Raja Puntianak

12 5 0
                                    

    Seawal pagi itu gadis remaja itu menyelinap keluar dari mansion. Dia berjengket-jengket perlahan. Sesekali dia memandang ke arah kiri dan kanan. Memastikan tiada orang yang melihatnya semasa dia melarikan diri.

      Gadis itu memecut lari dari pintu gerbang. Pengawal yang bertugas sedang tertidur nyenyak. Dengkurannya kedengaran sampai ke bulan.

        Hafia berhenti berlari apabila tiba di ibu kota. Nafasnya semput. Dia cuba mengatur nafasnya. Dadanya berombak naik. Peluh membasahi seluruh badannya.

       Dia melabuhkan punggung di sebuah bangku yang berdekatan dengan air pancut. Sedang asyik mengatur nafasnya, seseorang mendekatinya secara tiba-tiba.

       Jejaka itu melangkah setapak demi setapak. Matanya bersinar merah bak delima disuluh cahaya matahari. Rambutnya seputih dan selembut kapas.

       Hafia terpaku melihat jejaka misteri itu. Angin pagi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membawa suasana yang dramatik. Rambut panjang jejaka itu beralun-alun mengikut arah tiupan bayu.

       "Eh...?! " Hafia bagaikan baru terjaga dari lena. Orang itu dikenalinya. Matanya membulat.

        Rupanya lelaki itu adalah raja puntianak. Dia adalah Raja Demion. Senyum indah terukir di ulas bibir yang agak pucat itu. Hafia gementar ketakutan. Walaupun raja puntianak itu kelihatan sangat kacak tapi dia tetap berasa takut bila melihat gigi taring Raja Demion.

      "Ada hati nak melarikan diri ye? " sindirnya.

   Hafia memalingkan muka ke arah lain. Dia tiada mood hendak bercakap dengan raja puntianak itu. Raja Demion duduk di sebelah gadis comel itu. Jarak mereka agak dekat.

     Hafia berganjak ke kiri. Dia duduk di hujung bangku. Mukanya berbahang kerana menahan rasa malu.

        "Kenapa awak duduk di situ? " Raja Demion mendekati gadis remaja itu lagi. Hafia bingkas bangun dan duduk di bangku lain. Raja Demion tertawa kecil. Dia menatap muka gadis itu sambil tersenyum sinis.

       "Janganlah malu-malu, Puteri Hafia. Awak keluar awal pagi ni sebab nak jumpa saya, kan? " usiknya.

       Hafia membungkam. Dia masih membuang muka. Enggan memandang ke raja puntianak itu. Dia tidak mahu termakan tipu daya Raja Demion.

         "Jadi, awak mahu pergi ke mana? Boleh saya temankan awak? " Raja Demion terus memasang jerat. Dia tidak boleh putus asa untuk memperdaya gadis manusia itu. Sia-sia rancangannya nanti kalau dia gagal menangkap gadis manis itu.

        "Saya takkan pergi ke mana-mana, " jawab Hafia. Tegas.

      "Ya, benar tu. Hafia takkan pergi ke mana-mana. Tapi, dia akan ikut saya ke mansion Duchess. " Tiba-tiba kedengaran suara serak basah milik Lord Olixies dari arah belakang. Hafia  kaget melihat jejaka berambut biru panjang itu sedang menuju ke arah mereka. Raja Demion menarik muka masam. Dia tidak senang melihat ketua bangsawan itu.

          "Betul kan, Hafia? " Lord Olixies mengukir senyum di bibirnya. Hafia terpegun sejenak. Oh, seakan-akan kejora biru bercahaya di hadapannya tika ini! Senyuman dingin bak salju itu membuatnya meleleh. Cepat-cepat Hafia memalingkan pandangan. Takut dirinya hilang kawalan.

      "Jangan berfikir sembarangan, Olixies. Kau fikir Hafia akan ikut kau?" Raja Demion belum mengalah. Dia melirik tajam ke arah Lord Olixies.

     Bangsawan Archduke itu tersenyum meleret. "Macam tu ke? Demion, pergilah cari perempuan yang satu keturunan dengan kau. Jangan berangan nak kahwin dengan manusia. " Kata-kata itu membuat Raja Demion naik angin. Matanya bersinar merah garang. Dia menyeringai. Gigi taringnya tertayang jelas.

       "Kau ingat... saya tak tau niat jahat kau tu? Kau tu... cuma mahu meminum darah Hafia, kan?! " Lord Olixies pun meradang. Mukanya merah padam. Dia menatap tajam muka Raja Demion.

      Raja puntianak itu berdiri, dia menapak ke arah jejaka berambut biru itu. Dia mencekak kolar baju Lord Olixies dengan kasar. "Jangan tuduh sembaranganlah! Kau yang berhati busuk nak rebut Hafia daripada aku, kan?! "

      Lord Olixies menepis tangan Raja Demion. Dia membuat riak muka jijik. Matanya menentang renungan tajam raja puntianak.

       Hafia diam beribu bahasa saat menyaksikan pertengkaran dua orang jejaka kacak itu. Dia hendak meleraikan pergaduhan mereka, tapi entah kenapa kakinya sukar digerakkan.

        "Nak berdalih ya...? Saya yakin... kau tu cuma menginginkan darah Hafia. Saya boleh tau isi fikiran kau, tau tak? " Lord Olixies menyungging senyum sumbing.

       Hafia berundur ke belakang setapak demi setapak. Apabila keluar dari jalan utama, dia terus memecut ke arah persimpangan jalan di depannya. Dia berlari ke arah simpang kanan. Meninggalkan dua lelaki yang masih bergelut itu.

         ******

*Terima kasih sebab baca cerita ni.
Tolong vote, komen dan share ya.

Maaf sebab lama baru update...
Saya mengambil masa yg lama utk mencari idea.

Saya harap korang masih support karya ni...

Terima kasih. 😘

        

      

      

Kingdom Of the DreamsWhere stories live. Discover now