tak tentu pasal dua orang pengawal itu lari berdesup keluar mencari ketua mereka iaitu, Ophyla. Raja Thaundrial hanya tersenyum geli hati melihat aksi pengawal itu.
"Haduh.... ke manalah kau pergi, Hafia..... " keluh Tuan Hael. Dia terduduk di sofa dengan hati yang hampa. Kecewa dengan tindakan semberono anak bongsunya itu.
Sejenak dia mengangkat muka, memandang wajah kacak nan rupawan raja bunian itu. Riak mukanya agak serius.
"Patik boleh minta tolong kepada tuanku? "
"Boleh, apa salahnya. " Raja Thaundrial tersenyum simpul.
"Tolong cari anakanda patik. Mana tau dia lari dari kerajaan Allumi ni... " kata Tuan Hael.
"Tuan Hael, jangan bimbang. Beta akan berusaha mencari anakanda kamu tu. Beta memang pakar dalam bidang mencari ni.. tak kira hilang ke atau lari dari rumah, " kata Raja Thaundrial dengan nada berseloroh.
Tuan Hael memejamkan mata, menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia berharap anaknya segera ditemukan. Dia mahu meminta maaf kepada Hafia. Dia berasa kesal kerana dirinya telah berkelakuan kasar kepada puterinya itu. Seandainya dia tidak menyindir Hafia, anakandanya pasti tidak akan lari dari rumah.
Petang ini dia mesti berjumpa dengan Raja Demion dan Lord Olixies. Dia mesti menyuruh dua cencorot itu bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Merekalah punca Hafia melarikan diri!
********
*Terima kasih sebab sudi baca cerita ini. Tolong vote, komen dan share ye.
Thank you, my readers..!
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantasy❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...